Saturday, October 31, 2009

Tak Faham

Kdg2 kita akan jumpa apabila si ayah atau siibu menyuruh anak kecilnya bersalam dgn org lain dgn perkataan "amin..amin...amin".

Kenapa tak ajar dgn perkataan yg betul?

Makin Bercelaru

Saya yakin kita selalu dengar pembaca berita sama ada di radio mahupun di tv akan memberi salam. Antara salam yg diselitkan ialah salam ceria, salam perpaduan, salam hormat, dan yang terbaru salam satu malaysia.

Sms yg kita terima pun kdg2 dimulai dgn perkataan salam. Bukan Assalammualaikum.

Betul ke begitu? Setahu saya apb menyebut salam tak ada lain, melainkan dimulai dgn ucapan Assalammualaikum dan diakhiri dgn jawapannya. Yg lain tu pd aku hanya menyedapkan halwa telinga mendengar sahaja tp tak ada sebarang manfaat pun. Itu yg nabi ajar.

Mungkin saya silap lantaran kurang ilmu. Ini pandangan saya saja.

Thursday, October 29, 2009

Agenda Tersembunyi

Aku baru je menonton filem omputih (hollywood) di tv2. Yg aku menyampah dan geram kerana filem ni memburuk2 org Islam. Yg jahat, yg ganas org Islam. Yg baik, yg sopan, yg kuat org kafir.

Patutnya org yg duduk di kementerian penerangan ni kena peka dgn benda2 ni. Apa sahaja filem yg kelihatan memburuk2 imej org Islam dan negara Islam, haramkan aje.

Siapa lagi yg hendak membela agamanya kalau bukan penganut agama tersebut dan org yg diberi kuasa melaksanakan hukuman. Hukum filem2 yg berniat jahat.

Tuesday, October 27, 2009

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Apabila aku balik dari kursus, aku dikagetkan dgn bil Maxis RM700 lebih. Yg lebih buat aku terkejut beruk ialah aku tak pernah guna nombor tersebut. Nama dan alamat mengikut IC telah digunakan. Semalam (Isnin) aku bergegas ke Maxis centre utk bertanyakan hal tersebut. Sekali lagi aku terkejut beruk jantan, bil dah meningkat RM1000 lebih.

Lepas tu suruh aku bayar pulak. Banyak cantik muka dia. Hari ni (Selasa) aku buat repot polisi. Besok aku nak hantar pd Maxis. Ada kemungkinan ke ini kerja org dalam? Menurut Pak Polisi yg menerima repot aku, kes spt yg aku alami telah kerap berlaku.

Macam2 sekarang ni org nak hidup senang.

Saturday, October 24, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah

Hari Khamis baru ni aku dpt cal dr JPNP, unit aduan. Ada kutu mana tah, hantar sms ke akhbar sinar. Katanya, "GB Sebertak kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak".

Jadi org jabatan nak tahu dari aku siapa yg menghantar sms tersebut. Dia org kena menyiasat sebelum ditanya oleh pengarah. PPD pun tel gak, nak tahu apa cerita.

Jawapan aku...mana nk tahu. Sesiapa je boleh hantar sms gitu. Lagipun setahu aku setakat ni hubungan aku dgn warga sek, ok je. Tapi tak tahulah .... dalaman. Susah mengurus manusia ni.

Pegangan aku mudah je.. baik dan bagus macam mana pun kita.. tetap ada yg tak puas hati.

Allah Maha Kaya.

Friday, October 16, 2009

Bateri

Saya baru tukar bateri kereta. Bateri lama saya hantar caj semula. Rupanya bateri saya bukannya rosak tetapi kerana kelalaian tidak memeriksa air bateri. Air bateri dah kosong. Biasanya bateri yg diguna tahan untuk jangka masa 2 tahun. Ini baru setahun setengah dah jem. 'Human Error'.

