Monday, October 31, 2011

3 Hari 2 Malam

Sempena cuti Deepavali aku telah dipelawa oleh kakak ipar dan suaminya mengunjungi Pantai Timur. Lokasi utama adalah Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan. Isnin,24 Okt-Perjalanan bermula dari rumah aku, kemudian ke Jerantut dan terus ke Kuala Lipis. Seterusnya menuju Gua Musang hingga ke Kota Bharu. 
Bertolak dari rumah lebih kurang jam 9.00 pg dan sampai di KB lebih kurang jam 4.00 ptg. Menempuh jalan Kuala Lipis, Merapuh dan Gua Musang agak mencabar dan menjemukan. Kakak Ipar telah mengambil keputusan  untuk mengikut Terengganu waktu balik. 

Di Kelantan kami telah ke rumah bekas guru sekolah lama aku iaitu di Salor Pasir Mas. Khairun Nisaq namanya. Oleh kerana datang pada waktu malam, tak dapat nak ngurat anak gadis  Salor. Dengar citenya anak gadis di sana come lote. Sempat berjalan dan membeli pakaian di Wakaf Che Yeh. 
Selasa, 24 Okt-Keesokan pagi kami telah menyerbu pasar Siti Khadijah. Rasanya kami orang yg mula-mula sampai di Tingkat 2, tempat pakaian dijual. Para peniaga baru nak buka kedai dan sedang menyusun barang-barang. Banyak juga 'beras' aku tu membeli. Aku hanya peneman je. Kuasa membeli kurang kuat. 

Jam 12.00 tgh-Kak Syarifah telah membawa kami ke Bazar Tok Guru dan memperkenalkan kami dengan kedai kawannya. Harga yg ditawarkan pada kami pun agak istimewa. Tk pada Kak Pah yang sudi meluangkan masa wp sedang bertugas. 
Jam 2.00 ptg- kami keluar Kelantan dan menuju ke Kuala Terengganu. Aku telah menghubungi rakan-rakan di sana. Tengku telah mempelawa tidur di banglonya. Ismail telah siap dengan ole-ole keropoknya. 

Rabu, 25 Okt- Esok paginya 'on the way' balik ke Pahang, Hasan telah mengajak menjenguk vilanya. Hebat-hebat rumah sahabat-sahabat Ganu kito. Joni Penghulu di Pulau Redang tak dpt jumpa.

Akhirnya terima kasih sahabat-sahabat di Pantai Timur di atas sambutan dan bantuan yang telah kalian hulurkan. Budi baikmu dilipat kemas dalam ingatan. Kalau ke Temerloh singgahlah di rumah 'koi' pulok. Ikan patin dan ikan telapia sungai tu adalah. Kain batik tak dok.





Friday, October 28, 2011

Perkhemahan Bersepadu di Gunung Senyum

Pada 21 hingga 23 hb September 2011, murid-murid Tahap 2 telah mengadakan perkhemahan bersepadu di Gunung Senyum. Perasmian penutup telah dilakukan oleh Ahli Parlimen Kuala Krau iaitu Dato Hj Ismail bin Hj Said merangkap 
pengerusi PTPTN. Dato juga telah meluluskan permintaan aku selaku GB secara lisan, sebanyak RM5000 untuk membeli keperluan sekolah.  Tk Dato, masih banyak benda lagi yg perlu sumbangan Dato bagi melengkapkan keperluan sekolah Jenderak Selatan.

Terima kasih pada guru-guru yang telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut. Moga usaha guru-guru ini akan membentuk keperibadian hebat di kalangan pelajar sekolah ini. 


Wednesday, October 19, 2011

Mencari Keadilan



19 sept aku ke mahkamah Muar. Kes disaman kerana roadtax dah mati. Hari Ahad ke Muar menumpang sekali lagi rumah isteri no.2 alfadhil Yusof. Nasib baiklah ada Yusuf ada di sana dan ada 2 buah rumah.

