Friday, July 31, 2009

Padamu aku berserah

Selsema babi dah menyerang negara kita dgn hebat. Mana kita nak lari. Anak aku di Politek JB telah diarahkan cuti seminggu. Sekrg sdg berehat rmh maklongnya di tmn perling JB, seorg lg anak aku di sm teknik sepang pun diarahkan plg dan berehat di rmh. teruk dah kita ni. tp besok sek aku buat hari keluarga di air keroh melaka. ni yg aku risau. melaka dah ada kes kematian. tak pegi tak patut. lg pun duit dah byr. tawakal dan berdoa jelah. tgh fikir nak pakai topeng. boleh ke gitu?

Thursday, July 30, 2009

sakitnya hatiku

perkara ni sering terjadi dlm hidupku. mungkin org juga mengalaminya. cuma kekerapannya yg mungkin membezakan. satu hari aku nak menghadiri mesyuarat di PPD, aku dah kesuntukan masa kerana terlewat keluar dari rumah. maka aku paksa kereta bergerak dgn laju. tiba-tiba dlm perjalanan ada pula org yg bawa kete mcm mkn angin je. aku rasa nak sondol aje kete org tu. hari tu entah berapa buah kete aku jumpa mcm tu. kalau nak mkn angin pun tgk waktulah.

satu hari aku lambat ke sekolah. spt biasa aku pecut kete. bila sampai lampu trafik, ada pula polis trafik mengawal lalu lintas. bknya mempercepatkan perjalananku tp melambatkan lagi. pd pdgn aku polis trafik ni patutnya jgn msk campur tgs lampu trafik selagi tak ada masalah. maklumlah lampu trafik mana ada mata, tgs dia cukup masa warna lampu akan bertukar. tp polis ada mata dan perasaan, itu masalahnya. patut menunggu 30 saat jadi 2 minit. betul tak?

Wednesday, July 29, 2009

Jika Masa Dapat Ku Undur

Setiap manusia yg hdp sdh pasti akan melalui dan merasai pahit, manis dari perjalanan hidupnya. Tidak semua yg kita cita2 dan dambakan akan dikecapi. Kadang2 apa yg kita sangka tak baik bagi diri kita, sebenarnya adalah baik dan begitulah sebaliknya. Peristiwa2 yg kita lalui itu sangat mendewasakan diri kita. Kadang2 aku teringat beberapa babak dlm hidup aku yg tak terduga berlakunya. Aku sangat yakin setiap orang pernah mengalami peristiwa begini.
Kadang2 ia lucu, kadang2 ia memalukan dan kadang2 ia menyakitkan. Itulah keunikan manusia yg ingin belajar dari sejarah.

Peristiwa yg menyakitkan.
Aku berlari dgn laju kerana dikejar oleh sepupuku yg ingin memancut susu dari botol susu. Aku menyusup di bwh rmh, tiba2.. dum!!!! kepala aku berdentum kerana melanggar bendul rmh. Sakitnya... Aku msh tdk menangis. Aku menekup kepala yg teramat sakit di tangga dan ditemani oleh sepupuku yg pulang ke kg utk menyambut Aidil Fitri dr Kuala Terengganu. Tiba2 jiran aku menjerit, darah!!!! Baru aku sedar darah keluar dgn byknya. Aku pun melaungkan siren tangisan. Nenek yg ku syg terus menekup luka sambil meletak ubat luka lalu membalut kepala aku. Malam tu sepupuku mengajak bermain bunga api pula. Dgn kepala berbalut aku turun bermain. Kalau ke hospital, konfem kena jahit entah berapa jahitan. Kepala ku lekuk dek peristiwa tu dan rambut pun tak sudi nak tumbuh di kwsn tersebut. Syg sepupu yg sebaya dgn ku sdah pergi buat selama2nya. Ketika itu aku 10 tahun.

Ghairah bermain mercun hampir membutakan sebelah mataku. Masa tu mercun tak haram lg dan boleh main mcm2 mercun. Tiba2 mercun yg ku lontar tdk meletup. Tak boleh jadi, mercun tu ku ambil dan diletakkan di puntung kayu yg berbara. Aku tiup sekuat hati, tiba2... tum.. mercun tersebut meletup dan 'membutakan mata aku buat sementara waktu'. Nenek aku telah bawa aku jumpa nenek yg rmhnya di dpn rmh aku dan dipshkan oleh jalanraya. Nenek tersebut tlh menjampi dgn doanya. Alhamdulillah tidak lama selepas itu mata aku pulih kembali. Hebatnya org dulu2. Kalau sekrg mesti kita berkejar ke hospital. Mudah2an nenek tersebut dan nenek ku dimuliakan Allah. Umur aku tak ingat. Kesian bdk2 skrg tak dpt main mercun.

