Wednesday, February 10, 2010

Tanda Akhir Zaman

----------------
Now playing: Inka Christie - Yang Kunanti
via FoxyTunes

Apakah faktor yang menggugat keharmonian rumah tangga? Rumah tangga yang dibina beberapa tahun akhirnya retak dan terbelah kerana kecurangan isteri dan suami. Yang memilu dan menakutkan ialah isteri yang memadu kasih dengan lelaki lain hingga sanggup berzina tanpa rasa bersalah dan berdosa besar.

Contoh kes terdekat dengan saya terjadi pada dua pupu. Orangnya bijak, student luar negeri keluaran MRSM, berjawatan besar di salah sebuah bank tempatan. Berkahwin, isteri boleh tahan juga cantiknya dan memiliki dua anak. Dalam diam isteri telah bercinta dengan jantan lain dan perkahwinan diakhiri dengan perceraian serta membawa bersama kedua-dua anaknya. Dua pupu saya akhirnya sakit hingga dibuang kerja kerana mentalnya sudah tidak normal lagi. Kasihan pada dia dan keluarganya.

Jika kita baca akhbar dan majalah, berita 'kejalangan' si isteri kerap dipaparkan. Antara punca yang menyumbang kepada amalan kemurkaan Allah ini ialah wujudnya sistem sms, laman sembang sosial spt facebook, dll. Sesiapa pun boleh masuk dan menabur 'jarum beracun'. Isteri pula memberi respon hingga akhirnya cinta pun berputik dan kerana sudah terlalu sayang maka sanggup ditiduri oleh kekasih 'gelap'.

Ada juga 'kejalangan' isteri diketahui oleh suami. Suami yang dungu ini kerana terlalu sayang pada isteri sanggup menerima isterinya lagi. Sebagai lelaki, saya langsung tidak boleh terima suami yang 'bodoh' ini walaupun akademiknya cemerlang. Tak ada maruah diri.

Kesimpulannya sekarang ini, jangan terlalu percaya pada isteri anda. Beri amaran awal-awal. Berani buat berani tanggung akibatnya.

5 comments:

Faris said...

Sebenarnya dalam perkara ini kedua2nya salah. Baik si suami dan juga si isteri. Kata orang, berkahwin itu mudah tetapi untuk menjadi suami atau isteri itu yang susah. Permulaannya indah tetapi pahit di pertengahan atau penghujung. Kalau si suami/isteri berpacaran atau dalam istilah Melayu main kayu tiga, mesti disebabkan rasa tidak puas hati salah seorang atau pun untuk mencari hiburan sehingga terlanjur. Itulah dunia barat yang telah meresap dalam dunia timur. Itulah tanda akhir zaman baik dunia ataupun alam perkahwinan. Aku harap kau tidak sebegitu sehingga tergoda dengan keasyikan dunia.

mpmn said...

faris...

aku ni manusia biasa je. kdg2 tu tergoda gak dgn keasyikan dunia ni. tak caya tya ybs.

jon said...

batul faris.. jan, apabila ruang kekosongan berjaya diisi oleh orang lain..kerana kealpaan si suami/isteri..maka mudah lah terpesona..tergoda..ternoda..jadi janganlah mengganggap sesuatu yg remeh tak membahayakan..

Anonymous said...

Saya menyampuk dari jauh ye..Memang godaan syaitan tidak pernah putus2 tapi yang digoda habis-habisan biasanya dikalangan penggoda dan yang digoda!

Anonymous said...

1. Asalnya, kita bujang, keseorangan. Bila kawin awal usia, dikatanya cepat mengatal. Bila kawin lanjut usia, dikatakannya lemah tenaga. Bila kawin cukup-cukup usia, ada yang kata rugi kawin lambat dan ada yang kata nape rugikan masa muda, belum puas enjoy katanya. Dah tu mana satu yang nak diikuti. Pokoknya sbg muslim, kembali kpd sunnah rasulullah. Nabi saw kawin pd usia muda dan pasangannya 2 kali ganda usia rasulullah. Nape? Ada hikmahnya.
2. Kawin ni merupakan sunnah rasulullah. Sunat je. Bukan wajib. Dia jadi wajib kpd mereka yg tak dapat tahan nafsu. Kalau x mampu nak kawin, nabi soh kita puasa. Nape? Sbb bila pose, perut lapar, kederat tak ada. Jadi nafsu boleh dikawal.
3. Kawin ada org kata, bagaikan satu perjudian nasib. Untung batu tonggolam, untung sabut terapung. Kepada yg kaki judi, memang rumahtangga mereka porak peranda. Itu kata orang. Kita lelaki adalah nahkhoda@kapten kapal. Ilmu kena cukup utk take off@landing. Kalau ada air foker@ribut, kena ambil langkah berjaga-jaga. Jangan main terjah je. Maut jadinya. Bukan kita saja, anak-anak kapal [anak kita la tu] turut sama tersadai. Bebalik cite kamu tu, si suami atau isteri kena pikir masa depan anak2 bila nak buat apa jua tindakan. Apa legasi yang nak kita tinggalkan kepada mereka dan cucu kita.Sbb tulah nabi saw sarankan kita setiap kali selepas sholat, antara doa yg mesti dibaca ialah: "Ya Allah! Kau peliharalah diriku, isteriku dan zuriat keturunanku dari melakukan dosa-dosa besar, zina dan syirik kepadaMU".
4. SMS/MMS, Flicker, YM, Facebook and etc dicipta oleh creator untuk memudahkan jaringan komunikasi sesama manusia. Penyalahgunaan dan tersalah guna adalah faktor yg bukan menjadi tujuan asal creator itu tadi. Pilihan di tangan pengguna. Tepuk dada tanya iman.

...adely.sura