Dipendek cite, aku dijatuhkan hukuman sebanyak RM100. Dicampur dgn duit minyak pergi dan balik seperti aku membayar saman RM300.

Cite pasal mahkamah Muar ni, tak dinafikan mmg canggih kemudahan yang disediakan berbeza dgn mahkamah Temerloh. Cuma urusan pembayaran saman pd kaunter terlalu lama, lebih 1 jam aku menunggu. Masing-masing resah menunggu. Perkhidmatan yg ini perlu diperbaiki dan ditingkatkan kecekapannya.

Cite dlm kamar mahkamah. Sakit hati betul aku mendengar arahan dari jurubahasa mahkamah. Mcm kite ni penjenayah pulak bunyi bahasanya. Aku rasa dia org ni perlu diberi kursus bagaimana nak beri arahan pd org yg berada dlm kamar mahkamah tersebut.

Hakimnya pula mcm budak baru keluar universiti pula. Suaranya pun aku tak dengar. Teringat aku bagaimana jika kita berhadapan dgn mahkamah Allah nanti. Kebaikan dan kejahatan walau sebesar zarah akan dihitung. Tapi tak ramai manusia yg mengingatinya nasibnya

Sunday, October 16, 2011

Lawatan Penanda Aras SJKC KL

ada 52 buah cctv di seluruh sekolah ini. pusat kawalan dalam bilik gb

kedatangan guru-guru dan kakitangan menggunakan mesin cap jari.

padang yg sdg dlm pembinaan berharga 4.5 juta dan di bwh pdg boleh memuatkan 152 buah tempat parkir kete. hebat.

penulis mengambil kesempatan mengambil gambar dgn model obor sukan asia atau olimpik. dah lupa. obor sebenar pernah singgah di sekolah tersebut.

Sekolah ini dijadikan penanda aras bagi kursus perkhidmatan ict di iab. apa yg aku nampak sekolah ni telah mengeluarkan belanja yg sangat besar dalam melengkapkan kemudahan ictnya. yang pasti sekolah kebangsaan tidak mampu untuk menyediakan kemudahan seperti yang terdapat di sekolah tersebut.

Saturday, October 15, 2011

Akhirnya Aku Menjadi Jutawan

Pd 7 hingga 10 Oktober, 4 hari 3 malam aku telah berpeluang melawat Vietnam (Bandar Saigon). Dengan menukar wang RM500 aku telah dapat 3.2 juta Dong, mata wang Vietnam. Akhirnya aku telah menjadi jutawan di Vietnam sahaja.

pejabat pos di Saigon. ubahsuai dari bangunan bersejarah tinggalan penjajah


bergambar dgn org2an di laluan terowong bawah tanah. hebat org vietnam. patutlah amerika lari. dia org boleh bina terowong bawah tanah sejauh 230 km. gigih sungguh semangat mereka. apa yg aku lihat org vietnam ni tdk berdengki antara satu sama lain. ini terbukti semasa aku membeli belah. wp org tak dtg kedai dia tp dia dtg tlg bungkuskan pakaian yg org lain beli di kedai jirannya. pd hal kedai jiran dia tu beragama islam. kalau org melayu di malaysia jgnkan hdk menolong tapi siap bomohkan kedai yg dirasakan menggugat keuntungannya. beza sungguh. semangat org vietnam ni patut dicontohi.

Sunday, September 4, 2011

Semakin Pupus

Teringat aku masa kecik2 dan masa remaja dulu, amalan 'bantai' kerbau akan dijalankan oleh penduduk kg. Pekerjaan dilakukan secara gotong-royong. Daging diagih-agihkan ikut berapa syer yg ditempah oleh penduduk kg. Bahagian tertentu akan dijual secara lelong.

Antaranya ialah tulang kaki, perut limpa, hati dan perut. Tukang lelongnya pun org yg sama saban tahun. Maka berebut-rebut penduduk kg menawarkan harga yg tinggi dari pesaing. Terasa seronoknya melihat situasi tersebut.

