Thursday, December 2, 2010

Yang Dirancang dan Tak Dirancang

bergambar di hadapan rumah mentua ( sekarang dah jual)

belakang flat kediaman mentua aku dulu

banglo azam

dalam rumah azam bersama labu sayung kesayangannya

bergambar di jambatan penang

Bergambar dengan tuan rumah
Yang Dirancang
27 Disember, Sabtu, aku ke Kulim utk hantar anak menjalani praktikal selama 6 bulan. Memandangkan waktu Maghrib sudah masuk ketika sampai di Kulim, jadi aku terus ke Sg Petani tumpang menginap di rumah Tn Hj Zulkifli. Ini kali kedua aku sampai rumah Hj Zul.

Bergambar kenangan di dalam rumah hj zul
28 Disember, Ahad, aku bersama anak-anak ke Kulim dengan ditemani oleh keluarga Hj Zulkifli. Alhamdulillah segala urusan di sana berjalan lancar. Haritersebut bandar Kulim agak sibuk kerana pelajar baru Politek mendaftarkan diri. Masing-masing sibuk membeli barang keperluan. Setelah menghantar anak ke rumah sewaannya aku mengikut Hj Zul ke Pulau Pinang untuk mengambil ayahnya dan dibawa ke Alor Setar. Sempat juga bergambar kenangan di jambatan P. Pinang waktu pulang.

Bergambar di hadapan pintu pagar Hj Zul

Tak Rancang
Dalam perjalanan balik aku singgah di RnR Sg Perak utk solat Zuhur n Asar. Sebaik masuk sahaja untuk parking, stering van Ford Spectrum aku tak boleh dipulas lagi. "Hari ni hari Ahad dan sudah petang pulak, mana nak cari mekanik", aku bermonolog. Aku teringat sahabat aku, Azam ada di Kuala Kangsar. Aku call dia, tanyakan adakah rumahnya jauh dari RnR tersebut.
Rupanya rumah Azam berhampiran je. Dipendekkan cerita aku dan anak-anak menumpang tidur di banglo Azam. Merasa aku dan anak-anak naik Mercedes yang baru dibeli oleh Azam.

Di rumah Azam, aku diperlihatkan dengan pedang warisan keluarga isterinya, koleksi golok dan senjata rahsianya. Kami dihidangkan dengan lauk udang dan sambal sotong. Azam masak sendiri. Sayangnya aku lupa nak ambil gambar lauk-lauk istimewa tersebut. Aku sempat menjalani latihan .....

29 Disember, Isnin, aku dan anak-anak ditinggalkan sendirian di rumah banglo. Azam terpaksa menghantar isterinya ke Hotel Seri Malaysia, Ipoh untuk menghadiri kursus. Azam telah meminta kawan baiknya menguruskan segala urusan aku hingga 'settle' segala masalah. Cg Jaafar, kawan baik Azam telah membawa aku mencari mekanik sambil melawat pusat pembuatan labu sayong.

Menjelang tengahari van aku telah siap dibaiki. Kosnya RM240. Kami sekeluarga meneruskan perjalanan pulang kira-kira jam 1.30 pm. Aku mengambil keputusan mengikut laluan Simpang Pulai untuk naik Cameron Highland. Alang-alang dah berjalan, lebih baik aku menambah bilangan tempat lawatan. Boleh juga anak-anak melihat CH. Lama sangat dah tinggalkan CH. Sangat nostalgia bila kembali semula ke sana. Terkejut beruk aku melibat pembangunan yang begitu pesat di sana. Sayangnya udaranya dah berapa sejuk.

Ingat nak 'stay' lagi satu hari di sana, rasa tak puas. Maklumlah sampai di CH jam 3 ptg. Jam 7 ptg kami sekeluarga balik ke Temerloh mengikut jalan baru. Dari Ringlet ke Kuala Lipis. Sekarang ni kalau org Pahang nak ke CH dah dekat. Tak perlu pusing ikut Tapah lagi. Lbih kurang jam 10 malam aku sampai di Temerloh.

