Friday, October 9, 2009

Mencari Untung Tanpa Mengira Halal Haram

Kelmarin aku ke LHDN Temerloh untuk minta buatkan surat bayaran secara ansuran. Malangnya pegawai tersebut beritahu aku, aku telah dikenakan denda 20% kerana lewat 2 bulan. Lewat satu bulan 10 %. Masalahnya aku tak dapat apa2 surat dari LHDN berapa yg perlu aku bayar. Oleh itu aku terpaksa menambah lebih kurang RM60.

Aku beritahu pegawai tersebut, amalan ini adalah riba. Pegawai itu hanya mengiyakan sahaja. Dia hanya kakitangan sahaja. Yang membuat dasar adalah orang atasan. Zalim sungguh cara LHDN ni.

Tapi aku rasa bukan LHDN je yg mengamalkan riba ni, cukai pintu, cukai tanah dll juga berbuat begitu. Patutnya kerajaan yang ada memudah dan meringankan beban rakyat tapi makin menekan. Pada aku cara ini adalah menzalimi rakyat sendiri.

No comments: