Wednesday, January 26, 2011

ASDL vs VSAT

Aku lihat penamatan internet schoolnet dan dicadangkan diambilalih oleh TM. Tawaran yg diberi pada sekolah-sekolah adalah menggunakan broadband ASDL 2mbps dengan harga RM588 atau VSAT 1mbps (RM598). Kerajaan bayar RM600 bagi setiap sekolah.

GB/Pengetua seolah-olah dipaksa menerima tawaran baru ini. Sebab, jika ada GB/Pengetua yg menolak dan memilih skim yg lain sebagai contoh memilih streamax, maka sekolah kena bayar sendiri.

Yang malangnya sekolah yang mengguna VSAT, sudahlah bayar lebih mahal tetapi speed hanya 1mbps. Apa yg diberitahu oleh wakil TM mereka tidak menjamin sekolah tersebut boleh dapat kelajuan spt yg ditawarkan.

Yang aku pelik ialah kenapa kementerian tidak mahu bayar jika sekolah memilih streamax sedangkan ia dari TM gak. Kos lebih murah dan speed lebih laju. Ini macam ada yg tak kena.

Tuesday, January 25, 2011

Mari Melawat




Gambar diambil di perjalanan ke Kuala Klawang N.Sembilan. Binatang ini dipelihara oleh jabatan pertanian n9. Ada khidmat jual daging rusa, sekilo RM35. Bergantung pada rezeki. Mungkin semasa kita datang, daging sudah pun habis dijual.

Anda dan keluarga juga boleh menunggang burung unta di sini. Bayaran berpatutan. Daging burung unta tidak dijual.

Bawalah keluarga anda di sini. Tempat yang menarik dan mendamaikan.


Friday, January 21, 2011

Khasiat Ketawa

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh si pengkaji mendapati ketawa boleh .....

1. menurunkan tekanan darah tinggi
2. menurunkan kolestrol dan
3. boleh menambah imunisasi

tapi berpadalah ketawa tu. kalau terlebih sangat nanti takut dapat yang sebaliknya pulak. juga ketawa tu hendaklah dikawal bunyinya supaya lebih beradap dan sopan lebih-lebih lagi kaum hawa.

Ini tidak, orang perempuan ketawa mengalahkan orang lelaki, ketawa berdekah-dekah. Tak ada segan silu langsung. Cuba ketawa tu disulam dengan senyuman aje, lebih-lebih lagi yng ada lesung pipit dan gigi berlapis tentu manis kelihatannya.

Nabi Muhammad saw bersabda, "kalau kamu tahu apa yang aku tahu, tentu kamu lebih banyak menangis dari ketawa". Lebih kurang begitulah bunyinya. Kalau ada tersilap mohon maaf ya.

Monday, January 17, 2011

Sejuk Semacam

Lain macam iklim Malaysia sekarang ni. Sejuk semacam. Lebih kurang seperti berada di tanah tinggi Cameron atau Genting. Cuma tak turun salji je. Di daerah kelahiran aku, daerah Rembau sejuk dan berangin. Sesuai untuk bermain layang-layang.

Kalau tak silap aku di gurun California, Amerika Syarikat buat pertama kalinya salji telah turun di sana. Jelas sekali iklim dunia sekarang ini sudah tidak menentu. Tanda-tanda akhir zaman semakin menghampiri.

Berbalik cite iklim di negara kita, Ada baik juga iklim seperti ni. Antaranya ialah..

Tak panas dan selesa semasa menunaikan sembahyang Jumaat. Terutama mereka yang datang lewat, dah nak mula sembahyang baru sampai. Kemudian kena parking luar masjid.
Guru2 dan murid2 dapat mengadakan aktiviti luar dalam keadaan selesa.
Bagi yang kaki shopping, bolehlah bergerak dari satu kedai ke kedai tanpa berpeluh. Boleh buat bandingan harga.
Yang paling menikmati sekali aku rasa ialah pengantin baru. Boleh berulit sentiasa. Bagi pengantin yang dah otai tak berapa kisah sangat, aku rasa.

Yang tak bagusnya....

Sekarang ni hampir tiap pagi aku mandi pagi guna air panas. Meningkatlah bil elektrik aku bulan ni.
Hampir tiap hari aku kena bawa tuala kecil untuk lap hingus kerana aku mudah diserang dengan selsema. Maklumlah aku ada penyakit resdung.

atau mungkinkah...

masanya untuk matahari terbit dari barat semakin hampir. dunia akan bergelap untuk seketika. pintu taubat akan ditutup.

Allah sahaja yang mengetahui

Sunday, January 16, 2011

Mengapa Berubah

Mengapa perubahan berlaku dalam kehidupan kita? Adakah kerana faktor umur atau faktor persekitaran atau apa sahaja? Sebagai contoh ialah kes diriku sendiri.