Tk pada Hj Zul dan keluarga, Azam dan isteri dan Cg Jaafar atas segala bantuan. Moga Allah swt membalas budi baik anda semua.

Wednesday, December 1, 2010

Ujian atau Bala?



Pg Selasa lepas, sdg aku memecut kereta, tiba-tiba ia berhenti sendiri. Aku berdebar kerana sudah menduga 'penyakitnya'. Namun aku berharap bkn penyakit lama. Setelah bengkel dibuka, aku meminta mekanik memeriksa penyakit kereta kia spectra aku. Seperti aku duga, sekali lagi 'timing belt' hilang beberapa 'giginya'. Aku sudah tidak mampu lagi tersenyum. Kalau terpaksa senyum pun, hanyalah senyuman yg pahit. RM ribuan ringgit bakal melayang sudah terbayang di depan mata.

Itulah penyakit kereta kia buatan korea. Tak boleh lebih dari 60,000 km. Pada kawan-kawan yang guna kereta kia, kena sentiasa beringat untuk tukar 'timing belt' sebelum cecah angka di atas. Jika masih berdegil, tunggulah risiko yg bakal ditanggung.

Belilah kereta buatan Malaysia.

Friday, November 26, 2010

Ingatan Untuk Semua Ibu Bapa

Minggu lepas kawan baik aku ditimpa musibah. Kisah ni yg aku nak kongsi dgn semua ibu bapa dan mengambil langkah awal. Alkisah citenya begini...

Anak dara dia kena culik petang Sabtu. Budak ni nak ambil STPM pd hari Selasa. Dia menjamu selera di KFC bersama adik perempuannya. Lepas makan dia ke kedai gambar. Adiknya tunggu di KFC. Dalam perjalanan ke kedai gambar, datang seorang lelaki memukul belakangnya dengan kuat lalu merampas dompet duitnya. Datang sebuah kereta hitam lalu mengheretnya masuk dalam kereta. Kemudian penjenayah tu memaksa budak perempuan tu naik bas ekspres ke Temerloh dan sudah tentulah ditemankan oleh penjenayah tersebut.

Sampai di Temerloh kedua-duanya turun dan naik kereta yg mengekor dari tempat kejadian. Terus dilarikan ke KL. Dalam kereta budak ni dipaksa minum air yg telah dijampi dgn ilmu iblis bersama ugutan, kalau tak minum dia akan dibunuh. Lantaran takut dibunuh budak tu lalu minum air dan terus pengsan.

Sampai di KL dgn izin Allah swt budak ni sedar semula, dan dia telah melarikan diri ketika kereta tidak bergerak kerana trafik jem. Bodohnya penjenayah tu kerana seorang lagi tu pun duduk di depan. Semua tu dengan gerak Allah swt jua. Dalam ketakutan cuba melarikan diri dia telah dilanggar oleh motosikal tapi masih berupaya melarikan diri. Dia cuba minta bantuan dgn menelefon kenalannya melalui telefon awam kerana hp dia telah dirampas. Malangnya suara dia tak boleh keluar, mungkin akibat air yg telah disihir tu.

Di pendekkan cerita dia telah diselamatkan oleh polis dan dibawa ke balai polis tapi malangnya dia tak ingat nama dan tak boleh bercakap. Sehingga sekarang masih berubat kerana ingatan dia belum pulih. Emosi dia juga tak stabil. Tak ambil STPM budak ni.

Kesimpulannya dari cerita ni ialah kita kena sentiasa ingatkan anak dara kita. Musuh dia ramai di luar. Kena ada amalan minta lindung dengan Allah dari kejahatan iblis dan manusia durjana.

Saturday, November 20, 2010

Tahukah Anda?