Peristiwa Memalukan
Aku hdk ke pekan Rembau. Spt biasa aku menunggu bas di kedai yg usang. Aku duduk di tpt seseorg yg ckp dikenali di tpt tersebut. Tiba2 aku nampak org tu dtg berlari2 sambil menunjuk pd diriku. Apb dia sampai shj ....,phang... penamparnya hinggap di kepalaku. Rupa2nya dia marah aku duduk tptnya. Aku tdk melawan kerana org itu tidak siuman. Jadi hati2 dgn org yg tdk siuman. Dia ada lesen agung.

Masa mula2 masuk maktab perguruan, aku adalah anak kampungan yg tdk terdedah dgn kemudahan2 yg canggih. Ambil elaun di Bank Pertanian KL. Sedang aku bersandar pd meja yg meletakkan borg2 ksg utk diisi oleh pelanggan tiba2 tpt tersebut berpusing kerana terkena oleh sandaranku. spontan .."eh boleh bergeraklah" member gelakkan aku berdekah2. Kampungnya aku, sampai tak tahu benda tu boleh dipusing2.

Peristiwa di Hotel Hiltaon KL semasa terlibat dgn pengiraan undi pemilihan UMNO. Bdk2 maktab diguna pakai, percuma hya beri makan je. Nasib baik ada makan kalau tdk kebulor. Kami di tptkan di bilik VVIP, yg biasa digunakan oleh pembesar negara. Dikurung dan tdk boleh keluar, buat keje,kira undi apb tong sampai. Oleh kerana kami ni agaknya ramai org kg, maka ramailah termsk aku mengbl kesempatan mengambil brg2 berharga spt sudu, garfu, cwn, piring dll. Allah nak tjk pd aku, mencuri tu perbuatan yg dilrg agama. Ketika air minuman panas dihtr dlm tong yg ada paip tu, aku tak lepas peluang utk mengbl minuman. Sekali lg aku tlh menunjukkan kekampunganku, aku tak tahu cara nak ambil air dr tong itu. Patutnya tekan aje keluarlah airnya tp aku pulas muncungnya. Air keluar sdkt demi sdkt dan tiba2... burr... air panas keluar mencurah kerana kepala paip tleh tanggal aku kejekan. Panik dan malu yg teramat lalu aku tadah air panas tu hga dibantu oleh pekerja hotel. Tanganku melecur akbt air panas dan peringatan Jangan Mencuri.

Peristiwa Lucu
Masih lg ketika aku menuntut di maktab. Kali ni aku bw beberapa org kwn balik kg ku utk ambil buah durian dll. Bas utk ke S'ban ialah SKS. Satu2nya syk bas yg memaksa penumpangnya berbaris sebelum naik. Kdg2 berbaris spi keluar dari bumbung puduraya. Masa beratur perut aku terasa sakit utk melabur. Takut line aku kena potong, aku tahan dulu sambil memujuk diri, ' tak apa dah dpt duduk nanti oklah perut ni". Pendek cite, dlm perjlnan skt perutku tak boleh dibendung2 lagi. Bas SKS tak ada tandas. Kptsn terpaksa dibuat, aku mesti turun dari bas wp ditgh hutan. Aku minta kwn2 tgu di bus stand s'ban. Aku picit loceng dan ceh aku kontrol, kononnya aku turun tu sbb lain. Pd hal perut aku dah sampai klimak. Apb bas meneruskan perjalanannya, aku berlari dlm ldg getah utk melabur. Siap n lega. Mcm mana nak balik? Aku jalan kaki sbl thn lori, nsb aku baik, sebuah lori telah sudi berhenti dan menhantar aku ke stesyen bas. Kata abg lori tu, kalau hari mlm org tak berani nak berhenti. Sekrg ni bas ekspress mmg dah ltk tandas di bhgn blkg. Pengajarannya pd ku ialah sentiasa ksgkan perut apb menaiki bas ekspress.
Apa khabar agaknya kwn2 ku, Jaafar Labu, Pak Ya (Zakaria), Razak Kenar dll. Barangkali dah ada yg jadi pensyarah universiti.

