Friday, June 26, 2009

BAHAYA KEDAI MAMAK

Maaflah kerana sudah lama tidak memasukkan entri. Memandangkan Faris sudah beri 'kad kuning' terpaksalah aku memerah otak utk berkongsi sesuatu dgn harapan apa yg aku paparkan dapat dikongsi manfaatnya. Baru ini aku beli majalah Al Islam dan aku tertarik dgn isu penipuan yang dilakukan di kedai mamak. Sapa tak beli lagi majalah ni, eloklah dapatkan dgn segera dan boleh mengetahui ceritanya dgn lebih lanjut. Lebih kurang isunya ialah kedai mamak yg dimiliki oleh pengusaha yang bukan beragama Islam (Hindu). Bagi mendapatkan kepercayaan pelanggan yang beragama Islam maka restorannya telah dihiasi dgn ayat-ayat al Quran. Maka berduyun2lah org Melayu yg beragama Islam makan di restoran tersebut. Masalahnya pekerja2nya adalah diimport dari India yg juga beragama Hindu dan ayamnya dibekalkan oleh peniaga Cina bukan Islam. Sudah tentu ayamnya tidak disembelih dan haram dimakan oleh org Islam.
Untuk meyakinkan hati kita apabila masuk ke restoran mamak, cuba formula ini. Pertama beri salam pd pekerja di restoran tu. Kalau tak tahu jwb salam tu, maknanya bukan org Islam. Kedua tya siapa tokehnya? Lain2 tu cuba 'trick sendiri'. Nak senang jgn masuk kedai mamak.
Faris setahu aku restoran Ibrahim Maju di taman kau tu kepunyaan tokeh yg beragama Hindu. Tuan punya restoran tu adalah pembeli besi buruk. Ibrahim Maju tu semua dia punya. Kawan aku pernah nampak dia beli ayam dari peniaga Cina. Sejauh mana betul aku tak tahu. Tapi aku dah boikot restoran tersebut. Hati2 wahai kawan2 agar makanan yg masuk dlm perut kita hanya yg halal sahaja. Jalan penyelesaiannya ialah masak sendiri atau kunjungi kedai makan org Melayu yg beragama Islam. Kedai makan org Melayu juga kena diteliti. Bukan boleh makan sembarangan. Itu sahaja cerita aku. Apa komen anda semua??

Wednesday, June 17, 2009

Bahayakah Makanan Kita Sekarang?

Kalau kita teliti makanan yg dijual dan dimakan oleh rakyat Malaysia, kebanyakannya akan membawa kita kerap mengunjungi rumah sakit. Contoh sebelah pagi makanan yg dijual ialah nasi lemak, roti canai, nasi dagang, nasi kerabu, mee goreng dan lain-lain. Makanan2 ini mengandungi lemak, minyak yg mana tidak baik untuk jantung kita yg kurang senaman ni. Lagipun rakyat Malaysia malas untuk bersenam, mungkin kerana kesibukan kerja dan kepenatan. Aku kadang2 tak tahu apa nak makan di kantin sekolah. Jenis2 nasi dan mee serta kuih2. Itu sebelah pagi, tengahari pun begitu juga, petang n malam. Lebih kurang sama. Aku rasa sudah sampai masanya makanan kita di Malaysia ini ditukar atau ditambah dgn jenis serat. Spt nestum, oat, roti n yg seangkatan dgnnya. Mungkin dgn cara ni IJN akan kurang dikunjungi oleh peminatnya dan org lelaki tak le perutnya ada pelampung. Tak comelkan. Apa pandangan anda semua?