'Temerloh Titik Tengah Semenanjung Malaysia'

Patutlah aku rasa lain macam rasanya bila berada di Temerloh ni. Patutnya Temerloh ni dijadikan ibu negeri Pahang. Ini adalah kerana Temerloh berpotensi menjadi penyumbang ekonomi terpenting bagi negeri Pahang. Temerloh bukan sahaja bandar ikan patin tetapi mempunyai nilai komersial dari segi lokasi dalam peta Malaysia. Datanglah ke Temerloh, anda akan rasa benar-benar berada di tengah-tengah semenjung malaysia.

Sunday, November 14, 2010

Bak Madu Segar

si suami berusia 53 tahun dan isteri 19 tahun. sekarang suami berumur 61 tahun dan isteri 28 tahun. dikurniakan 3 orang anak. " menjadi lumrah lelaki, sentiasa inginkan isteri muda. berkahwin dengan wanita muda membuatkan jiwa saya juga bertambah muda" petikan dari akhbar metro 14 nov. betul ke wahai kaum lelaki? apa pandangan anda semua?

Wednesday, November 10, 2010

Kreativiti dan Inovasi


Pihak kantin sekolah saya telah mencipta kereta sorong dengan menggunakan bahan terbuang.

Natijahnya kos dapat dijimatkan dan kerja untuk mengangkat benda yang berat dapat diringankan.

Sebagai guru kita perlu menerapkan kemahiran berfikir supaya dapat menghasilkan hasil kreativiti dan inovasi.

Tuesday, November 9, 2010

ZIARAH


Minggu lepas saya ke Muar untuk menghantar anak mencari rumah sewa bagi memulakan karier di kilang ST.

Alhamdulillah urusan di sana berjalan dengan lancar atas bantuan sahabat lama, AlFadil Tn Yusuf.

Bergambar kenangan di hadapan rumah baru isteri kedua. Murah rezeki orang berbini lebih ni.

Terima kasih diucapkan atas bantuanmu bersama isteri.

Friday, September 3, 2010

Ramadhan Makin Menghilang Syawal Bakal Menjelma

Assalammualaikum..

Pada semua rakan yang mengenali diri ini, sempena bulan yang mulia ini saya mengambil kesempatan mengucapkan "selamat meneruskan ibadah puasa dan selamat menyambut 'aidil fitri'

Untuk itu keampunan zahir dan batin dipohon dari rakan-rakan atas segala keterlanjuran adab, kelancangan bicara, dan tingkah laku yang sumbang.

Moga semua rakan-rakan diberkati dan dirahmati Allah.

WASSALAM

Thursday, May 6, 2010

Ez Math

Pn Siti Zulaikha yg berdiri di sebelah org rumah aku. Beliau adalah isteri kpd penceramah merangkap setiausaha atau pengurus pemasaran. Kelihatan guru-guru Matematik sekolah aku sedang berbincang sesuatu Murid-murid seramai 83 orang terdiri dari th 3 hingga 6 sedang khusyuk mengikuti pengajaran dari penceramah.

Syukur alhamdulillah akhirnya hasrat aku nak bawa penceramah ez math ke sekolah aku telah berjaya dilaksanakan. Ibubapa hanya perlu membayar rm50 sahaja. Harapan aku setelah mengikuti program ini, mata pelajaran matematik di sekolah aku akan menunjukkan kemajuan yang memberansangkan. Juga aku mengharapkan guru-guru akan lebih kreatif dalam pengajarannya supaya murid-murid mencintai matematik kerana matematik itu mudah dan menarik untuk dipelajari.

Wednesday, May 5, 2010

Release Tension

taklimat kpd peserta
peperangan sedang berlangsung
kawasan peperangan yang siap berpagar

Hujung minggu lepas aku ke tempat jemaah untuk menyertai game baru bagi jemaah iaitu paintball. Seronok juga main benda tu. Maklumlah masa kecik2 dulu hanya senapang kayu dan bedil2 yang dibuat dari buluh berpelurukan buah cenderai.

Tapi bila tengok kelajuan pelurunya bimbang juga. Maklumlah dah berumur. Oleh itu gunalah pelindung untuk melindungi diri dari tercedera. Khususnya tempat2 yg sensitif.