Rugi satu tapi untung satu. Taukeh kedai tpt saya tukar bateri itu mencadangkan guna bateri yg guna air bukan bateri kosong. Katanya bateri kereta dia boleh tahun hingga 4 tahun. Caranya isi air bateri pada waktu pagi sebelum injin kereta dihidupkan. Insyaallah hayat bateri akan tahan lama.

Thursday, October 15, 2009

Tetamu

Pagi tadi aku tengok 'Pes' nama glamour kucing aku sedang menyapu2 mukanya depan pintu. Org tua2 kata kucing 'basuh muka'. Itu alamat ada tetamu nak dtg rumah. Kalau tak ada halangan Paman isteri aku dan kakak kembarnya mmg nak dtg Jumaat ptg ni dr KL. Kucing tu mcm tau2 je.
Satu lagi kalau kupu2 msuk rmh juga dikatakan alamat ada org nak datang.

Tanda ketiga tetamu nak dtg rumah ialah apabila api di dapur yg menggunakan kayu berbyi spt org bersorak. Sekarang ni mmg susah nak jumpa org guna dapur kayu. Masa aku kecik2 mmg guna kayu api utk memasak.

Kebetulannya tanda2 itu mmg bnr2 berlaku. Nak percaya sangat pun tak boleh. Cuma aku nampak ialah org tua2 dulu begitu peka dgn persekitarannya. Apa yg berlaku ada maksud tersirat.

Apa pandangan kau org? Atau kau org ada tanda2 lain yg aku tak tahu.

Wednesday, October 14, 2009

Ikut Suka Dia Je

Semalam semasa saya di dlm perjalanan balik ke rumah, kedengaran siren ambulan dari belakang. Rasanya ambulan tersebut dari menghantar pesakit ke hospital Temerloh dan hendak balik semula ke hospital Bentong. Tertulis di ambulan tersebut Bentong.

Memandangkan siren dibunyikan spt membawa pesakit. Saya berfikir mungkin hendak dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.

Tetapi...

Apa yg memeranjatkan saya ialah ambulan tersebut sedang berhenti di tepi jalan yang terdapat sebuah gerai menjual kuih donat dll. Kelihatan atendan dan nurse sedang membeli kuih. Gayanya tadi mcm nak cepat sangat spt hendak menyelamatkan nyawa seorg pesakit rupa2nya hendak memenuhi tuntutan perut yg berkeroncong.

Saya pernah juga membeli donat di gerai tersebut. Donatnya mmg sedap dan lembut. Tetapi saya dah lama berhenti membeli donatnya kerana peniaga tersebut tidak menutup makanan yg dijualnya wp saya pernah menegur. Bayangkan makanan yg dijual terletak di tepi jalan raya yg sibuk, sudah tentu habuk berterbangan dan hinggap ke kuih2 yg dijual. Takkan org kesihatan tak tahu perkara tersebut. Maaf ya org kesihatan.

Persoalan yg saya hendak timbulkan di sini ialah penyalahgunaan kemudahan dan keistimewaan yg diberi. Patutnya siren hanya dibunyi jika membawa pesakit yg perlu mendapat rawatan kecemasan. Dibimbangi perbuatan ini akan menyebabkan pemandu kenderaan yg memberi kerjasama dgn memberi laluan kpd ambulan berkenaan apb siren dibunyikan merasa tertipu dgn sikap tersebut dan di masa hadapan apb ada ambulan yg membunyikan siren pemandu kenderaan tersebut buat tak tahu aje. Waktu itu betul2 ada org sakit. Tak naya pesakit tersebut.

Kesimpulannya jgn salah guna keistimewaan yg diberi. Tak gitu?

Tuesday, October 13, 2009

2027

Hari ini sek saya telah dikunjungi oleh pegawai Tabung Haji (TH). Tujuannya adalah untuk memudahkan pelanggan (guru-guru, murid-murid dan ibubapa) membuka akaun dan menambah simpanan.

