Wednesday, January 18, 2012

Sunyi

Tahun 2012 ni, saya dah tinggal bertiga sahaja di rumah. Saya, isteri dan anak bongsu Tahun 3. Tujuh orang anak berada di luar. Sulung bekerja di Muar, Kedua belajar di JB, ketiga belajar di Dungun, keempat di PLKN, 5,6 dan 7 di asrama. Ini fasa pertama ibu bapa berpisah dengan anak-anaknya.

Fasa kedua semua keluar bekerja mencari nafkah dan haluan hidup.

Fasa ketiga masing-masing membina kehidupan bersama pasangan masing-masing. Itupun jika ada jodoh mengikut ketentuan yang tertulis di Loh Mahfuz.

Fasa keempat jika panjang umur datuk dan nenek menunggu anak-anak dan cucu-cucu pulang ke kampung halaman, tempat mereka dibesarkan.

Fasa kelima jika umur panjang sangat sempatlah dapat melihat cicit dan mendapat gelaran moyang.

Fasa keenam diarak ke alam yang abadi untuk dihitung nasib, untung atau rugi.