Tapi sekarang...

Dah tak ada bantai lagi. Hendak daging, tulang, hati dan lain=lain; pergilah cari tepi jalan tempat orang berniaga secara bersendirian.

Kemana hilangnya semangat gotong-royong penduduk kampung? Lebih-lebih lagi Negeri Sembilan, negeri adat pepatih yang sentiasa berpegang pada adat. "Biar mati anak asal jangan mati adat".

Antara sebab yang aku nampak ialah orang tua-tua dah lama bersemadi. Yang tinggal hanya kaum perempuan je. Anak-anak muda merantau dan sesekali balik kampung. Kemesraan sudah tiada antara penduduk kampung. Aku sendiri apabila balik kampung pun terasa macam berada di kampung baru. Dah tak kenal orang, kawan-kawan masa kecik2 dulu entah berada di negeri mana?

Nampaknya penyakit orang bandar sudah menular dengan kuat di kampung2. Nikah kahwin pun dah guna katering je. Sudah hilang 'orang pangkal', 'tanam barang' dlll. Yang penting sekarang sediakan wang secukupnya untuk buat sesuatu.

Sedihnya aku melihat nilai-nilai murni nenek moyang aku hanya tinggal memori bagi yg pernah melalui dan yg menyanjungi nilai tersebut. Sebab itulah gotong-royong di sekolah pun tak ada sambutan. Manusia semakin bakhil dengan tenaga, masa dan hartabendanya. Sedangkan Islam mengajar umatnya agar sentiasa sanggup berkorban bagi mencari keredhoan Allah swt.





Sunday, August 28, 2011

AIDIL FITRI

Selamat menyambut hari raya Aidil Fitri kepada rakan-rakan dan pembaca blog ini. Tidak lupa kpd guru2 dan k/t SK Sebertak dan SK Jenderak Selatan. Moga anda semua selamat balik kg berjumpa keluarga tercinta.

Maaf zahir batin dari saya dan keluarga atas sebarang kesalahan semasa kita bersama.

Ada kesempatan jemput datang ke rumah.

Wednesday, July 27, 2011

Motivasi d YADIM

Gambar 1: Murid asli membuat persembahan pd malam penutup. Ayu2 tak anak dara sunti aku?

Gambar 2: Murid lelaki sedang melakukan aktiviti bebas dgn kawalan pegawai YADIM

Gambar 3: Murid perempuan melakukan aktiviti yg diatur oleh pegawai YADIM

Tanggal 25 dan 26 Julai murid-murid Th 6 dibawa ke YADIM Hulu Langat untuk disuntik semangatnya. Berbagai aktiviti telah dilaksanakan di sana. Harapnya sebaik kembali ke sekolah murid2 ini akan menunjukkan semangat juang yang tinggi dan kental. Tak lupa gurunya juga.
Sebagai GB aku paksa diri untuk hadir di sana bagi menunjukkan sokongan dan menyuntik semangat pada guru2 dan murid2.
YDP PIBG juga turut hadir tapi sayang PK tak dapat hadir.
Majlis ditutup rasmi oleh timb YDP YADIM, Dato Najmi org Chenor.

Kunjungan ke Muar

Jumaat lepas aku ke Muar, hantar anak. Alang2 dah sampai sana, aku kena melapor pd Pak Lurah (Al fadhil Yusof). Sembang mcm2 isu hingga lewat pagi. Dia pelawa aku tidur di rmh bini no.2. Aku ikut je sbgi menghormati pelawaan sahabat.
Sesudah subuh, dia tak beri aku balik sebelum jamah satay Muar, makanan kegemaran org Muar setiap pagi. Itu antara niche bandar Muar.
Sebelum jamu selera dia bawa aku tgk rumah isteri no1 dan pusing2 bandar Muar. Seronok aku tengok org Muar pagi2 joging di taman yg disediakan. Rajn org Muar menjaga kesihatan.
Lepas penat menjamu mata barulah menjamu selera spt gambar yg tertera.
Rasanya macam nak pindah Muar pulak.
TK sahabat atas segala2nya.