Peristiwa Lucu tp Malu
Kisah ni berlaku pd org lain tp ada kaitannya dgnku. Penyelia asramaku yg berpangkat Sarjan Major. Ketika sembyg Jumaat di masjid, biasalah apb msk masjid kita akan solat 2 rakaat >tahyatul masjid< hormat akan masjid, rumah Allah. Masa penyelia tu sujud, aku terdgr byi aneh ...prak... rupa2nya kain dia koyak. Aku tak tahu dia pakai seluar dlm atau tdk. Terpaksalah dia balik tukar kain lain. Pengajarannya nak menhadap Allah pencipta kita, pakai lebih kurang je. Ada yg sbyg tak berbaju pun, tp ke pej siap dgn kot dan bertali leher. Nak ngadap penemuduga bkn main berkot lg takut markah krg. Dgn Allah tak apa. Kenapa begitu? Sebab makam ihsan tu tak ada lagi dlm diri kita.

Ok lah, aku nak tidur. Besok nak ke sekolah. Jauh pulak tu. Jumpa lagi

Tuesday, July 28, 2009

Siri 2 Cerita Guruku

Cg Aziz telah mengingatkan aku peritiwa semasa Th 6. Guru ni orgnya kurus dan tinggi. Setiap kali perjalanannya ke kelas aku dia sentiasa menghisap rokok dn bila sampai depan kelas dia akan buang rokoknya dlm longkang wp belum habis. Kedua yg aku ingat ttg cg aku ni ialah penamparnya yg hinggap di pipiku yg tak berdosa, semata2 kerana aku menconteng papan hitam. Ketiga pensel kontot aku telah dicampak oleh guru ni. Ingatkan nak beri yg baru tp dihumbannya. Nasib...nasib. aku telah dimalukan oleh seorg guru.

Tahun 1975 aku berada di T.1 di sebelah sekolah rendah lamaku. Guru yg sangat aku ingat ialah guru Kemahiran Hidup, seorg lelaki India. Aku ingat guru ni ada masalah mental. Aku dan rakan2 yg lain telah disebat dgn wayar elektrik hanya kerana salah bertanya, tak tahu jawab soalan. Sakitnya mengalahkan disebat dgn rotan, nak duduk atas kerusi masih terasa sakitnya. Sakitnya hati aku ketika itu hanya Tuhan sahaja yg tahu. Tak apa, oleh kerana aku ni telah dilatih berdikari sejak kecil, maka aku telah memakai seluar 2 lapis apabila ada mata pelajaran KH. Bila kena rotan aku hya perlu berlakon ...sakitnya.. tp tak rasa apa pun.

Awal tahun 76 semasa tingkatan 2, aku ditukarkan ke sekolah kem terendak melaka. Parent aku buat keputusan tanpa bertya sepatah ayat pun pd aku. Agaknya dia org tgk aku ni nakal sangat kerana dimanjakan oleh nenek. Jadi utk mendisiplin anaknya maka mesti dihtr tinggal di asrama kem terendak, yg diuruskan oleh askar dan diterapkan disiplin askar dan didenda mcm askar juga. Aku ank yg patuh, aku menurt sj tanpa membantah kerana jati diri aku yg kuat. Guru BM aku namanya Khadijah. Dia pernah menasihati aku spy belajar dgn tekun, jika tdk akan ggl dlm LCE baru menyesal". Sbb dia tgk aku tak serius n suka main. Aku jwb, "sy tak main cg". Terbukti kebenaran kata2 guruku itu. Aku kandas dlm LCE dan terpaksa balik kg dgn perasaan malu. Peraturan asrama tu, siapa gagal kena keluar dari asrama.

Tahun 79 aku naik ting.4 setelah berjaya menebus kehampaan pd th 77. Sekali lagi aku bertukar sekolah di sm tampin.n9. Sekali lagi aku berhdpn dgn cg yg bernama Aziz dan mengajar BM. Yg menariknya ttg cg ni ialah dia melarang mrd lelaki kelas dia sikat rambut tengah. dia suruh sikat tepi. Masa tu fesyen bdk2 sek dah mula sikat tgh. Pelik sungguh aku peraturannya. Tp aku akur wp hati membantah. Taat pd guru.

itu shj cerita guru2 yg aku ingat dgn peristiwanya. Bkn bererti aku tak ingat guru lain.

