Friday, March 19, 2010
Kembara 2
Dalam perjalanan balik ke kampung, aku akan merentas bukit bukau sebelum sampai ke kampung ku. Aku disambut oleh bukit-bukit yang sudah gondol. Sedih dan geram menguasai diri ini. Entah kali ke berapa bukit -bukit ini digondolkan oleh mereka yang tamak haloba. Aku lihat banyak kawasan yg dirogol oleh penyangak ini. Kawasan ini adalah kawasan tempat orang asli mencari hasil hutan. Di sini terdapat beberapa perkampungan orang asli.
Selain dari itu, kampung aku terletak di kaki bukit. Kampungku dilingkari oleh banjaran Titiwangsa. Ini menyebabkan malam hari di kampung ini selalu kedinginan kerana suhu yang rendah.
Bukit-bukau ini juga tempat binatang mencari makanan yang juga merupakan tempat tinggalnya. Sebab itulah sekarang ini beruk-beruk telah turun ke kebun2 orang kampung. Pantang ada buah habis digugurkannya.
Sungai-sungai semakin cetek dan tempat yang selalu aku kunjungi semasa kecil untuk berkelah sudah tinggal batu-batu besar tanpa air.
Apa yg boleh aku buat? Aku hanya orang kecil. Tok batin tak nak jumpa MB ke, hantar memorandum?
Labels:
Tangan Ghaib
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
ko la jadi tok batin mereka tu. ko kan ada degree.tok batin apa ade ?
sumpit ade le.....
zaaaappppp aje sapa yg terlibat dlm penggondolan bukit tu.
ko sumpit jer la diorang tu, kalau ko takde sumpit pinjam ler kat tok batin.... nak pinjam aku punye bole gak tp kontot ler....hehe
zorro...
tok batinnya dijaga dgn oleh KJ. Setiap tiap elektrik dipasang lampu. Terang benderang. Mcm lebuh raya. Mana dia org nak menyumpit.
ybs...
ko ni tak hbs2 dgn pedang kontotlah, sumpit kontotlah. jgn janggut ko kontot udah le. nanti org rmh tak kenal pulak. he.he.he
habissss gondol.kat mane org asli kau nak buang air ye...
jon..
dia org tak kisah. aku agak dia org gali lubang je.
tp.. kerana org asli sana dah moden, tentulah dia guna tandas.
Post a Comment