Monday, August 17, 2009

Penangan Selsema Babi

Pagi ni sek aku di dtgi oleh dr klinik kesihatan yg berhampiran. Dia beritahu murid sek aku telah dijangkiti oleh selsema babi seramai 3 org 100%. Oleh itu dia mengarahkan semua warga sek wajib pakai topeng. Di samping tu dia akan mendapatkan maklumat setiap hari akan kehadiran murid dan jika didapati kehadiran semakin teruk kerana demam, batuk dan sakit tekak hingga cecah 10%, sek aku akan diarah tutup. Masalah ni.
Tempat aku ni kira serius juga H1N1 ni. Ramai yg dah kena tp tak ada sek yg diarahkan tutup lagi. Masalah yg aku nampak ialah nak dptkan topeng. Sanggupkah ibu bapa mencarinya? Selain itu disiplin pemakaian topeng. Sanggupkah semua bertopeng sepanjang masa. Aku hanya mampu berdoa moga sek tidak disuruh tutup.

5 comments:

zaijb said...

Yoreahh... boleh bercuti nanti hehehe..
seronok lerr sekolah boleh ditutup tapi kat hospital nie mana boleh tutup kalau dah sakit baru dapat MC huhuhu...
sepatutnye pihak sekolah sudah berkuatkuasa kpd semua pelajar dan guru nye utk memakai mask... walau bagaimanapun masalah displin pasti akan berlaku, yealahh pakai lama2 memang melemaskan...
kalau doctor kat sini pun merungut nak pakai mask, ini kah pula budak2 sekolah... normal lah tue cikgu... yg penting terus kan mmberi peringatan dan pendidikan kesihatan kepada semua pelajar dan juga guru2... supaya lebih memahami penyakit ini.
Masalah nak mencari mask nie pun satu hal juga... kebanyakkan di farmasi habis dijual... terpaksa lahh cikgu mengorder awal... mask pula byk jenis ada yg dipanggil face mask, surgical mask, N95 dll, harga jangan cakaplahh semua dah naik kan harga... face mask dan surgical mask hanya boleh di pakai sekali jee or jika ia basah perlu lahh dibuang... kalau N95 nie okey sikit (ia berbentuk bulat) ia boleh d pakai lama selagi ia tak basah... kalau nak tahu cara pakai yg betul terpaksa lahh sy kuar kan entri baru hahaha....
ape2 pun bersabar lahh... semua tempat pun bermasalah juga.

mpmn said...

tk zai. nasib baik ada penasihat dari hospital pakar.
tak boleh dpt mask free ke?
ingatkan n95 nokia. rupanya topeng pun ada n95. mcm2 org buat bisnes dari nyawa manusia.

yusofsipan said...

pirzan,
tutup jer la sekolah kau tu kalau dah terlibat dan jgn lupa kau tu kena berkurung dlm rumah, jgn sibuk2 nak pegi mana2....

... said...

jgn lupa samak... najis tuh! samak mpmn skalik taw... huhu.


apepun moga semua selamat, buat mpmn jaga kesihatan tu... ko kn tau aku risau kalau ko demam. ngeeeee!

mpmn said...

ybs... seronok jugakan kalau tak leh ke mana. dok umah je. tak yah aku nak terkjr2 ke sek. jimat duit myk kete.

teja...spi hati ko srh samak aku jugak. aku dah kata, aku guna ubat homeopathy bg menghadapi influenza ni. di spg sbgi org islam sdh tentu tdk lupa memanjatkan doa