Wednesday, October 19, 2011

Mencari Keadilan



19 sept aku ke mahkamah Muar. Kes disaman kerana roadtax dah mati. Hari Ahad ke Muar menumpang sekali lagi rumah isteri no.2 alfadhil Yusof. Nasib baiklah ada Yusuf ada di sana dan ada 2 buah rumah.

Dipendek cite, aku dijatuhkan hukuman sebanyak RM100. Dicampur dgn duit minyak pergi dan balik seperti aku membayar saman RM300.

Cite pasal mahkamah Muar ni, tak dinafikan mmg canggih kemudahan yang disediakan berbeza dgn mahkamah Temerloh. Cuma urusan pembayaran saman pd kaunter terlalu lama, lebih 1 jam aku menunggu. Masing-masing resah menunggu. Perkhidmatan yg ini perlu diperbaiki dan ditingkatkan kecekapannya.

Cite dlm kamar mahkamah. Sakit hati betul aku mendengar arahan dari jurubahasa mahkamah. Mcm kite ni penjenayah pulak bunyi bahasanya. Aku rasa dia org ni perlu diberi kursus bagaimana nak beri arahan pd org yg berada dlm kamar mahkamah tersebut.

Hakimnya pula mcm budak baru keluar universiti pula. Suaranya pun aku tak dengar. Teringat aku bagaimana jika kita berhadapan dgn mahkamah Allah nanti. Kebaikan dan kejahatan walau sebesar zarah akan dihitung. Tapi tak ramai manusia yg mengingatinya nasibnya

2 comments:

kembara kelana said...

kau ni jan...ada jer pengalaman baru ek...mahkamahlah, pementasan lah, bpr lah..baguslah kau ni..lain kali bawak keta kat muo...ajak aku...

mpmn said...

kk...

pengalaman ni tak ada dlm master tau. nampak gayanya aku dpt master melalui pglmn jelah. nak bljr mcm ko aku rasa dah tak larat. maklumlah dah berusia. kalau ada rezeki th 18 aku akan meninggalkan alam pendidikan secara rasmi. tak sabar pulak rasanya nak merehatkan minda dari perkara2 yg mempercepatkan rambut gugur.