Tuesday, May 4, 2010

98.3

6.30-6.45 pagi - ketika aku ke sekolah - aku akan bertemankan radio IKIM (91.5). Waktu ni ada ceramah agama. Tapi masa yg diperuntukkan terlalu singkat. Paling kurang aku dapat nasihat agama untuk melembutkan hati dan jadi panduan hidup.

6.45-7.00 pagi - aku beralih channel ke 102.5. dengar nasyid. kelolaan JAKIM.

7.00 - 7.10 pagi - aku beralih ke channel 97.6 hot fm. dengar panggilan hangit. waktu ni aku senyum sendirian ketika dengar org kena kelentong.

7.10-7.30 pagi - beralih pula ke sinar fm 96.7. dengar celoteh keril, k.e n s.y. seronok dengar ragam mereka bertiga. waktu ni pun boleh senyum. jadi muka tu tak lah ketat sangat bila sampai ke sekolah.

waktu balik dari sekolah aku layan 98.3 nasional klasik. terutama rancangan "aku, dia dan lagu". dengar pengalaman lalu manusia. tak sangka air mata aku boleh meleleh ketika dengar kisah yg sedih dan dibaca dgn penuh penghayatan.

kadang-kadang aku fikir makin berumur ni (tua) aku makin rasi dgn lagu-lagu lama wp lagu tu dikeluarkan ketika aku belum lahir lagi. tak jemulah dgr lagu-lagu lama ni.

lagu-lagu moden rasanya cepat jemu ketika mendengarnya.

Monday, May 3, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah

Pada 30 Apr 2010 aku telah ke mahkamah sivil Temerloh untuk mendapatkan keadilan melalui undang-undang Malaysia. Inilah pengalaman pertama aku berada dalam mahkamah dan dihadapkan di hadapan hakim.

Aku telah disaman kerana memandu kenderaan yang telah tamat tarikh cukai jalan. Aku tahu, aku memang salah. Tapi polis yg menulis surat saman itu telah melakukan kesilapan teknikal. Cukai kereta aku tamat 25 hb tapi dia tulis cukai aku telah tamat 20 hb. Ini bererti aku tak salah kerana ketika aku memandu cukai kereta aku belum tamat lagi.

Maka aku tunggu tarikh ke mahkamah iaitu 30 Apr utk membatalkan saman itu. Siksanya menunggu hakim ni rupanya. Aku msk dlm mahkamah jam 8.30 pagi. Tunggu punya tunggu, jam 9.00 pagi diberitahu hakim terpaksa ke mahkamah sesyen dahulu. Kami disuruh masuk semula dalam jam 9.50 pagi.

Jam 10.00 pagi hakim masuk melalui pintu khas dengan loceng khas menandakan hakim hendak masuk. Begitu rupanya. Baru aku tahu. Seorang demi seorang pesalah lalulintas dipanggil, dibacakan kesalahan hingga tiba giliran aku dipanggil. Setelah dibaca kesalahan aku, aku mengaku tidak salah kerana alasan spt di atas. Hakim suruh duduk dulu sementara dia menghakimi kesalahan org lain.

Kini tibalah giliran mereka yang didakwa kerana kesalahan menyimpan dan mengambil dadah. 99.9% bangsa Melayu termasuklah budak2 felda dlm kawasan aku mengajar ini. Ada yg berumur 20an, 30an dan 40an. Sedih aku melihat bangsa Melayu yang menuju kehancuran.

Sebelum aku berjumpa hakim, pihak polis telah berbincang dgn aku sambil menunjukkan surat saman yg ada pada dia. Tapi tarikh 20 hb telah ditindih dengan 27 hb. Aku kata tarikh ini telah dipinda. Polis kata betullah 27 hb. Jika aku tidak mahu mengaku salah maka terpaksalah melalui perbicaraan. Aku fikir2, dari aku kena datang lagi ke mahkamah dan terpaksa melalui perbicaraan juga terpaksa mohon cuti lebih baiklah aku mengaku salah sahaja. Lagipun aku mmg salah.

