Thursday, May 26, 2011

Anda Penentu Kesihatan Sendiri

Kalau hendak kolesterol kurang kena pilih makanan yang mahal. Contoh ikan tenggiri 3 mg saja kandungan kolesterolnya. Berapa harga ikan tenggiri sekarang? Kesihatan anda bergantung kepada kebijaksanaan memilih bahan yang dimakan.

Wednesday, May 25, 2011

Kematian Yang Tragis

Kemalangan yang tidak diduga. Ketika anak kome membuka pintu kereta, anak kucing ini pula cuba melompat untuk masuk ke dalam kereta. Belum sempat ia masuk, pintu kereta telah ditutup dengan kuat. Maka kepalanya telah terkepit pada pintu dan terjadilah peristiwa yang menyayat hati ini.

Monday, May 23, 2011

Trip ke Dungun

20 mei - jam 3 ptg aku ke memulakan perjalanan ke Kemaman. Sebelum itu singgah di SBPI Pekan dahulu ambil anak. Destinasi yg dituju ialah rumah Sabri Sulung. Tumpang bermalam di rumahnya. Terima kasih pada Hj Sabri dan isteri (muda) kerana membenarkan aku anak beranak tumpang bermalam.

21 mei - jam 8.30 pagi bergerak keUITM Dungun untuk mendaftarkan anak no. 3. Seronok melihat persekitaran uitm yg bersebelahan dgn lautan biru. Tapi pantainya dipagari oleh batu batan buatan manusia. Sudah pasti untuk menghalang hakisan ombak. Harap tsunami tidak melanda pantai di situ. Juga tidak berlaku runtuhan tanah kerana sebahagian asramanya bersebelahan bukit bukau.

Seorang demi seorang anak meninggalkan rumah sama ada bekerja mahupun belajar. Akan datang jika ada jodoh, pergi mengikut langkah pasangan masing-masing. Maka tinggallah ibubapa di rumah mengisi hari-hari tua. Menanti kembali pada Pencipta. Begitulah kitaran hidup.

Friday, May 20, 2011

Iklan Best



Berbagai cara peniaga cuba menarik perhatian pelanggan pada barang jualannya. Antaranya adalah iklan di atas. Iklan ini sangat menarik perhatian aku setiap kali aku balik ke
kg.

Apabila aku melihat nama Zul tu, ia mengingatkan aku pada kawan di utara. Tapi dia tidak berniaga 'tolo'.

Wednesday, May 18, 2011

Hang Tuah

Mengabdikan kenangan di antara kedai cenderamata yg terdapat sekitar Perigi Hang Tuah. Sempat juga membeli hadiah utk Hari Guru. Guru yang dapat hadiah berkenaan sangat bertuah kerana dibawa jauh dari Melaka dan disemai dengan semangat Hang Tuah
Perigi Hang Tuah berupa tapak kaki. Agaknya bekas tapak kaki HT dan telah diperbesarkan. Airnya tidaklah terlalu jernih dan tidak terlalu keruh. Sempat jugalah aku mencuci muka. Sekadar untuk merasakan nikmat airnya.

Kalau tak nampak gunalah kanta ya.
Menara yg terdapat pd masjid Duyung berhampiran perigi HT.
Lawatan ke Melaka (Perigi HT). Dlm perjalanan ke Muar utk menghantar kereta anak, aku telah mengambil kesempatan untuk melawat Perigi HT. Di samping itu aku hendak menunjukkan peninggalan sejarah kepada anak aku. Mudah-mudahan apb dia besar nanti, dia akan menghargai dan mencintai sejarah negaranya.

Monday, May 16, 2011

Gembirakah Anda?

Semua Pengetua akan dinaikkan gred dari dg48 ke 52 dan semua pk sek men akan dinaikkan gred dari dg44 ke 48. Malangnya sekolah rendah pula semua pk hanya dinaikkan gred dari dg32 ke dg34 bagi sekolah kluster sahaja.

Kenapa sekolah menengah tiada tapisan tetapi sekolah rendah dihadkan pd sekolah kluster? Bagaimana pula nasib GB? Sakit sungguh hati aku mendengarnya. Itukah yg dikatakan berita gembira?

Kalau Pak Pandir hidup lagi, tentu dia ketawa sampai guling-guling.

Tuesday, May 3, 2011

Tidak Bertegur Sapa

Misbun dan anak didiknya Lim Chong Wei sudah tidak lagi bertegur sapa. LCW boleh bersalam dgn semua org di mejanya tp dia buat tak nmpk je bks jurulatihnya yg berada di sebelah mejanya. Kalau ikut adat org Melayu, sikap seperti itu menandakan kurang ajar dan tidak tahu mengenang jasa.

Dari satu sudut, sbgi rakyat Malaysia aku nak lihat LCW memenangi pingat emas semasa sukan Olimpik nanti. Tp dari sudut yg lain aku lebih suka LCW dikalahkan oleh Lin Dan. Alasan aku kerana dia tak reti mengenang jasa gurunya. Kejayaan yg diraihnya sekarang ini adalah kerana latihan dan tunjuk ajar oleh Misbun.

Kenapa dia berubah sikap, tidak diketahui kerana kedua2nya menutup mulut. Prinsip aku mudah aje, ank mrd tetap ank mrd. Mesti beradap pd gurunya.

BAM pun perlu dikaji semula. Ada orang kata BAM memilih kasih dan memilih kaum. Kelihatan sukan badminton dimonopoli oleh satu kaum sahaja. Mustahil dlm negara ini, kaum India dan Melayu tak reti lsg main badminton. Cuba bilang berapa kerat org Melayu dan India di naungan BAM. Tengok pula struktur jk BAM, kaum mana yg memonopoli?

Patutnya dlm negara yg majmuk ni, ketepikanlah perkauman. Utamakan pencapaian negara.
Contoh kalau kaum Cina dan India berkebolehan main sepaktakraw, pilihlah mereka. Yg penting Malaysia muncul sebagai juara.

Aku sangat pesimis jenama Satu Malaysia itu akan berjaya. Terlalu banyak yg boleh dipersoalkan.