Thursday, April 28, 2011

49 Tahun

selamat hari lahir pd diri sendiri. dah 49 tahun aku diberi nafas oleh Allah. sejauhmana aku mensyukuri nikmat yg diberiNya? berapa banyakkah agaknya dosa yg sdg aku pikul sekarang ni? masih ada lagikah pahala yg hendak dibawa ke hari perhitungan nanti. Allah padaMu aku serahkan diri ini zahir dan batin, sesungguhnya aku bertaubat padaMu akan segala dosaku yg zahir dan ampunkan dosaku yang batin. Amin.

Wednesday, April 27, 2011

Perpisahan Adat Kehidupan

Majlis meraikan guru besar bersara dan dua orang gb bertukar ke Temerloh dan Raub. Seronok orang yang dapat bertukar, sekolah baru hampir dengan rumah. Tinggal aku seorang yg masih tertunggu-tunggu. Walaupun surat yang ditunggu belum sampai atau tidak akan sampai, aku tetap sabar dan menjalankan tugas seperti biasa.

Tuesday, April 26, 2011

Mengapa Begitu Jadinya?

Petikan dari Metro

Kes 1
Murid sekolah rendah yang berumur 10 tahun bergaduh ala samseng di padang sekolah kerana berebut padang. Dinyatakan murid-murid sekolah tersebut berkongsi padang dengan sekolah jirannya. Yang hebatnya murid-murid tersebut bergaduh ala filem Tamil. Bawa kayu hoki, pisau pemotong daging dan lain-lain. Hebat tak murid-murid sekarang? Persoalannya kenapa begitu jadinya, lain yang diajar oleh guru lain pula yang dipraktikkan?

Kes 2
Isteri dipukul oleh suami kerana mengejutkannya dari tidur untuk menunaikan solat Subuh. Suaminya tidak pernah solat. Natijahnya orang perempuan jika hendak bersuami kena selidik latar belakang bakal suami dahulu. Ibubapa yang diberi amanah pun kena periksa juga bakal menantu. Tersalah pilih buruk padahnya. Zaman huru hara ni, ibubapa pun jadi serba salah dibuatnya. Dilarang nanti ada yang lari ke Siam atau tak balik rumah terus. Susah, susah sekarang ni.


Kes 1 dan 2 melibatkan kita. Sebagai guru kita memikul amanah untuk mendidik bukan setakat meluahkan isi kandungan buku sahaja. Sebagai ibubapa kita juga memikul amanah yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.

Sunday, April 24, 2011

Karnival Usahawan Pahang




Hari ini ke Pekan, bandar di raja Pahang untuk meninjau karnival usahawan yg dirasmikan oleh PM Malaysia. Tujuan aku ke sana adalah untuk meninjau prospek perniagaan yg boleh aku ceburi. Banyak info berguna yang dapat dikutip dalam program tersebut.

Mungkin kerana darah Minangkabau yang mengalir dalam tubuh ini maka bidang perniagaan sangat menarik minat aku. Lama dah merancang nak berniaga tapi sampai sekarang tak jadi2. Mungkin kerana ada tugasan yg lebih utama iaitu bertugas sebagai pendidik dan bertanggungjawab dalam mengurus sekolah tempat melahirkan modal insan yang glokal lagi berwawasan.

Di samping itu sempat juga aku dan isteri meninjau tempat Malasyian Jobs. Begitu ramai anak muda kita yang sedang mencari pekerjaan. Rata-rata adalah anak bangsa Melayu. Mengapa begitu jadinya?

Saturday, April 16, 2011

PBS PLBS

Baiknya apabila kursus seperti ini diadakan adalah memberi peluang pada guru besar melihat dan menilai sejauhmana kerja-kerja pengurusan dilakukan dengan betul.

Diberitahu juga bahawa di Pahang sekarang ini ada seramai 6 orang guru bergred DG48. Orang kesatuan guru kena rajinlah memperjuangkan nasib guru besar dan pk. Laluan kerjaya penting juga kerana ia sedikit sebanyak memberi motivasi dalam meneruskan kerjaya dan tugas. Apatah lagi usia semakin menuju ke dunia persaraan.

Saturday, April 9, 2011

Tiru Gayaku

Kucing yang masih setia tinggal di rumahku. Cuba lihat cara dia tidur. Kepala beralaskan bantal. Badan di bawah. Betul-betul meniru gaya manusia. Aksi yang istimewa.

Thursday, April 7, 2011

MGB Kubang Pasu

MGB Kubang Pasu datang ke Pahang dan menuju ke Taman Negara sebagai destinasinya. Tentatifnya, mereka akan menaiki bot di Jerantut untuk mudik ke Taman Negara. Pagi tadi, aku telah menyambut mereka di Hotel Seri Malaysia Temerloh untuk bersarapan pagi. Aku tumpang sekaki bersarapan.

