Thursday, December 24, 2009

Kalau Dah Rezeki Takkan Ke Mana

Pagi tadi sy ke Maybank utk byr htg melalui mesin ATM. Hutang tu cuma RM90 je lagi. Tengok dlm dompet tak de pulak duit RM10. Maka sy pun pergi kedai topup utk pecahkan duit RM50. Lepas ambil topup sy pun terus ke bank tanpa mengambil wang baki sebanyak RM40. Tak lama kemudian tokeh kedai tu dtg lalu menyerahkan wang baki tersebut. Jujur tokeh tu. Persoalan saya ialah apa yg membuatkan sy terlupa begitu sekali.

Nak jadi cerita dalam perjalanan balik, sy singgah klinik homeopathy ambil ubat. Tak sihat. Batuk agak teruk. Lepas tu singgah kedai makan beli lauk-pauk utk anak2 di rmh. Maklumlah emaknya tak ada. Tengah belajor. Sampai rumah sy dapati ubat yg diambil tertinggal pulak di kedai makan.

Teruknya kelupaan saya. Belumlah tua sangat lagi. Agaknya perubatan moden ada tak penawar kpd penyakit lupa ni?

Sunday, December 20, 2009

Bandar Ikan Patin



gambar 1

beginilah nasib tebing sungai pahang apabila sekali air pasang sekali tebing nak runtuh. maka terpaksalah ditambak dengan batu-batan. teringat aku pada peribahasa 'seperti aur dengan tebing'. bila aur dah tak ada begitulah jadinya.

gambar 2

sangkar ikan patin dan ikan talapia yg banyak terdapat di sepanjang sungai Pahang. Kalau nak merasa kemanisan ikan patin berkunjunglah ke bandar Temerloh.

gambar 3

jambatan yang menghubungkan Temerloh dengan Maran/Kuantan. Jika runtuh jambatan ni maka ramailah yang merana.

Thursday, December 10, 2009

Bintangku

Sekadar berkongsi apa yg dibaca.

Hukum Membaca dan Mempercayai Horoskop/Zodiak

Horoskop dan Astrologi ialah ilmu yang digunakan bagi mencari maklumat serta ramalan terhadap perkara ghaib dari bintang-bintang serta bulan-bulan kelahiran seseorang manusia. Seringkali kita lihat horoskop seperti ini banyak dipaparkan di dalam majalah dan media massa terutamanya yang disasarkan kepada golongan remaja.

Ramalan Horoskop (Horoscope) DIPERCAYAI KONONNYA yang dapat menentukan ramalan personaliti seseorang, sifat peribadi dan ramalan nasib bulan-bulan dalam kehidupannya. Misalnya bagi mereka yang lahir di dalam bulan Oktober pada hari 24 sehingga 22 November merupakan mereka yang dilabelkan dengan bintang SCORPIO dan mempunyai personaliti serta peribadi ramalan tertentu.

Ramalan sebegini membawa kepada syirik dan hukum mempercayainya ialah haram dan berdosa. Telah diriwayatkan oleh Abdullah ibn Abbas ra Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

Sesiapa yang mengambil sebahagian dari ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah mengambil sebahagian dari ilmu sihir yang setiap kali bertambah ilmu bintangnya (berkaitan ramalan) maka bertambah pulalah ilmu sihirnya . (hadith sahih diriwayatkan oleh Abu Daud, Nasaie dan Ahmad).

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya.

Alamat utk bacaan lanjut: http://emjayjb.multiply.com/journal/item/239

Wednesday, December 9, 2009

Cari Duit Lebih

Tahun 2010 yuran makan asrama dinaikkan dari RM1 sehari ke RM3 bagi ibubapa yg berpendapatan RM5000 ke atas.

Anak aku tiga org dok asrama. Terpaksalah aku cari keje tambahan. Aku ingat nak kutip buah sawit yg relai. Keje taklah teruk sangat.

Syair Burung Belatuk


Burung belatuk burung cencama,
Anak pari terkena pukat;
Kalau bercahaya iman di dada,
Tentu bersinar di seluruh jasad.

Burung belatuk burung cencama,
Anak pari terkena pukat;
Kalau tetap zikir di dada,
Tentu kuat buat ibadah.

Burung belatuk burung cencama,
Anak pari terkena pukat;
Kalau tak duduk serta ulama,
Tak dapat kata-kata nasihat.

Burung belatuk burung cencama,
Anak pari terkena pukat;
Kalau tak dengar nasihat hukama'
Iman dan agama tak selamat.

Burung belatuk burung cencama,
Anak pari terkena pukat;
Ilmu tanpa amal bersama,
Masuk neraka sangatlah cepat.

Burung belatuk burung cencama,
Anak pari terkena pukat;
Quran dan Hadis tidak percaya,
Jadi kafir kena istidraj


Saturday, December 5, 2009

Balik dari JB


Pemandangan di lebuh raya selatan (JB). Saya sdg memandu utk pulang ke N9 selepas berhari raya di rmh kakak ipar (Taman Perling).

Tak sangka jalan jadi sesak utk ke JB. Hebat JB sekarang ni.

Panorama Raya Korban




1. Gambar saya dgn kepala lembu yg sdg dilapah. Dia org sedang berusaha mengeluarkan otak lembu tersebut utk dijadikan sajian.

2. Saya sdg posing dgn kambing utk dibuat aqiqah. Takut utk rapat bila tengok tanduk kambing tersebut. Naya kalau dirodoknya.

3. Antara lembu yg sdg menunggu giliran disembelih.