Setiap manusia yg hdp sdh pasti akan melalui dan merasai pahit, manis dari perjalanan hidupnya. Tidak semua yg kita cita2 dan dambakan akan dikecapi. Kadang2 apa yg kita sangka tak baik bagi diri kita, sebenarnya adalah baik dan begitulah sebaliknya. Peristiwa2 yg kita lalui itu sangat mendewasakan diri kita. Kadang2 aku teringat beberapa babak dlm hidup aku yg tak terduga berlakunya. Aku sangat yakin setiap orang pernah mengalami peristiwa begini.
Kadang2 ia lucu, kadang2 ia memalukan dan kadang2 ia menyakitkan. Itulah keunikan manusia yg ingin belajar dari sejarah.
Peristiwa yg menyakitkan.
Aku berlari dgn laju kerana dikejar oleh sepupuku yg ingin memancut susu dari botol susu. Aku menyusup di bwh rmh, tiba2.. dum!!!! kepala aku berdentum kerana melanggar bendul rmh. Sakitnya... Aku msh tdk menangis. Aku menekup kepala yg teramat sakit di tangga dan ditemani oleh sepupuku yg pulang ke kg utk menyambut Aidil Fitri dr Kuala Terengganu. Tiba2 jiran aku menjerit, darah!!!! Baru aku sedar darah keluar dgn byknya. Aku pun melaungkan siren tangisan. Nenek yg ku syg terus menekup luka sambil meletak ubat luka lalu membalut kepala aku. Malam tu sepupuku mengajak bermain bunga api pula. Dgn kepala berbalut aku turun bermain. Kalau ke hospital, konfem kena jahit entah berapa jahitan. Kepala ku lekuk dek peristiwa tu dan rambut pun tak sudi nak tumbuh di kwsn tersebut. Syg sepupu yg sebaya dgn ku sdah pergi buat selama2nya. Ketika itu aku 10 tahun.
Ghairah bermain mercun hampir membutakan sebelah mataku. Masa tu mercun tak haram lg dan boleh main mcm2 mercun. Tiba2 mercun yg ku lontar tdk meletup. Tak boleh jadi, mercun tu ku ambil dan diletakkan di puntung kayu yg berbara. Aku tiup sekuat hati, tiba2... tum.. mercun tersebut meletup dan 'membutakan mata aku buat sementara waktu'. Nenek aku telah bawa aku jumpa nenek yg rmhnya di dpn rmh aku dan dipshkan oleh jalanraya. Nenek tersebut tlh menjampi dgn doanya. Alhamdulillah tidak lama selepas itu mata aku pulih kembali. Hebatnya org dulu2. Kalau sekrg mesti kita berkejar ke hospital. Mudah2an nenek tersebut dan nenek ku dimuliakan Allah. Umur aku tak ingat. Kesian bdk2 skrg tak dpt main mercun.
Peristiwa Memalukan
Aku hdk ke pekan Rembau. Spt biasa aku menunggu bas di kedai yg usang. Aku duduk di tpt seseorg yg ckp dikenali di tpt tersebut. Tiba2 aku nampak org tu dtg berlari2 sambil menunjuk pd diriku. Apb dia sampai shj ....,phang... penamparnya hinggap di kepalaku. Rupa2nya dia marah aku duduk tptnya. Aku tdk melawan kerana org itu tidak siuman. Jadi hati2 dgn org yg tdk siuman. Dia ada lesen agung.
Masa mula2 masuk maktab perguruan, aku adalah anak kampungan yg tdk terdedah dgn kemudahan2 yg canggih. Ambil elaun di Bank Pertanian KL. Sedang aku bersandar pd meja yg meletakkan borg2 ksg utk diisi oleh pelanggan tiba2 tpt tersebut berpusing kerana terkena oleh sandaranku. spontan .."eh boleh bergeraklah" member gelakkan aku berdekah2. Kampungnya aku, sampai tak tahu benda tu boleh dipusing2.