Akhirnya aku didenda RM100 sahaja. Mahkamah bersurai.

Aku terfikir bagaimanakah keadaan mahkamah Allah nanti dgn setiap kesalahan akan ditayangkan. Mana manusia hendak menyorokkan kesalahannya?? Aku ternashrah oleh keadaan itu.

Tuesday, April 20, 2010

Aku dan ADUN



Gambar semasa Hari Sukan Tahunan di SK Felda Sebertak. VIP dan perasmi adalah Adun Kemayan (En. Fadzil) belum dpt dato lagi.

Gambar bersama Pengerusi PIBG (baju biru) merangkap Pengurus Plantation, Pengurus Baru Felda Sebertak (baju warna oren).

Ikut protokol, patutnya YB duduk tpt yg aku duduk. Tuhan punya kuasa, maka aku mcm VVIP pulak pada hari itu sebab aku duduk kerusi VVIP.

Dapatlah sumbangan 3 biji komputer baru dan RM1000 utk tabung PIBG. Janji mulut. Bendanya sampai sekarang belum nampak lagi. Aku bukan percaya sangat cakap-cakap org politik ni. Aku berkata begitu adalah kerana ada sejarah YB berkenaan.

Kali pertama aku jemput dia datang ke sekolah merasmikan mesyuarat agung PIBG. Dia janji nak beri RM5000 utk beli penghawa dingin. Turun je pentas dia bisik kat aku nak beri RM2500 dulu. Akhirnya dapat RM2000 je.

Monday, April 19, 2010

Lain Dirancang Lain Jadinya

Perkhemahan pengakap di SM Teknik Sepang

kambing biri-biri yang dipanggang dan diberi makan percuma kpd pengunjung. Merasa jugalah aku makan free daging biri-biri.
Ubikayu yg dipamerkan. Aku ingat nak tanam ubi kayu pulak lepas ni. Tanam pisang tak keluar2 hasil. Asyik kena makan kerbau je.bergambar kenangan di kandang kambing boer
adik-adik sedang bergambar dgn kakaknya di dewan sm teknik sepang
bergambar di kandang lembu susu

Minggu lepas aku bercadang nak gi sekolah anak di Teknik Sepang. Sekolah dia buat program motivasi utk ibubapa dan aku janji. Lepas program tersebut aku nak balik kg utk mengikut program senaman tradisional. Tapi lain pula jadinya. Betullah yg dikatakan 'manusia boleh merancang tapi Allah swt yg menentukan segala2nya' Juga kata org tua2 ' kalau dah rezeki takkan ke mana'. Maka itulah yg terjadi pada aku.

Jumaat malam Sabtu aku bermalam di rmh adik ipar di Sg Ramal Luar. Dia pulak mengajak aku ke Mini Maha di Ampang Pecah, Hulu Selangor pd keesokkan harinya.

Pagi2 aku ke sekolah anak di Sepang dan lihat program. Beritahu anak aku nak ke Mini Maha. Jadi aku terpaksa tinggalkan majlis motivasi ibubapa dan aku janji dan bertolak ke Ampang Pecah mengikut lebuhraya Ipoh.

Nak jadi cerita, sampai simpang nak masuk Rawang terlajak pulak. Jadi aku terus je hingga ke Tanjung Malim. Alang2 dah sampai TM, aku bawa isteri dan anak2 menyorot kembali nostalgia di UPSI. Singgah kedai angah, angah pun masih ingat kat aku lagi. Tengok promosi dalam Moda. Lepas tu makan tengahari di kedai abuya. Keliling pekan TM dan beli DVD cetak rompak di kedai India tu. Pelik sungguh, kedai tepi balai polis je. Tapi.. boleh jual dvd cetak rompak dgn bebas tanpa apa2 tindakan.