Friday, June 12, 2009

cuti2 malaysia

Ada kwn kita ke l/negara utk melancong, jadi sempena cuti sekolah ini aku ambil keputusan utk bawa anak2 bercuti di Melaka, negeri bersejarah. Lagipun Melaka dekat sangat dgn kg aku. Kalau nak ke Air Keroh tu setengah jam dah sampai. Kalau dgn BMW , aku rasa 15 minit dah sampai, kalau jln 'clear'. Akhirnya sampailah aku ke Zoo Melaka, melawat saudara. Bayarannya boleh tahan, taklah mahal sangat. Tapi mcm aku ni anak ramai terasa juga bila nak membeli tiket. Memandangkan anak aku yg sek men. tu kecil je orgnya, maka aku ambil tiket sek. ren.
Tp di Wet WAter World Pedas, kira tinggi. 135 cm ke bwh RM8 n atas dr 135 RM10. Jadi kalau anak sek. ren. n tinggi orgnya kena byr penuh. Akhirnya aku cari tpt percuma iaitu di Hutan Lentang Bentong. Punya ramai org. Yg aku tak daya tu, anak2 remaja perempuan yg mandi pakai tshirt. Bila baju dah basah tau2 ajelah kan. Aku nak mandi lsg tak jadi. Segan kat anak dara n bujang aku n malu kat diri sendiri. Mcm mana buat tu kalau kau org di tempat aku???

Saturday, June 6, 2009

BAHAYA RADIASI HP

HP merupakan kemudahan era moden dlm myk kita. Namun begitu, inovasi canggih ini mengancam kesihatan manusia. Kita terdedah kpd pelbgi btk sinaran setiap hari. Drp gelombang mikro hinggalah sinar x, kita sentiasa dikelilingi gelombang EMF (sinaran elektromagnet).
"Bahaya teknologi wayarles mungkin lebih tragik drp kesan rmh hijau. Sinaran hp blh mengakibatkan kerosakan genetik. Malah, penggunaan secara sederhana teknologi komunikasi mudah alih ini masih boleh meningkatkan risiko tumor otak secara mendadak", menurut Dr. George Carla, Pengasas Safe Wireless Initiative.

Adakah HP Selamat????
1. HP 'Merosakkan Sel-sel Darah'
Sinaran hp blh merosakkan sel2 drh dgn meningkatkan kuasa tekanan sesama mereka,
kata saintis.
2. HP "Mengubah DNA Manusia"
Kajian makmal menunjukkan bhw gelombang radio drp hp blh mengancam sell2 badan dan
merosakkan DNA. (sumber dr BBC News)
3. HP Blh Mempengaruhi Kualiti Sperma
Jika hp disimpan dlm poket dan dibiarkan dlm mod ckp akan merendahkan kualiti sperma,
demikian menurut penyelidikan baru drp Cleveland Clinic. (sumber dr CNN)
4. Kajian: Radiasi dr HP Merosakkan Daya Ingatan
Pendedahan kpd sinaran hp memburukkan ingatan jangka pendek tikus, mnrt kajian baru di
Sweden.
5. Kesan Radiasi HP, Tumor Otak dan Kanak2
Dlm meta-analisis yg diterbitkan dlm isu Mei 2008 Jurnal Antarabangsa Onkologi, penyelidik
Sweden menemui perkaitan ant. tumor otak dan penggunaan hp.