Tuesday, July 26, 2011

Hi Tea



Majlis meraikan gb lama bertukar ke sek baru dn meraikan gb baru. Majlis diadakan di Hotel Seri Malasyia Temerloh. Tk dan tahniah pd kelab komuniti sekolah yg berjaya mengadakan majlis ini.
Mungkin di lain masa boleh buat di sekolah, agar murid2 boleh mengambil bahagian dan meraikan gb lamanya.

Raja Buah Mengamuk Lagi

Durian yg aku kutip untuk satu malam. Pokoknya hanya sebatang sahaja. Tapi buahnya tak kurang 300 biji. Tupai pun tak melepaskan peluang. Buah yg besar dan baik2 dah dikejekannya dulu. Benar sangat peribahasa, spt buah ditebuk tupai. Tapi keadaan sekarang ni sangat menakutkan.




Kucing aku pun tidak melepaskan peluang menikmati keenakkan durian. Pelik tapi benar. Pantang aku belah durian, ia pun sama tumpang semangkuk.
Aku sekeluarga pun dah tak larat makan durian dan akhirnya belah buat tempoyak je. Nanti aku boleh berniaga di pekan sehari Temerloh.
Tunggu warga sk sebertak dan jenderak selatan tak ada yg dtg.

Nasi Specel

Teh wangi arab. Seteko harganya rm15. Bolehlah dapat 9 cawan.

Nasi Ayam Arab. Sepinggan rm11. Memang sedap. Ini yg paling murah. Yg lain aku tak berani nak order. Kalau terliur dan nak merasa, anda boleh dapatkan di jalan Paroi Seremban. Boleh hubungi us al hafiz. Mungkin dia boleh belanja dan dapatkan diskaun.

Gigih Menimba Ilmu



Lori inilah penghubung murid-murid asli untuk datang ke sekolah. Pengangkutan ini dibiayai oleh JHEOA. Ada juga yang tidak berminat untuk hadir ke sekolah. Setahun menghilangkan diri, tiba-tiba tahun depan atau tengah tahun muncul semula. Baru nak pandai baca dah hilangkan diri dan terpaksa bermula dari awal apabila muncul semula.


Gambar di atas adalah program membaca bagi mrid asli sebelah pagi sebelum masuk ke kelas. Aku lihat program ni bagus tapi perlu diperbaiki supaya program ini benar-benar berkesan.



English Camp




Kem BI anjuran YB ADUN Kuala Krau dibawah kelolaan dan tajaan Yayasan Pahang. Sasarannya adalah pelajar Tahun 6 bagi zon Kuala Krau.

Gambar di atas adalah persembahan murid-murid dari sekolah bandar. Sangat menarik persembahan yang dipentaskan. Penuh keyakinan dan menghiburkan.

Aku lihat murid-murid sekolah aku, tak berkelip biji mata. Terpesona barangkali.

Apabila pegawai kewangan YP berucap dlm BI, tiada reaksi dari murid-murid sekolah aku khususnya murid asli. Orang ketawa, mereka diam. Aku harap murid-murid sekolah aku khasnya anak orang asli ini akan berjaya dalam UPSR nanti.

Cabaran bagi guru-guru BI dan GBnya.


Monday, July 11, 2011

Pentas Kilauan Emas

Baru-baru ini aku terjumpa program Pentas Kilauan Emas di saluran Astro105. Seronok juga aku lihat orang otai menunjukkan bakat yang sudah lama dipendam dan tidak dapat ditonjolkan kerana masalah-masalah tertentu.

Peserta ada yang sudah bercucu yang memberi maksud telahpun mendapat pangkat nenek dan datuk. Tetapi yang agak menyedihkan dalam usia emas begitu masih lagi ada yang gagal menutup auratnya malahan siap dengan mewarnakan rambut 'perang'. Barangkali menggunakan inai. Yang lelaki pula ada yang bergaya seperti orang muda. Sebagai contoh ada yang memakai rantai dan lain-lain. Aku rasa tidak sesuai lagi digunapakai oleh orang yang sudah berusia.