Peristiwa di Hotel Hiltaon KL semasa terlibat dgn pengiraan undi pemilihan UMNO. Bdk2 maktab diguna pakai, percuma hya beri makan je. Nasib baik ada makan kalau tdk kebulor. Kami di tptkan di bilik VVIP, yg biasa digunakan oleh pembesar negara. Dikurung dan tdk boleh keluar, buat keje,kira undi apb tong sampai. Oleh kerana kami ni agaknya ramai org kg, maka ramailah termsk aku mengbl kesempatan mengambil brg2 berharga spt sudu, garfu, cwn, piring dll. Allah nak tjk pd aku, mencuri tu perbuatan yg dilrg agama. Ketika air minuman panas dihtr dlm tong yg ada paip tu, aku tak lepas peluang utk mengbl minuman. Sekali lg aku tlh menunjukkan kekampunganku, aku tak tahu cara nak ambil air dr tong itu. Patutnya tekan aje keluarlah airnya tp aku pulas muncungnya. Air keluar sdkt demi sdkt dan tiba2... burr... air panas keluar mencurah kerana kepala paip tleh tanggal aku kejekan. Panik dan malu yg teramat lalu aku tadah air panas tu hga dibantu oleh pekerja hotel. Tanganku melecur akbt air panas dan peringatan Jangan Mencuri.
Peristiwa Lucu
Masih lg ketika aku menuntut di maktab. Kali ni aku bw beberapa org kwn balik kg ku utk ambil buah durian dll. Bas utk ke S'ban ialah SKS. Satu2nya syk bas yg memaksa penumpangnya berbaris sebelum naik. Kdg2 berbaris spi keluar dari bumbung puduraya. Masa beratur perut aku terasa sakit utk melabur. Takut line aku kena potong, aku tahan dulu sambil memujuk diri, ' tak apa dah dpt duduk nanti oklah perut ni". Pendek cite, dlm perjlnan skt perutku tak boleh dibendung2 lagi. Bas SKS tak ada tandas. Kptsn terpaksa dibuat, aku mesti turun dari bas wp ditgh hutan. Aku minta kwn2 tgu di bus stand s'ban. Aku picit loceng dan ceh aku kontrol, kononnya aku turun tu sbb lain. Pd hal perut aku dah sampai klimak. Apb bas meneruskan perjalanannya, aku berlari dlm ldg getah utk melabur. Siap n lega. Mcm mana nak balik? Aku jalan kaki sbl thn lori, nsb aku baik, sebuah lori telah sudi berhenti dan menhantar aku ke stesyen bas. Kata abg lori tu, kalau hari mlm org tak berani nak berhenti. Sekrg ni bas ekspress mmg dah ltk tandas di bhgn blkg. Pengajarannya pd ku ialah sentiasa ksgkan perut apb menaiki bas ekspress.
Apa khabar agaknya kwn2 ku, Jaafar Labu, Pak Ya (Zakaria), Razak Kenar dll. Barangkali dah ada yg jadi pensyarah universiti.
Peristiwa Lucu tp Malu
Kisah ni berlaku pd org lain tp ada kaitannya dgnku. Penyelia asramaku yg berpangkat Sarjan Major. Ketika sembyg Jumaat di masjid, biasalah apb msk masjid kita akan solat 2 rakaat >tahyatul masjid< hormat akan masjid, rumah Allah. Masa penyelia tu sujud, aku terdgr byi aneh ...prak... rupa2nya kain dia koyak. Aku tak tahu dia pakai seluar dlm atau tdk. Terpaksalah dia balik tukar kain lain. Pengajarannya nak menhadap Allah pencipta kita, pakai lebih kurang je. Ada yg sbyg tak berbaju pun, tp ke pej siap dgn kot dan bertali leher. Nak ngadap penemuduga bkn main berkot lg takut markah krg. Dgn Allah tak apa. Kenapa begitu? Sebab makam ihsan tu tak ada lagi dlm diri kita.
Ok lah, aku nak tidur. Besok nak ke sekolah. Jauh pulak tu. Jumpa lagi
No comments:
Post a Comment