Minima akaun boleh dibuka hanya RM2 sahaja. Kelebihan yg akan dinikmati oleh murid-murid sekolah jika aktif menyimpan adalah spt berikut:

upsr dan pmr- boleh mengikuti bengkel upsr dan pmr. gabungan TH dgn Berita Harian. Yuran percuma cuma ibubapa kena hantar sendiri ke tpt bengkel.

biasiswa TH utk lepasan SPM yg ditawarkan ke IPT. Syaratnya aktif menyimpan dan sudah tentu keputusan peperiksaan cemerlang. (mungkin akan diperkenalkan th dpn)

kad keahlian - dgn kad tersebut pelajar akan mendapat diskaun belian barangan dan masuk ke tpt2 tertentu utk lawatan. cth zoo negara dll. Diskaun kedai2 yg sudi bekerjasama dgn TH. Tunjukkan kad keahlian tersebut.

Menarik kan!!!! Apa tunggu lagi. Kempenlah anak murid kita utk buka akaun. Utk diri kita pula jika th ini daftar utk menunaikan haji maka gilirannya akan jatuh pada 2027. Sempat ke? Ada rezeki mungkin dpt cepat. Yg penting daftar.

Hipokrit

KPM telah menetapkan bulan Okt ini sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan. Ianya merupakan satu langkah terpuji bagi memartabat dan memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Cuma aku berpendapat perkara ini tidak cukup jika pelaksanaannya hanya di peringkat sekolah sahaja. Yang paling penting semua pihak sama ada pihak kerajaan dan swasta mesti sama-sama bertanggungjawab untuk mengembalikan kegemilangan BM sebagaimana di zaman kerajaan Melayu Melaka dahulu.

Apa yang menyedih dan menyakiti hati aku ialah pemimpin negara sendiri tidak berapa kisah perkara ini. Pada hal merekalah yang selalu melaungkan semangat jati diri. Adakah mereka mempunyai jati diri? Sebagai contoh aku lihat pemimpin negara kita hanya menggunakan BM untuk majlis-majlis yang menguntungkan politik mereka sahaja. Apabila ada majlis/seminar/konvenyen yang berkaitan dengan ekonomi dan yg setaraf dengannya maka pemimpin negara lebih selesa berbahasa Inggeris. Walaupun dalam negara sendiri. Apatah lagi jika ke luar negara. Sepatah BM pun tak akan keluar dari mulut mereka.

Ini sangat berbeza dengan pemimpin negara lain yg mengagungkan bahasa kebangsaan mereka. Mereka tak canggung pun berucap di PBB dlm bhs rasmi negara mereka. Yg penting mesej yg dibawa sampai kpd pendengar.

Berbeza sungguh dgn pemimpin kita, aku lihat mereka akan berbahasa Inggeris apabila ditanya oleh wartawan dlm BI. Barangkali mereka malu jika berbahasa Melayu nanti dikata tak pandai berbahasa Inggeris. Jika benar jati diri diutamakan, gunalah bhs kebangsaan dlm apa jua majlis. Jgn memilih majlis dan audien.

Lantaran tidak seriusnya pemimpin negara kita menjaga bahasa kebangsaan , kita boleh lihat sendiri natijahnya. Rakyat yg merojakkan bahasa kebangsaan apb bertutur, iklan rojak, nama tempat, buku manual barangan, sangat susah dijumpai dlm BM. Bahasa negara lain mcm2 ada. Yg peliknya barangan tersebut 'made in Malaysia'. Begitulah hina dan tidak ekonomiknya BM dikaca mata kapitalis.

Gara-gara siapa? Takkan nak salahkan guru di sekolah. Mungkinkah kerana negara ini pernah dijajah maka rakyatnya masih lagi dijajah pemikirannya?

Sunday, October 11, 2009

Ikhtibar Bagi Yg Berfikir

Satu dunia sudah mengetahui bencana yg menimpa Sumatera Barat, bandar org Minangkabau. Juga tempat asal asul aku. Sebuah negeri yang aman makmur dan dikurniakan dgn kesuburan tanah. Hingga org di sana pernah mengatakan secara berlawak, "di situ tiada org tua yg pakai tongkat, jika ada yg pakai tongkat nescaya tongkat yg dipasak ke bumi akan tumbuh jadi pokok." Begitulah suburnya negeri itu.

