Saturday, October 24, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah

Hari Khamis baru ni aku dpt cal dr JPNP, unit aduan. Ada kutu mana tah, hantar sms ke akhbar sinar. Katanya, "GB Sebertak kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak".

Jadi org jabatan nak tahu dari aku siapa yg menghantar sms tersebut. Dia org kena menyiasat sebelum ditanya oleh pengarah. PPD pun tel gak, nak tahu apa cerita.

Jawapan aku...mana nk tahu. Sesiapa je boleh hantar sms gitu. Lagipun setahu aku setakat ni hubungan aku dgn warga sek, ok je. Tapi tak tahulah .... dalaman. Susah mengurus manusia ni.

Pegangan aku mudah je.. baik dan bagus macam mana pun kita.. tetap ada yg tak puas hati.

Allah Maha Kaya.

11 comments:

cgany said...

Manusia ni ada-ada saja.Kita tidak boleh memuaskan hati semua orang. Kalaulah dia tu berada di tempat kita, ni baru dia tahu erti kepayahan seorang pemimpin.Kita melaksanakan tugas berdasarkan tugas dan tanggungjawab.

Apa-apapun itulah yang perlu kita hadapi.Saborleh bro

yusofsipan said...

pirzan,
aku pun nak pesan kat ko supaya banyak bersabo, biasa ler tu, bukan semua orang berkenan dgn kita dan dgn apa2 yg kita lakukan....

noris said...

Biasalah tu Pirzan.dia nak kamu glamor sikit.sabo je lah....
Jangan takut,berani kerana benar..

Anonymous said...

sabarlah firzan....itu perkara biasa dan kecil je...orang ni macam macam perangai..itulah risiko pekerjaan kita...apapun baik juga kita muhasabah diri....itu yang di saran dalam islam..bila ada musibah kita muhasabah diri....

mpmn said...

cgany, ybs n noris

aku setuju 100% dgn pdpt ko. susah nak puaskan hati org ni. kita baik pun ada yg tak suka, kita tegas lg org tak suka kita lembik pun org tak suka. jadi jelah diri kita yg sebenar. yg ptg kita jalankan tugas. org suka atau tak, aku tak peduli.

mpmn said...

anony...

tk. aku sdg muhasabah diri ni. mungkin kita rasa tak ada masalah tp org bawahan rasa kita perlu sedar dan berubah. tak pelah. aku sabar je. glamor sikit nama aku di JPN. silap2 dpt tukar dkt dgn rumah.

sms said...

mungkin si makhluk tu salah tanggapan. kau buat dah betul tp die faham lain. atau buat2 tak faham. atau mungkin jg kau ingat dah betul tapi...sebenranya tak betul. hehehe kena sentiasa bermuhasabah..dan bersabar selalu. jangan merungut..mmg kje GB menjadi pendengar yg bijak...amalkan ilmu kebal..(kebal telinga)..

Faris said...

MPMN,
Membujur lalu melintang patah. Apa yang penting kita adalah kita. Jika apa yang kita buat mengikut peraturan dan prosedur serta pekeliling semasa, itu adalah benar. Pedulikan apa orang lain kata dan adu. Sebaliknya jika apa yang kita lakukan itu adalah melanggar prosedur, akuilah kesilapan kita.
Konsep yang mudah, selagi jawatan kita ada kita laksanakan amanah dan tanggungjawab. Kalau orang tak berkenan dan tukarkan kita, yang penting gaji tak turun dan soru tak miss.

jon said...

jalankan tugas dengan amanah dan ikhlas. insyallah apa yg kita lakukan tak menjadi masalah.berjalan dengan sempurna. any complain dpt kita bereskan dgn baik.kalau org nk tukarkan kau ,tukarlah.walau ke pulau aur hehehe.

mpmn said...

sms...

tk atas pandangan. aku mmg sentiasa tebalkan telinga. belum pernah cg aku mengadu n aku potong ckp mereka atau tdk layan aduan mereka. aku sentiasa beri ruang pd mereka menyampaikan rasa tdk puas hati jika ada yg terbuku di hati. setakat ni tak ada yg dtg berjumpa.

faris...

aku ingat lepas ni aku kena ikut prosedur sepenuhnya. kurangkan budi bicara. selalunya aku byk guna budi bicara. terlalu ikut buku sangat, nanti guru2 tension. tp betul ckp ko, yg ptg soro jgn mis. he.he.he

jon..

aku tak kisah ditkrkan ke mana pung. pulau pangkor pung aku tak kisah. dpt juga tgk duyung putih. keh..keh..keh..

jon said...

zan...aku tabik spring dgn kau punye pengurusan.aku setuju dgn kau. sentiasa beri ruang kpd guru2 buat keputusan.tak lah asik jd pengikut je kan.zan kat Pahang aku dengar ada sebuah pulau di laut Tioman,pulau pe tu. GB sekolahnya dah nak bertukar.Boleh lah tu zan hehehe