Thursday, May 6, 2010

Ez Math

Pn Siti Zulaikha yg berdiri di sebelah org rumah aku. Beliau adalah isteri kpd penceramah merangkap setiausaha atau pengurus pemasaran. Kelihatan guru-guru Matematik sekolah aku sedang berbincang sesuatu Murid-murid seramai 83 orang terdiri dari th 3 hingga 6 sedang khusyuk mengikuti pengajaran dari penceramah.

Syukur alhamdulillah akhirnya hasrat aku nak bawa penceramah ez math ke sekolah aku telah berjaya dilaksanakan. Ibubapa hanya perlu membayar rm50 sahaja. Harapan aku setelah mengikuti program ini, mata pelajaran matematik di sekolah aku akan menunjukkan kemajuan yang memberansangkan. Juga aku mengharapkan guru-guru akan lebih kreatif dalam pengajarannya supaya murid-murid mencintai matematik kerana matematik itu mudah dan menarik untuk dipelajari.

Wednesday, May 5, 2010

Release Tension

taklimat kpd peserta
peperangan sedang berlangsung
kawasan peperangan yang siap berpagar

Hujung minggu lepas aku ke tempat jemaah untuk menyertai game baru bagi jemaah iaitu paintball. Seronok juga main benda tu. Maklumlah masa kecik2 dulu hanya senapang kayu dan bedil2 yang dibuat dari buluh berpelurukan buah cenderai.

Tapi bila tengok kelajuan pelurunya bimbang juga. Maklumlah dah berumur. Oleh itu gunalah pelindung untuk melindungi diri dari tercedera. Khususnya tempat2 yg sensitif.

Tuesday, May 4, 2010

98.3

6.30-6.45 pagi - ketika aku ke sekolah - aku akan bertemankan radio IKIM (91.5). Waktu ni ada ceramah agama. Tapi masa yg diperuntukkan terlalu singkat. Paling kurang aku dapat nasihat agama untuk melembutkan hati dan jadi panduan hidup.

6.45-7.00 pagi - aku beralih channel ke 102.5. dengar nasyid. kelolaan JAKIM.

7.00 - 7.10 pagi - aku beralih ke channel 97.6 hot fm. dengar panggilan hangit. waktu ni aku senyum sendirian ketika dengar org kena kelentong.

7.10-7.30 pagi - beralih pula ke sinar fm 96.7. dengar celoteh keril, k.e n s.y. seronok dengar ragam mereka bertiga. waktu ni pun boleh senyum. jadi muka tu tak lah ketat sangat bila sampai ke sekolah.

waktu balik dari sekolah aku layan 98.3 nasional klasik. terutama rancangan "aku, dia dan lagu". dengar pengalaman lalu manusia. tak sangka air mata aku boleh meleleh ketika dengar kisah yg sedih dan dibaca dgn penuh penghayatan.

kadang-kadang aku fikir makin berumur ni (tua) aku makin rasi dgn lagu-lagu lama wp lagu tu dikeluarkan ketika aku belum lahir lagi. tak jemulah dgr lagu-lagu lama ni.

lagu-lagu moden rasanya cepat jemu ketika mendengarnya.

Monday, May 3, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah

Pada 30 Apr 2010 aku telah ke mahkamah sivil Temerloh untuk mendapatkan keadilan melalui undang-undang Malaysia. Inilah pengalaman pertama aku berada dalam mahkamah dan dihadapkan di hadapan hakim.

Aku telah disaman kerana memandu kenderaan yang telah tamat tarikh cukai jalan. Aku tahu, aku memang salah. Tapi polis yg menulis surat saman itu telah melakukan kesilapan teknikal. Cukai kereta aku tamat 25 hb tapi dia tulis cukai aku telah tamat 20 hb. Ini bererti aku tak salah kerana ketika aku memandu cukai kereta aku belum tamat lagi.

Maka aku tunggu tarikh ke mahkamah iaitu 30 Apr utk membatalkan saman itu. Siksanya menunggu hakim ni rupanya. Aku msk dlm mahkamah jam 8.30 pagi. Tunggu punya tunggu, jam 9.00 pagi diberitahu hakim terpaksa ke mahkamah sesyen dahulu. Kami disuruh masuk semula dalam jam 9.50 pagi.

Jam 10.00 pagi hakim masuk melalui pintu khas dengan loceng khas menandakan hakim hendak masuk. Begitu rupanya. Baru aku tahu. Seorang demi seorang pesalah lalulintas dipanggil, dibacakan kesalahan hingga tiba giliran aku dipanggil. Setelah dibaca kesalahan aku, aku mengaku tidak salah kerana alasan spt di atas. Hakim suruh duduk dulu sementara dia menghakimi kesalahan org lain.

Kini tibalah giliran mereka yang didakwa kerana kesalahan menyimpan dan mengambil dadah. 99.9% bangsa Melayu termasuklah budak2 felda dlm kawasan aku mengajar ini. Ada yg berumur 20an, 30an dan 40an. Sedih aku melihat bangsa Melayu yang menuju kehancuran.

Sebelum aku berjumpa hakim, pihak polis telah berbincang dgn aku sambil menunjukkan surat saman yg ada pada dia. Tapi tarikh 20 hb telah ditindih dengan 27 hb. Aku kata tarikh ini telah dipinda. Polis kata betullah 27 hb. Jika aku tidak mahu mengaku salah maka terpaksalah melalui perbicaraan. Aku fikir2, dari aku kena datang lagi ke mahkamah dan terpaksa melalui perbicaraan juga terpaksa mohon cuti lebih baiklah aku mengaku salah sahaja. Lagipun aku mmg salah.

Akhirnya aku didenda RM100 sahaja. Mahkamah bersurai.

Aku terfikir bagaimanakah keadaan mahkamah Allah nanti dgn setiap kesalahan akan ditayangkan. Mana manusia hendak menyorokkan kesalahannya?? Aku ternashrah oleh keadaan itu.