Keluar dari TM aku terus ke Ampang Pecah dan terus ke rumah pengetua Darul Ulum.

Sekian jelah catatan perjalanan hujung mingguku bersama keluarga. Lain yg dirancang, lain jadinya. Seronoknya dapat bawa balik dua kampit baja dan benih free dari pejabat pertanian. Aku daftar dapat satu n org rmh daftar dapat satu. Nasib baik anak aku kecil lagi. Kalau besar aku suruh anak daftar gak. Banyak boleh bawa balik. Maklumlah kerajaan sekarang 'rakyat didahulukan'.

Thursday, April 15, 2010

Ahli Keluargaku Bertambah

Tepat 5 April bersamaan tarikh lahir anak aku yang di tingkatan 5, kucing di rumahku telah bertambah sebanyak 3 ekor lagi. Maknanya kucing di rumahku sudah ada 3 generasi. Nenek, anak dan cucu. Nampaknya aku terpaksa cari ubat untuk memandulkan kucing-kucing di rumah ini.

Tak daya nak beli makanan yg semakin mahal. Ada yg memilih makanan. Beri ayam atau ikan, dia buat tak tau je. Ia nak makan wriskers je. Carilah tikus sebagai makanan tambahan. Ni tidak, tikus berjoget depannya, ia buat tak reti je.

Tuesday, April 13, 2010

Kucingku Yang Pelik

Yang hitam ni dah menghilangkan diri. Entah ke mana dia membawa diri. Tinggallah kucing siam dua beradik.

Inilah antara gaya istimewa kucing peliharaan aku ketika tidur. Macam orang juga gayanya. Kebiasaannya kucing akan tidur bergelung tetapi kucing aku tidur dgn gaya tersendiri. Jadi ini adalah antara posing istimewa kucing-kucing peliharaan aku. Kucing yg di atas adalah yg paling disayang oleh anak-anak aku kerana dia lebih comel dari yang lain. Biasalah manusia mudah tertawan pada yg comel dan cantik.

Monday, April 12, 2010

Kursus di ILIM

tempat berucap bagi pembaca doa dan wakil-wakil peserta kursus. wakil bina taqwa, wakil ahli falaq, wakil penyembelihan, wakil pra perkahwinan, wakil pasaran dlm Islam
bergambar den HEM Batang Kali selepas majlis penyampaian sijil tamat. tahun ini atau tahun depan akan bersara. sekarang mesti sibuk nak pilih calon parlimen
bergambar di dewan makan. tunggu untuk masuk bengkelsemua PK HEM di Selangor. Bergambar selepas tamat kursus di dalam bilik kursus.

Aku seorang sahaja GB dan dari Pahang. Semua tertanya-tanya macam mana orang Pahang boleh terselit seorang. Tapi dia org tak tahu aku GB. Aku dengar je komen dia org terhadap GB masing-masing. Ada yg kata GB jelous pd HEM kerana HEM lebih popular dari GB. Maklumlah HEM ada banyak unit dan berurusan dengan orang luar. Aku masuk sini kerana guna talian hayat adik ipar.

Friday, April 9, 2010

Lebuhraya Berhantu

Kemudahan lebuhraya sangat membantu pemandu-pemandu di Malaysia khasnya memandu dalam keadaan selesa. Masa yang panjang dapat disingkatkan. Jarak yang jauh dapat didekatkan.

Kemudahan r n r dan lori penarik kenderaan juga disediakan untuk kemudahan pengguna. Tapi pengguna wajib membayar tol yang telah ditetapkan.

Masalah aku ialah pengguna dah le kena tol tapi jika nasib tak baik kena saman pula kerana memandu melebihi had laju. Apa tujuan lebuhraya dibina? Bukankah ia dibina untuk mempercepatkan perjalanan. Jadi biarlah jika ada pemandu yang hendak memandu seperti ribut sekalipun. Lagipun kereta yang mereka miliki mampu bergerak dengan laju. Kereta BMW tapi 'lari' 110km perjam. Risiko tanggung sendirilah.