Pujian aku pada juri iaitu Nora. Tudung yang dipakai disulam dengan tingkahlaku dan tuturkata yang melambangkan seorang muslimah. Kelihatan menarik sekali. Berbeza sekali dengan artis tertentu yang pakai tudung tapi tingkahlaku yang ditunjukkan agak janggal. Tahniah pada Nora.

Nasib baik suara aku bukan kilauan emas, jika tidak pasti aku salah seorang yang menyertainya.

Sunday, July 3, 2011

Larian 1 MSM







Semalam larian 1M1S1M berjaya juga dilaksanakan dgn jayanya. Antara aktiviti yg dijlnkan ialah larian keliling kg, senamrobik dan permainan.

Hajat aku nak berlari, lawan budak2 tapi terpaksa iring pengurus Felda. Senamrobik paling best.

Terima kasih pd semua pihak yg teribat secara langsung dan tak langsung.





Tuesday, June 28, 2011

Sekolah Baruku

Pokok lada yg terdapat di pondok jaga. Buahnya warna ungu dan masak warna merah. Kali pertama aku jumpa lada warna ungu. Ramai yang mengambil buah utk dijadikan benih. Cantik tak? Maha suci Allah!
Hiasan yg terdapat di pondok jaga. Ringan tangan jaga sekolah ni.




Pemandangan di hadapan sekolah. Murid asli tu menangis tak nak bersekolah. Adik dia ok je. Kesian aku tengok, kena penampar ayahnya berkali2. Akhirnya ayah dia bawa balik anaknya. Aku nak pujuk tak pandai.



Rupa pintu depan sekolah baru aku. Jaga dan seorang ibu sedang menjadi pemerhati salah seorang anak orang asli tidak mahu bersekolah.












Sunday, June 26, 2011

SK Sebertak Dalam Kenangan

Akhirnya aku telah bertukar sekolah di SK Felda Jenderak Selatan. Jarak dari rumah lebih kurang 34 km berbanding sekolah lama 62 km. Guru-guru di sekolah telah merancang hari perpisahan pada Jumaat lepas dengan baik sekali. Sedih pula aku dibuatnya. Ketua Kampung, Ketua Cawangan UMNO, Timbalan Pengurus Felda, Biro Pendidikan Kg, dan JK PIBG turut hadir bagi meraikan majlis berkenaan. Sayangnya YDP PIBG tidak dapat hadir kerana ada mesyuarat. Timbalan YDP PIBG pula terlantar kerana aksiden.
Gambar 1 ketua pengawas memberikan ucapan
Gambar 2 Pelajar Tahun 6 menyampaikan persembahannya.
Gambar 3 Hadiah-hadiah yang diberikan oleh murid-murid dari setiap kelas dan guru-guru. Penuh kereta aku dengan hadiah.
Gambar 4: Yang sangat2 dihargai dan menjadi kenangan abadi.
Gambar 5: Makanan yang dihidangkan di restoran Sri Pelabuhan Cherating. TK Kelab Guru SKS yg tolong sponsor. Dapat rasa makanan enak. Ikan stim lagi.
Gambar 6: Geng perempuan sdg menguji kecekapan menyambung straw. Salah satu acara dlm hari keluarga
Gambar 7: Posing sebelum acara. Acara main boling tidak dapat dimasukkan. Lepas menjamu selera di restoran Sri Pelabuhan, sebahagian dari peserta hari keluarga ke Mega Mall Kuantan untuk membuat jatuhan pin. Bukan cuci longkang.

Hari keluarga SKS yang terakhir aku dan keluarga menyertai. Tk guru-guru dan staf yg dikasihi

Tiada budi dapat dibalas hanya doa yang ikhlas, Allah jua yang akan membalas.