Kesimpulan yg boleh aku ambil dari peristiwa ngeri itu ialah, kematian boleh menjemput kita bila2 masa dalam berbagai2 cara yg tidak terfikir pun oleh kita. Patutnya dgn melihat kematian yg mencecah ribuan org akan menginsafkan kita yg melihat dan mendengar. Maksudnya bagi yg leka dan lalai dgn keasyikan dunia hendaklah kembali kepada Allah. Bagi yg nyata melanggar hukum Allah, hendaklah bersegera bertaubat dan kembali pada ajaran Agamanya yg dibawa oleh Rasulnya.

Tapi ada juga manusia yg melihat peristiwa itu tanpa menambahkan keimanan. Biasa aje. Hanya sekadar sedih melihat kematian, kehidupan yg tidak terurus kerana kehilangan org yg tersayang, tpt penginapan, kemudahan asas yg terputus.

Maksud aku kehidupan kearah beragama tidak ditingkatkan. Tetap macam biasa. Seolah2 kita lupa bahawa kita juga bisa mati bila2 masa dgn cara yg berbeza. Kesedaran dan persediaan itu yg penting.

Aku menonton Majalah TV3, yg membuat liputan peristiwa gempa bumi tersebut. Pengacara seorang wanita yg nyata melanggar hukum Allah. Tak tahulah aku, apb kembali ke Malaysia dia mendapat petunjuk lalu berubah menjadi muslimah yang sejati. Rakyat Malaysia khususnya, patut mengambil peristiwa tersebut sebagai titik tolak utk melakukan perubahan menjadi seorg muslim/muslimah sejati sebelum terlewat.

Friday, October 9, 2009

Mencari Untung Tanpa Mengira Halal Haram

Kelmarin aku ke LHDN Temerloh untuk minta buatkan surat bayaran secara ansuran. Malangnya pegawai tersebut beritahu aku, aku telah dikenakan denda 20% kerana lewat 2 bulan. Lewat satu bulan 10 %. Masalahnya aku tak dapat apa2 surat dari LHDN berapa yg perlu aku bayar. Oleh itu aku terpaksa menambah lebih kurang RM60.

Aku beritahu pegawai tersebut, amalan ini adalah riba. Pegawai itu hanya mengiyakan sahaja. Dia hanya kakitangan sahaja. Yang membuat dasar adalah orang atasan. Zalim sungguh cara LHDN ni.

Tapi aku rasa bukan LHDN je yg mengamalkan riba ni, cukai pintu, cukai tanah dll juga berbuat begitu. Patutnya kerajaan yang ada memudah dan meringankan beban rakyat tapi makin menekan. Pada aku cara ini adalah menzalimi rakyat sendiri.

Thursday, October 8, 2009

Masihkah Seperti Dulu?

Pagi ni ketika aku memandu kereta ke sekolah, aku terpandang sepasang suami isteri yang dah berusia mungkin belum sampai usia emas lagi. Dari belakang aku lihat yg sisuami dah 'putih belaka' rambutnya. Siisteri tak tahulah sebab bertudung.

Yang buat aku berfikir dan masukkan dlm entri ni kerana aku lihat pasangan tu berpimpin tangan sambil berjalan. Satu panorama yg sangat jarang ditemui di M'sia ni. Tak kira kaum apa sekalipun. Kalau yg muda mudi yg tengah hangat bercinta mmg tak peliklah.

Budaya berpimpin tgn wp org tua tak pelik di barat, tp di Asia khususnya di M'sia ni mmg pelik. Kalau ahli nujum pak Belalang tu mesti kata "jarang-jarang".

Andaian aku terhdp pasangan itu ialah mereka baru kahwin atau mereka mmg sudah mengamalkan budaya tu sejak bercinta hingga ke tua.

Tapi mmg ..jarang dijumpailah.