Friday, July 24, 2009

CIKGUKU DLM KENANGAN

tiba2 aku teringat pd cg2 yg pernah mengajar aku dulu dan kaitannya dgn diriku.
masa tu aku tahun 1 atau 2, guru yg mengajar adalah guru India perempuan. Mengajar BI. Dia ajar menyanyi dan semua murid ddk atas simen depan papan hitam. tp aku berbual dgn rakan sebelah. fikirku cg tak tahu aku berbual kerana mulut aku kumat kamit juga. aku dipanggil ke depan dan ditampar. kali pertama aku merasa penampar dari seorg guru. tp aku dah lupa nama guru tu. yg aku ingat pesan dia kalau nak keluar kelas utk ke tandas, cakap " please sir or teacher may i go out"

masa aku th 3, guru bi aku namanya thomas. dia pandai buat silap mata dgn daun terup. setiap kali dia mengajar, dia akan tinggalkan beberapa vocab utk dihafal di rumah. setiap pg waktu mandi aku akan mengingat kembali hafalan yg dibuat pd sebelah malam. satu salah eja, satu rotan.
us. muhamad guru agama islam di th 3 juga. jasa dia yg aku ingat ialah dia nak tampar bdk yg menguap tak tutup mulut. "tutup mulut tu nanti syaitan masuk" katanya.

guru kelas aku di th 4 namanya Normah. Mengjr Matematik. aku selalu dipuji kerana dpt menyiapkan kerja dgn cepat. Dia juga pernah mengamalkan kumpulan yg menang dlm kuiz akan mengetuk setiap kepala kumpulan yg kalah. kebetulan ketika itu kepala aku belum baik lagi dari luka akbt terhantuk dgn bendul bwh rmh. Lekuk kepala aku. spi skrg tak tumbuh rambut. Dia juga telah mengajar spy menjarakkan diri dari tv sejauh 10 kaki. spi skrg aku ingat.

cg ni tak pernah mengajar aku. aku pernah msk kelas dia kerana guru matapelajaran aku tak ada pd waktu tu. dia mengajar matematik. kalau nakal dia akan cubit di perut hingga berkudis kulit perut dibuatnya. sakit tak pyh cerita lagi. bila aku jadi cg, aku juga gunakan teknik cubitannya tp takle spi berkudis. aku sambung kemudian kerana aku nak ke KL sekarang juga.

Thursday, July 23, 2009

PERISTIWA TEMUDUGA

Datang je tpt temuduga perut aku memulas, apa lagi bekejar mencari tandas. Masuk bilik utk disemak dokumen yg berkaitan, aku tak bawa pula surat panggilan belajar ke UPSI yg original. Pegawai tu semak dlm bk perkhidmatan, kot2 ada ditulis dlm BRP tp tak ada juga. Nasib baik nama aku duduk di bawah. Terpaksa telefon sekolah minta JAGA tlg htrkan surat tersebut. Kesian kat Jaga sekolah aku tu, terpaksa dia kerah van buruk dia pecut selaju-lajunya. Maklumlah sekolah aku dgn tpt temuduga tu lebih sejam perjalanan. Kopak RM20 upah duit myk kete Jaga tersebut. Bila dibuka aje prestasi yg diisi oleh PPD, PPD aku terlupa pula mengisi markah keseluruhan dan terpaksalah pegawai SPP tu mengiranya. Nasib baiklah pegawai SPP tu baik orangnya. Yang bestnya apabila masuk ke bilik temuduga, tak ada lsg soalan teori, PIPP, FPK dll tp hya sembang biasa aje. Tapi ada juga dikaitkan dgn program Pahang PKKP. Mantan Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang. Baik sangat orangnya. Ada juga dia tya pendapat berkaitan program PPGB. Berapa org Pahang yg ikut kursus tersebut. Aku sebutlah termasuk nama Faris. Dia ingat dan kenal Faris. Dia tanya pula Faris di mana sekarang? Jadi pada member yg belum tu, semak betul2 semua dokumen yg perlu ada. Setiap yg fotostat mesti ada originalnya. Terpulanglah nak membaca n menghafal. Tergantung kpd penemuduga kita. Selamat berjaya kawan2.

