Saya baru tukar bateri kereta. Bateri lama saya hantar caj semula. Rupanya bateri saya bukannya rosak tetapi kerana kelalaian tidak memeriksa air bateri. Air bateri dah kosong. Biasanya bateri yg diguna tahan untuk jangka masa 2 tahun. Ini baru setahun setengah dah jem. 'Human Error'.
Rugi satu tapi untung satu. Taukeh kedai tpt saya tukar bateri itu mencadangkan guna bateri yg guna air bukan bateri kosong. Katanya bateri kereta dia boleh tahun hingga 4 tahun. Caranya isi air bateri pada waktu pagi sebelum injin kereta dihidupkan. Insyaallah hayat bateri akan tahan lama.