Aku rasa setiap pemandu tahu had kemampuan keretanya. Jadi sudah pasti mereka akan memandu mengikut keadaan dan keupayaan keretanya. Kenapa nak saman pulak? Patutnya saman yang bawa kereta 'slow' hingga menganggu kenderaan lain.

Bukannya free jalan tu, kena bayar. Kadang-kadang melebihi duit minyak. Kalau macam tu lebih baik jangan bina lebuhraya.

Wednesday, March 31, 2010

Tahukah Anda


saya menyuruh pembantu kedai yang berbangsa Cina itu mengambilnya dan meletakkannya di atas meja lalu bertanya," cik, kasut ini diperbuat daripada kulit babi ke? Kalau kulit babi, saya orang Melayu (Islam), tidak boleh beli dan guna,". Pembantu kedai itu menjawab " Ya laa, memang kulit babi. Apa pasal you tak boleh beli? Ramai orang beli, Cina, India, Melayu, Mat Saleh pun beli." petikan dari majalah Al Islam keluaran bulan Mac.

Ramai orang berbangga kalau pakai barangan kulit. Harganya pun memang mahal. Apatah lagi jenama yang sudah terkenal. Tetapi ramai orang lupa khususnya umat Islam, suci dan halalkah barangan yang dimiliki dan dibawa ke merata tempat. Jika orang lelaki siap bawa sembahyang lagi. Contohnya talipinggang yang melilit di pinggang.

Oleh itu wahai umat Islam, sila pastikan barangan kulit anda benar-benar bukan kulit babi. Semasa aku main boling dulu, peniaga Cina yg join sama main dgn kumpulan aku, beritahu banyak kasut boling dibuat daripada kulit babi. Nak kenal, lihat tanda bintik dikulit kasut tersebut. Dia ada tiga titik yang rapat.

Sila dapatkan majalah al Islam bulan Mac untuk cerita lanjut. Awas jangan terbeli dan terpakai barang kulit yang najis mughalazah.

Tuesday, March 30, 2010

Boringnya

kenapa aku rasa semakin boring apabila berada di sekolah? boringnya. melalui pengalaman yang telah aku lalui, apabila perasaan boring sudah datang di sesebuah sekolah, tak lama lagi aku akan bertukar sekolah.

nak dapat tukar ke aku ni? tak semangat langsung aku nak buat keje. semangat di mana kau menghilang? puas aku menjejak tapi kau tak menjelma.

kembalilah kau kerana tanpamu,aku jadi longlai dan lesu.

Monday, March 22, 2010

Silap Adat Pepatih Ke?

tinggal tangga je. rumahnya sdh dirobohkan.
atap warna merah terletak di bhgn blkg rmh emak aku.

rmh sebelah kiri rmh emak aku, tunggu masa nak runtuh
aku panggil rumah hantu raya. tunggu masa nak roboh. terletak sebelah kanan rumah emak aku
tiada org kg yg berani mengambil apa-apa dari kws rumah ini. tgk pun dah seram.

Apabila aku balik ke kg, inilah panorama yg menanti aku. Rumah kiri, kanan n belakang semua dah kosong. Anak-anak semua tinggal di bandar. Mengikut Adat Pepatih, anak perempuan yg bongsu akan mewarisi rumah pusaka. Tapi apb anak-anak sudah berkahwin dan mereka berkerjaya, sudah tentu mereka telah membeli rumah di kawasan bandar. Akhirnya apabila org tua meninggal dunia, rumah tinggal kosong sahaja.

Tinggallah omak dan ayah aku di rmah yg dikelilingi oleh rumah yg menyeramkan. Bila anak-anak balik kg, seronok org tua. Meriah suasana dgn hilai tawa cucu-cucunya. Begitulah adat kehidupan.