Dulu aku tak suka pakai baju yang berbelang. Aku suka baju yg plain. Sekarang koleksi baju yang aku miliki adalah berbelang. Ini adalah kerana apabila aku ke emporium mencari baju kameja plain sangat sukar menjumpai jenis kain dan warna yang aku suka. Ciri yang aku cari ada pada baju yang berbelang. Akhirnya aku mengalah, aku lepaskan prinsip aku lalu aku beli dan pakai baju berbelang. Akhirnya aku dapati seronok pulak pakai baju belang dan tak silap aku menukar pegangan aku. Tapi kata orang kampung aku, orang yang suka pakai baju belang ni, hidung belang. Aku tak caya sebab aku tak gitu.

Aku dulu tak suka pakai baju batik. Pernah aku kata," aku pelik tengok orang boleh pakai baju batik". Tapi sejak Pak Lah wajibkan pakai baju batik, tanpa aku sedari koleksi batik aku makin bertambah dan aku tak kekok pun pakai baju batik. Sampai batik Indon pun aku sapu. Kemaruk batik pulak ke aku jadinya?

Ada yang aku sensor n tak masuk dlm ni. Ha..ha..ha

Monday, January 10, 2011

Akibat Tak Ikut Sunnah

Akibat cemburu isteri muda telah menetak isteri tua. Nasib baik tak mati. Patutnya isteri tua yang tetak isteri muda kerana telah merampas suaminya.

Masalahnya pada pandangan aku ialah suami tak mampu tapi nak kahwin satu lagi. Kalau si suami mampu tentu dia boleh belikan sebuah rumah lagi untuk isteri mudanya. Ini tidak, menumpang rumah bini tua. Buat malu kompeni je. Nabi tak buat mcm tu. Longgok isteri-isteri dalam satu rumah. Maklumlah org perempuan ni apabila dah tak boleh kawal kemarahannya kerana cemburu, byk perkara aneh boleh dilakukannya. Contoh berapa ramai suami yang cacat kerana alat sulitnya telah dipotong oleh si isteri. Siapa yang susah kalau dah jadi gitu?

Lainlah Ketua Menteri Sarawak. Walaupun dah tua, jln pun tak berapa nak daya tp boleh kahwin bini muda dan bergetah lagi. Org Lebanon lagi. Lain mcm taste KM Sarawak ni. Bukan main manja lagi bini dia aku tengok. Jeles aku dibuatnya. Tapi aku tak berwang spt dia. Melopong jelah.


Friday, January 7, 2011

Apa Yang Boleh Aku Buat?

Mulai 13 Januari ni bantuan RMT akan ditamatkan di daerah aku. Daerah Temerloh pula telah tamat pada hari ini (Jumaat). Yang aku nampak ada dua masalah.

Masalah pertama ialah budak yang terlibat adalah terdiri dari keluarga susah. Adik beradiknya ramai dan masih bersekolah. Bertambah lagi bebanan ibubapa untuk menyediakan duit belanja bagi anak-anak yang terlibat.

Masalah kedua ialah pihak kantin sekolah. Dengan penamatan RMT ini pendapatan mereka akan berkurangan. Pihak kantin sekolah aku telahpun mengeluarkan belanja yang banyak bagi menghadapi sesi 2011 ni. Kantin telah dicat keseluruhan, ganti langsir, tukar lapik alas meja dan lain-lain.

Aku rasa jika sesebuah sekolah mempunyai bilangan murid yang ramai, pemberhentian RMT ini tidak menjejaskan perniagaan mereka.

Nampaknya semangat awal tahun mereka telah diragut dengan berita ni. Apa yang boleh aku buat untuk membantu? Nak naikkan harga makanan tak boleh kerana mereka telah terikat dengan perjanjian yang telah ditandatangani. Sedangkan harga bahan-bahan asas semakin mengganas.

Wednesday, January 5, 2011

Kereta Percuma


Ini ada berita baik. Siapa berminat, boleh mendapatkan kereta percuma. Tawaran ini terbuka untuk perempuan sahaja. Hubungi segera tok ki yang berumur 110 tahun. Syaratnya ialah sanggup jadi isterinya. Tak payah pening-pening kepala memikirkan mana nak cari duit.

Persoalan saya ialah kenapa tok ki yang dah lanjut usia ini masih berhajat untuk beristeri?
Adakah kerana beliau kesunyian?
Adakah kerana beliau masih memerlukan hubungan intim?
Adakah kerana beliau tidak mahu menyusahkan anak-anak?

atau apa sahaja...