Sunday, July 19, 2009

Minggu Mendebarkan & Kalut

Aku nak pecahkan rekod yg aku buat. Dalam sehari 2 entri aku hantar.
Rasanya minggu ni membuatkan aku kalut n berdebar tak tentu pasal. Berdebar bukan jumpa marka baru tp kerana nak ditemuduga pd khamis ni. Ulangkaji tak buat apa-apa lagi. Besok pula ada taklimat tatatertib di PPD. Petang selasa kena mendaftar di Tekam Resort utk kursus pengurusan ICT. Kursus hingga khamis n temuduga hari khamis juga. Gambar tak ambil lagi. Borang prestasi PPD tak tandatangan lagi. Susah sangat nak jumpa bos aku tu. Gambar tak ambil lagi. Sabtu ni ada mesyuarat agong Pengakap Daerah. Aku bendahari. Akaun tak buat lagi. Pagi Jumaat nak ke SBP Pekan ambil kad prestasi anak yg akan menduduki PMR n terus bawa balik. Petang pula nak JB hantar anak. Hari Ahad kena ke Pekan semula hantar anak. Minggu ni juga org JPN nak turun untuk audit inventori. Kalau org perempuan kena meroyan aku ni. Bagai nak terbeliak mata aku dibuatnya. Aduhai peningnya kepala aku. Awatle kalutnya minggu ni dlm hidup aku. Aku ingat nak minta ubat pening kepala dgn Zaijb le. Boleh ke sop? Tolong!!!!!!

Balik Kampung

Lama dah aku tak hantar entri. Nak kata sibuk sangat tak juga. Mungkin tak ada idea. Jadi sementara menanti peluh di badan kering, aku mengambil kesempatan masukkan entri baru.
Lepas sembahyang Jumaat aku terus ke Bandar Seremban utk satu urusan yg sangat penting. Tapi tak boleh cerita dlm blog ni kerana terlalu rahsia. Memandangkan urusan tu baru boleh selesai pada petang Ahad maka aku terpaksa berehat di rumah emak di Rembau.
Bagi mengisi masa, pagi Sabtu aku ke kebun buah utk mengambil buah dokong. Pokoknya sebatang je tp nak menghabiskan buahnya sampai tengahari juga. Nasib baiklah skil memanjat pokok aku masa kecil masih tak ditelan masa dan usia. Tp keberanian tu sudah menurun, tak le spt zmn kanak2 dulu.
Pagi Ahad panjat pula pokok rambutan depan rumah. Memandangkan buahnya sudah di hujung, omak aku suruh tutuh je, biar tumbuh yg baru. Itu pun sampai ke petang mengerjakannya. Kerja menutuh dahan ni perlu skil juga, kalau tak pandai nanti masa dahan tu nak jatuh ia boleh sepak muka atau badan kita. Kena berhati-hati. Bukan nak makan sangat tp sayang buah tu gugur begitu aje. Lagipun boleh agih2 pd saudara mara dan kenalan. Sayang kwn2 aku duduk jauh2 belaka. Kalau tidak tentu aku hantar sampai ke pintu.

Wednesday, July 1, 2009

DEFINISI MELAYU

Dlm Jawa Melayu bermaksud org yg lari. Hang Tuah ckp "takkan hilang Melayu di dunia". Aku teringat masa tingkatan 3. Masa tu aku sekolah agama. Us yg mengajar bhs Arab/tajwid/agama Islam menafsirkan makna Melayu.
mim maksud malas
lam maksud lalai/lemah
alif maksud angan2
ya maksud tukang angguk
wau maksud was2. sbb byk kerja tak jadi
Apabila aku fkr kembali apa yg us aku kata n kaitkan dgn tingkahlaku org Melayu sekarang, ada juga kebenarannya. Kalau org Melayu bangsa yg rajin, takkan ramai yg jadi penganggur n terpaksa guna mat/minah indon/bangla dll. Sampai tak tahu nak buat apa hga jadi mat/minah rempit. Kalau di sekolah pula boleh buat bandingan guru Cina dan Melayu. Rajin n tekunnya bangsa Cina melaksanakan tanggungjawab dan amanahnya pd anak didik. Dlm bilik guru pula tekunya mereka memeriksa buku murid, senyap je bilik guru. Bilik guru yg majoritinya org Melayu bagaimana? Pelajar Cina yg tak berminat nak ke sekolah lagi, pergi buat kerja di kedai2 /bengkel utk jadi usahawan satu hari nanti. Anak Melayu yg mlas sekolah buat apa?

Org Melayu suka berangan nak kaya cepat. Akhirnya ramai yg merana kerana melabur pd penipu. Tukang angguk tak payah ckp lagi. Ada masanya kita tak bersetuju dgn pdgan bos kita, tp kita tetap angguk juga. Akhirnya dipaksakan PPSMI dan anak2 Melayu yg merana kerana anggukkan kita. Was-was hga angkat takbir berkali2. Ambil wuduk berkali2. Apa akan terjadi pd bangsa Melayu pd 2020? Apa pdgan anda sekalian? Mcm aku ni mengutuk bangsa sendiri.