Seronok dapat jumpa member lama, member seperjuangan di IAB dan UPSI Datuk Khalil, Datuk Hj Rashidi, Bapak Zakaria Ansori, Datin Mahani dan Datin Rusma.

Khalil dan Ya Ansori dapat diketemukan dgn Usop (Rompin) di rumah aku. Sempat aku bawa mereka berkunjung ke rumah tanpa sebarang hidangan. Tak dapat nak meraikan mereka kerana porgram yg ketat. Selamat menjelajah Taman Negara.

MTQ Daerah


Sekolah aku ditugaskan sebagai Penyelaras PA System dan Rakaman untuk MTQ Peringkat Daerah. Sebagai ketua, aku buat-buat menyibuk aje. Bukan tahu apa pun. Yang bekerja dalam team aku adalah orang PKG dan juruteknik-juruteknik sekolah. Dia orang lebih pakar. Apa pun semuanya telah beres dan terima kasih diucapkan pada semua yang terlibat dan sekalung tahniah di atas kerjasama. Ada umur, tahun depan kita jumpa lagi. InsyaAllah

Wednesday, April 6, 2011

Kopi oh Kopi

Sah sudah berita yg dipaparkan oleh akhbar beberapa minggu sudah. Hari ini keluar kenyataan oleh Jabatan Agama Islam Johor dalam akhbar Metro, bkn 'front page' tapi belah dalam. Beli dan baca sendiri. Nama kopinya juga dinyatakan. Mengandungi gelatin tulang belakang babi.

Aku berpendapat berita yang begitu penting kerana melibatkan halal dan haram dalam pemakanan orang Islam, wajar sekali dipaparkan di muka depan akhbar. Malangnya hanya diletakkan di bahagian dalam saja. Berita sex, berita hendak menjatuhkan maruah orang diletakkan dibahagian depan.

Malang sungguh rakyat Malaysia khususnya orang Islam. Patutnya berita begini diberi liputan meluas agar orang Islam berwaspada tetapi sekali lagi berita ini disepikan sahaja. Orang atau puak-puak yang rajin sangat berdemo, inilah masanya jika hendak berdemo. Janganlah berdemo benda yang tidak ada kepentingan pada agama dan bangsa.

Tindakan tegas perlu dikenakan pada pengeluar kopi berkenaan. Perbuatan mereka adalah satu penganiyaan dan penghinaan pada orang Islam. JAKIM, Kementerian Perdagangan takkan diam aje.

Saturday, April 2, 2011

Kawal Nafsu Anda

Seorang isteri berumur 20an dan sedang mengandung dibelasah oleh suaminya yang berumur 30an. Puncanya si suami sudah tidak tahan kerana isterinya terlalu mendesak meminta mendapatkan buah-buahan yang sukar didapati lantaran mengidam.

Natijahnya, sekarang ni orang perempuan yang mengandung janganlah minta yang bukan-bukan pada suami. Takut ada yang kena korek perutnya spt filem 'Sultan Mahmud Mangkat Dijulang'.

Nampaknya orang sekarang ni semakin tipis kesabarannya dan boleh melakukan sesuatu diluar dugaan. Hati-hati isteri jika nak merengek dengan suami sekarang. Ada yang berpendapat bahawa suami muda memang kurang sabar berbanding dengan suami yang berumur, tinggi kesabarannya.

Friday, April 1, 2011

April Fool

"Bangun terima kasih cikgu", begitulah gurauan ketua kelas semasa tingkatan 5 ketika cikgu Adib masuk ke kelas. Tapi.. malangnya telahan pelajar tidak tepat. Cikgu Adib tak suka dan denda suruh semua murid berdiri. Padan muka.

Hari ini 'April Fool' masih lagi laku di kalangan anak-anak orang Islam yang jahil akan asal usul peristiwa tersebut. Apatah lagi pagi ni aku dengar salah satu siaran radio menjadikan cit catnya mengenai kenangan 'April Fool'. Jahil sungguh pengurusan siaran radio tu.

Berbuih mulut ulama mengatakan 'April Fool' bukan budaya Islam tapi penipuan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Andalus. Menyambutnya bererti kita turut gembira dengan peristiwa umat Islam dibunuh beramai-ramai dan tamatnya pemerintahan Islam di Sepanyol.

Kita jangan pandang perkara ini sebagai perkara kecil dan remeh sahaja. Apa jadi pada suami yang jahil jika pura-pura ceraikan isterinya dengan talak 3. Tak naya. Talak tetap jatuh wp main-main. Pada aku pemimpin negara kena buka mulut mengenai perkara ini. Bukan hanya cerita ekonomi, politik busuk sahaja.

Guru-guru di sekolah mesti mengambil peranan agar memberi penjelasan pada murid-murid agar tidak terikut-ikut sesuatu yang tidak kita ketahui.