Letih aku dengan kerja
Tapi itu dah jadi tanggungwab aku juga
Letih aku mengejar masa
Tanpa sedar meningkat usia
Letih aku dengan cuaca
Tapi itu Allah punya kuasa
Letih aku mencari harta
Namun aku masih tak kaya-kaya
Letih aku dengan manusia
Ada yang aku suka ada yang aku tak suka
Letih aku dengan rasa
Marah, Benci, Sayang dan Rindu semuanya ada
Letih aku dengan cinta
Sukarnya nak cari yang setia
Letih aku kena paksa
Hilang ikhlas datang murka
hurrrrrmmmmm...
LeTiH LeTiH LeTiH
Hanya aku yang rasa
Hanya aku yang upaya
Letih dapat pahala
Atau
Letih dapat dosa....
Nukilan : Adi Sufian
Sebenarnya skrg ni saya ada di Hotel Citrus KL. Mesyuarat Pengurusan. Malam ni ada slot lagi. Nampaknya miss le rancangan kegemaran saya 'Aku Anak Kampung'. RTM ni pun buat menyiksa org je. Rancangan seminggu sekali dgn tempoh tayangan setengah jam sahaja. Tak ada ulangan pulak tu. Buatlah sejam dan ada ulangan. Macam ni bila nak tamat.
Tahniah pd pasukan rusa atas kejayaan menjulang Piala Malaysia buat kali ke-2. Anda telah membuktikan bahawa Pasukan Rusa bukan boleh diperkecilkan. Buat lagi tahun 2010 nanti ya. Buat hatrik. Jgn toleh ke belakang lagi. Bravo..bravo
Aku ni bkn kaki bola dan tak mnt pun tengok bola sepak. Lebih-lebih lagi b.sepak tempatan. Lsg aku tak ngidam nak tengok. Beri tiket free pun tak nak. Tapi Piala Dunia, Piala Eropah, Piala Konfedarasi aku tgk. Itu pun tengok di rmh je. Nak bersengkang mata di kedai mamak, aku tak minat.
Besok N.9, negeri kelahiran aku msk final lwn Kelantan. Aku harap N.9 akan membelasah musuh dia tu. Kalau N.9 lwn Pahang, aku tetap sokong ng.9. Namun begitu aku tak mnt pun nak tgk perlawanan tu. Hobin jang hobin.
Petang semalam saya ke KL (wangsamaju). Urusan jemaah. Sampai rumah dalam jam 3 pagi. Saya tinggalkan 3 org anak lelaki bersendirian ( do re mi). Yg tua th 6, no 2-10 th dan yg kecil 6 th. Sebelum pergi dah pesan spy tutup pintu rumah, tutup pintu pagar. Itulah budak, yg belum boleh menerima tanggungjawab. Pintu pagar terbuka luas. Pintu rumah pun tak berkunci. Nasib baik pencuri/perompak tak masuk. Tapi kalau masuk pun, rumah saya bkn ada benda mahal-mahal. Buang karen je. Yang nasib tak baiknya, kerbau sudah masuk. Saya tak tahu pun kerbau dah masuk dan saya pun tutup pintu pagar dgn rasa lega. Sebab sebelum ini pun sudah beberapa kali kaw. rmh saya diceroboh oleh kerbau-kerbau tersebut dan melepaskan kemarahannya pada tanaman yg ditanam. Bila saya masuk dalam rumah dengar bunyi tapak kaki kerbau. Adalah dlm 14 ekor sdg berbaris nak keluar pintu pagar. Tapi tersekat kerana pintu pagar telah ditutup. Saya sudah tahu apakah nasib tanaman di belakang rumah. Pagi ni semuanya sudah gondol. Kerbau masih lagi dlm kaw rmh. Sengaja sy tak keluarkan. Nak tengok rupa tuan pya kerbau tersebut dtg menuntut kerbaunya. Ingat nak repot polis. Apa nak buat?
Sabtu ni sekolah saya akan mengadakan karnival Hari Usahawan. Antara aktiviti yg dirancang ialah pameran, pertunjukan, perniagaan dan permainan. Apa yang merisaukan saya sekarang ini ialah keadaan cuaca yg sentiasa suram dan bersedih. Jika hari Sabtu ini, hujan bertamu, alamat kehadiran pelanggan yg diharapkan akan merosot. Maklumlah org sejuk belaka. Lebih baik tarik gebar. Ingat nak cari bomoh hujanlah. Ada sapa yg pandai tak? Boleh ke guna bomoh-bomoh ni? Tak syirik ke? Ustaz tlg jawab dan tlg doakan ya.
Harian Metro semalam melaporkan budak perempuan montel dikikis duitnya sampai pokai. Macam-macam kreativiti org sekarang nak cari duit.
Org OKU tak selamat, tau-tau dah mengandung. Org montel pun tak selamat, org come lote lagi tak selamat. Risau mengenangkan situasi sekarang. Lebih-lebih lagi yang ada anak perempuan. Tak kena gaya kena bawa lari ke Lombok. Dgn negro pun jadi. Pelik sungguh selera perempuan melayu sekarang ni

