Wednesday, February 10, 2010

Tanda Akhir Zaman

----------------
Now playing: Inka Christie - Yang Kunanti
via FoxyTunes

Apakah faktor yang menggugat keharmonian rumah tangga? Rumah tangga yang dibina beberapa tahun akhirnya retak dan terbelah kerana kecurangan isteri dan suami. Yang memilu dan menakutkan ialah isteri yang memadu kasih dengan lelaki lain hingga sanggup berzina tanpa rasa bersalah dan berdosa besar.

Contoh kes terdekat dengan saya terjadi pada dua pupu. Orangnya bijak, student luar negeri keluaran MRSM, berjawatan besar di salah sebuah bank tempatan. Berkahwin, isteri boleh tahan juga cantiknya dan memiliki dua anak. Dalam diam isteri telah bercinta dengan jantan lain dan perkahwinan diakhiri dengan perceraian serta membawa bersama kedua-dua anaknya. Dua pupu saya akhirnya sakit hingga dibuang kerja kerana mentalnya sudah tidak normal lagi. Kasihan pada dia dan keluarganya.

Jika kita baca akhbar dan majalah, berita 'kejalangan' si isteri kerap dipaparkan. Antara punca yang menyumbang kepada amalan kemurkaan Allah ini ialah wujudnya sistem sms, laman sembang sosial spt facebook, dll. Sesiapa pun boleh masuk dan menabur 'jarum beracun'. Isteri pula memberi respon hingga akhirnya cinta pun berputik dan kerana sudah terlalu sayang maka sanggup ditiduri oleh kekasih 'gelap'.

Ada juga 'kejalangan' isteri diketahui oleh suami. Suami yang dungu ini kerana terlalu sayang pada isteri sanggup menerima isterinya lagi. Sebagai lelaki, saya langsung tidak boleh terima suami yang 'bodoh' ini walaupun akademiknya cemerlang. Tak ada maruah diri.

Kesimpulannya sekarang ini, jangan terlalu percaya pada isteri anda. Beri amaran awal-awal. Berani buat berani tanggung akibatnya.