Perkara yang patut anda tahu

1. Apakah itu E.M.R?
E.M.R merujuk kepada Radio Elektromagnet, sinaran frekuensi berbahaya yg dipancarkan oleh telefon bimbit. Sinaran tidak mengion daripada sumber frekuensi rendah mengion seperti model awal telefon bimbit dipercayai selamat. Pandangan ini telah berubah sejak
kuasa telefon bimbit telah dipertingkatkan daripada gelombang paras rendah kepada
gelombang mikro paras tinggi.
2.Apakah Perbezaan Antara Gelombang Radio Dan Gelombang Mikro?
Gelombang radio adalah kuasa penghantaran berparas rendah yang menghantar isyarat dari
atau ke telefon anda. Frekuensi tidak mengion ini adalah selamat. Kini, telefon bimbit
berkapasiti 900MHZ hingga ke 2.4GIGs atau lebih tinggi agar anda dapat menerima isyarat
yang jelas apabila bergerak dari satu bilik ke bilik lain atau diluar. Namun demikian, telefon
anda kini dilengkapi kuasa sinaran gelombang mikro/inframerah.
3.Apakah Telefon Bimbit Membahayakan?
Beberapa penyelidikan telah menunjukkan sinaran frekuensi radio daripada telefon bimbit
"menyebabkan kerosakan genetik dalam darah manusia", sementara satu kajian kes lagi
mendapati "peningkatan statistik yang signifikan" bagi tumor otak neuro epikteliun
dikalangan pengguna telefon bimbit.
Dalam tahun 2004, satu kajian tehadap 750 orang yg dilaksanakan oleh karolinska institut di
Sweden mendapati bahawa penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun dan keatas
meningkatkan risiko tumor telinga sebanyak 4 kali.
4.Apakah Kesan2 Bahaya Daripada Penggunaan Telefon Bimbit Yg Terlalu Kerap
Ramai pengguna mengadu bahawa telefon mereka terasa hangat dan mereka mengalami
tanda-tanda seperti sakit kepala, kelesuan, kebas dan kehilangan ingatan. Ada telefon bimbit
yg lebih menjanakan haba daripada yg lain. Dalam satu kajian terhadap remaja 16 tahun,
saintis eropah melaporkan kehilangan memori jangka pendek (sehingga 50 minit) boleh
berlaku selepas menggunakan telefon bimbit.
5.Bagaimana BioCerastone EMR Protektor bertindak?
BioCerastone EMR Protector dicipta dengan teknologi canggih Jepun daripada bahan seramik
yang berupaya mengeluarkan tenaga sekala, sinaran inframerah dan lon negetif yang boleh
menghapus dan meneutralkan kesan buruk gelombang elektromagnet bagi melindung anda
dan keluarga tersayng daripada sinaran telefon bimbit.
6.Berapa Lamakah BioCerastone EMr Protector Boleh Bertahan?Adakah Perlu Utk
Menggantikannya Setiap Tahun?
BioCerastone EMR Protector mengurangkan sinar frekuensi radio sepanjang jangka hayat
selagi ianya tidak dirosakkan. BioCerastone EMR Protector tidak boleh dipindahkan ke telefon
lain selepas dipasang kerana pelekat 3M tidak boleh melekat lagi selepas ditanggalkan. Oleh
itu, gunakan BioCerastone EMR Protector yg baru utk telefon bimbit yg baru dibeli.
7.Bagaimana BioCerastone EMR Protector Dipasang Pada Telefon Bimbit Saya?
Sesuai utk semua jenis telefon bimbit BioCerastone EMR Protector boleh dilekatkan pada
belakang telefon bimbit anda. Lokasi yg ideal ialah dimana entena berada. Oleh sebab entena
biasanya tidak bedekatan bateri, lokasi terbaik ialah pada bahagian tengah tempat yg tidak
diisi bateri. Oleh itu, jika bateri berada di bawah, maka anda harus melekatkan BioCerastone
EMR Protector di tengah bahagian atas telefon bimbit.

Tuesday, June 2, 2009

Kecuaian atau apa?

Hari Ahad aku ke Bangi hantar isteri utk mendaftar PGSR. Dia nak belajar sangat, aku izinkanlah. Lebih kurang 200 ke 300 m sebelum sampai ke TOL Karak lebih kurang jam 4.45 pm, aku lihat 4 buah kereta sedang mengalami kemalangan. Yang belakang langgar kereta depan sehingga 4 buah. Mangsa dlm kereta terakhir masih lagi terperangkap dan kereta dia paling teruk. Patutlah 'jem' jalan petang tu.
Balik dari hantar isteri ketika melalui jalan Hulu Kelang (malam), lebih kurang jam 9.00 malam. Sekali lagi aku 'dihidangkan' dgn pemandangan kejadian serupa spt siang tadi. Cuma kali ni bil. kereta yg terlibat lebih byk. Tak silap aku 8 buah. Sekali lagi jln 'jem'. Yg peliknya 'accident' tu dijln sebelah tp jln yg aku lalui juga 'jem'. Begitulah keprihatinan rakyat Malaysia, msg2 memperlahankan kenderaan kerana tdk mahu melepaskan peluang menonton tygn percuma. Termasuklah aku. Persoalan aku mengapa kemalangan begitu boleh berlaku? Bagaimana hdk mengelakkan ianya dari berlaku?
Nasihat aku pd kwn2, berhati2 semasa memandu dan ekori kenderaan di dpn pd jarak selamat. "Sesaat Tidak Bererti Jika Berakhir Dengan Tragedi"