Adakah ini kerana adat pepatih yg dibentuk begitu rupa atau sudah sampai masanya adat pepatih ini dikaji utk dibuat pindaan semula. Ayat al Quran pun ada pemimpin negara yg begitu berani utk meminta dibuat kajian semula. Apa sangat nak dibandingkan dgn adat.

Masalah di N9, bukan tapak rumah sahaja malahan meliputi tanah dusun, tanah kebun, tanah sawah, byk yg terbiar tanpa diusahakan. Kalau aku MB N9, aku akan pinda adat lapuk ini. Itulah sebabnya aku tercampak di Pahang bumi Mat Kilau.

Sunday, March 21, 2010

Kembara 3

tak panas pun
relak kejab
menguji kepanasan air

kolam air panas b
dari jauh

sebelum balik semula ke Pahang, aku bawa semua anak-anak ke hot spring kg Lada. Tempatnya berdekatan dgn kg aku dan masih lagi dlm daerah Rembau. Jadi di daerah Rembau ada 2 hot spring. 1 di Pedas (berbayar) dan 2 di Kg Lada percuma.

Bagusnya tuan tanah ini telah bermurah hati untuk membenarkan sesiapa juga mandi di sini dengan percuma. Ia mengharapkan saham akhirat dari keuntungan dunia yg tak memberi manfaat di kemudian harinya. Dengar cite, anak-anaknya nak mengenakan sedikit bayaran tapi tidak dipersetujui oleh bapanya. Susah nak cari orang yg begini zaman sekarang ni.

Tempat ini sentiasa dikunjungi oleh mereka yang berkepentingan, seperti menghidap penyakit kulit dan lain-lain. Siapa yg nak mandi free bolehlah dtg ke sini.

Friday, March 19, 2010

Kembara 2


Dalam perjalanan balik ke kampung, aku akan merentas bukit bukau sebelum sampai ke kampung ku. Aku disambut oleh bukit-bukit yang sudah gondol. Sedih dan geram menguasai diri ini. Entah kali ke berapa bukit -bukit ini digondolkan oleh mereka yang tamak haloba. Aku lihat banyak kawasan yg dirogol oleh penyangak ini. Kawasan ini adalah kawasan tempat orang asli mencari hasil hutan. Di sini terdapat beberapa perkampungan orang asli.

Selain dari itu, kampung aku terletak di kaki bukit. Kampungku dilingkari oleh banjaran Titiwangsa. Ini menyebabkan malam hari di kampung ini selalu kedinginan kerana suhu yang rendah.

Bukit-bukau ini juga tempat binatang mencari makanan yang juga merupakan tempat tinggalnya. Sebab itulah sekarang ini beruk-beruk telah turun ke kebun2 orang kampung. Pantang ada buah habis digugurkannya.

Sungai-sungai semakin cetek dan tempat yang selalu aku kunjungi semasa kecil untuk berkelah sudah tinggal batu-batu besar tanpa air.

Apa yg boleh aku buat? Aku hanya orang kecil. Tok batin tak nak jumpa MB ke, hantar memorandum?

Kembara 1




Sempena bdk2 bercuti ni, aku pun ambil cuti gak. Kebetulan org rmh tak de. Terpaksalah aku mengambilalih pengurusan rumah tangga.

Aku ambil kesempatan bawa bdk2 blk kg, menziarahi uwan n atoknya. Maklumlah kedua2 org tua aku dah tak sihat. Umur kita tak tahu sapa yg pergi dulu. Dlm perjalanan, singgah solat asar di masjid baru. Masjid yg berharga RM3.5 juta. Inilah rupa masjidnya. Mmg cantik luar dan dalam. Pengimarahannya tak tahulah aku.penulis sdg menemuramah en abd ghani (jemaah yg bertj membuat landskap masjid) secara percuma. Pesara pegawai felcra dan bekas pelajar UPM. Rumah beliau di Kelantan telah memenangi landskap peringkat kebangsaan. Ramai pelawat yg datang melihat landskap di rumahnya.


anak2 mengambil kesempatan merakamkan potret di perkarangan masjid. ambil berkat.