Tuesday, June 28, 2011

Sekolah Baruku

Pokok lada yg terdapat di pondok jaga. Buahnya warna ungu dan masak warna merah. Kali pertama aku jumpa lada warna ungu. Ramai yang mengambil buah utk dijadikan benih. Cantik tak? Maha suci Allah!
Hiasan yg terdapat di pondok jaga. Ringan tangan jaga sekolah ni.




Pemandangan di hadapan sekolah. Murid asli tu menangis tak nak bersekolah. Adik dia ok je. Kesian aku tengok, kena penampar ayahnya berkali2. Akhirnya ayah dia bawa balik anaknya. Aku nak pujuk tak pandai.



Rupa pintu depan sekolah baru aku. Jaga dan seorang ibu sedang menjadi pemerhati salah seorang anak orang asli tidak mahu bersekolah.












Sunday, June 26, 2011

SK Sebertak Dalam Kenangan

Akhirnya aku telah bertukar sekolah di SK Felda Jenderak Selatan. Jarak dari rumah lebih kurang 34 km berbanding sekolah lama 62 km. Guru-guru di sekolah telah merancang hari perpisahan pada Jumaat lepas dengan baik sekali. Sedih pula aku dibuatnya. Ketua Kampung, Ketua Cawangan UMNO, Timbalan Pengurus Felda, Biro Pendidikan Kg, dan JK PIBG turut hadir bagi meraikan majlis berkenaan. Sayangnya YDP PIBG tidak dapat hadir kerana ada mesyuarat. Timbalan YDP PIBG pula terlantar kerana aksiden.
Gambar 1 ketua pengawas memberikan ucapan
Gambar 2 Pelajar Tahun 6 menyampaikan persembahannya.
Gambar 3 Hadiah-hadiah yang diberikan oleh murid-murid dari setiap kelas dan guru-guru. Penuh kereta aku dengan hadiah.
Gambar 4: Yang sangat2 dihargai dan menjadi kenangan abadi.
Gambar 5: Makanan yang dihidangkan di restoran Sri Pelabuhan Cherating. TK Kelab Guru SKS yg tolong sponsor. Dapat rasa makanan enak. Ikan stim lagi.
Gambar 6: Geng perempuan sdg menguji kecekapan menyambung straw. Salah satu acara dlm hari keluarga
Gambar 7: Posing sebelum acara. Acara main boling tidak dapat dimasukkan. Lepas menjamu selera di restoran Sri Pelabuhan, sebahagian dari peserta hari keluarga ke Mega Mall Kuantan untuk membuat jatuhan pin. Bukan cuci longkang.

Hari keluarga SKS yang terakhir aku dan keluarga menyertai. Tk guru-guru dan staf yg dikasihi

Tiada budi dapat dibalas hanya doa yang ikhlas, Allah jua yang akan membalas.

Wednesday, June 22, 2011

Mentarang



Kali pertama aku tengok dan kali pertama aku makan. Sedap gak. Sekilo RM10 atau RM15. Bergantung pd saiz. Cari di Sekinchan.

Sunday, June 12, 2011

Dalam Untung Ada Rugi

Rotex kete aku dah mati 7 Apr 2011. Merata kete tu aku pandu, ke utara, pantai timur, selatan dan barat. Tiba-tiba aku ditahan JPJ Muar pd 7 Jun. Baru aku sedar rotex dah lama mati. Sedih aku kena saman. Tunggu msk mahkamah bulan 9.


Salahkah aku? Bukan aku sengajakan tp tak sedar? Patutnya maafkanlah. Aku terima saman dgn berat hati. Alang-alang dah kena saman, aku biarkanlah dulu kete tu bergerak tanpa rotex.