Saturday, March 26, 2011

Rahsia Enak

Kopi yang terkenal di Johor disahkan mengandungi gelatin babi setelah dianalisis secara saintifik. Kopi ini sudah terkenal sejak 70 tahun dahulu. Lebih kurang 80 peratus pengguna Islam di Johor membeli dan meminum kopi ini. Difahamkan juga pengeluar kopi ini tidak ada logo halal dari JAKIM.

Yang jadi mangsa orang Islam dan yang untung ialah orang kafir. Bukan setakat meraih untung tetapi dapat melemahkan orang Islam dengan memakan benda-benda yang diharamkan oleh agama.

Kesalahan ini juga harus ditanggung oleh orang Islam kerana tidak mengambil kira makanan dan minuman yang diambil. Yang penting sedap.

Persoalan aku ialah mengapa kerajaan yang mendakwa menjaga agama Islam dan ketuanan Melayu tidak boleh berbuat apa-apa. Bagi aku perbuatan ini adalah satu pengkhianatan terhadap orang Islam. Patutnya satu tindakan yang sangat tegas diambil terhadap sesiapa yang cuba merosakkan orang Islam dengan cara halus ini.

Mungkinkah kopi yang dimaksudkan ini terdapat di Muar dan selalu menjadi minuman kegemaran sahabat-sahabat aku di UPSI. Siap pesan lagi member Muar tolong belikan apabila balik di sana.

Tuesday, March 15, 2011

Resipi Tok Nenek

Berita dalam akhbar semalam, terdapat pengusaha telur di Negara China akan menggunakan kaedah lama iaitu menggunakan air kencing budak yang berumur 10 th ke bawah untuk merebus telur. Kanak-kanak sekolah yg berkenaan akan disuruh kencing dalam tempayan yang disediakan. Pengusaha akan mengambil air kencing tersebut lalu merebus telur dengannya. Menurut mereka terdapat banyak khasiat merebus telur menggunakan air kencing budak. Antaranya sukar diserang demam dan yang pasti telur tersebut enak untuk dimakan.
Di sinilah seorang rakan bercerita, cerita seorang yang sudah masuk Islam tentang kisah bapanya selalu menakungkan air kencing mereka adik-beradik ke dalam tempayan untuk diperam. Kemudiannya air kencing itu dibuat sebagai alat untuk memeramkan telur masin. Sebab itu telur masin mereka jadi sungguh enak berbanding telur masin yang lain. Dia menambah sebab itu masinnya tidak sama dengan garam biasa.
Petikan dari blog UstazRosliDhoby

Pernah salah seorang guru besar Cina di daerah aku, menceritakan bahawa dia setiap pagi meminum air kencingnya sendiri. Aku dah lupa khasiat yang diberitahu. Tapi... malangnya guru besar tu dah meninggal dunia secara mengejut. Tak sempat pencen pun.

Hati-hatilah kalau beli telur masin di kedai ya. Takut terbeli telur yang diperam dengan air kencing orang tua.

Macam-macam manusia ni. Sebab itulah Islam adalah terbaik kerana peraturan yang boleh dan haram itu jelas.

Monday, March 14, 2011

Jalanraya Antara Punca Kemalangan


Kemalangan yang berlaku pada salah satu selekoh yang agak bahaya di antara Temerloh ke Bera. Selekoh ini telah banyak memakan korban nyawa; merosakkan banyak kenderaan; menumpahkan banyak air mata dan membuat penarik kereta tersenyum di atas kesusahan orang lain.

Agaknya bilalah kerajaan yang mendahulukan rakyat ni nak luruskan selekoh yang berhantu ni.

Saturday, March 12, 2011

Akibat Tak Dengar Nasihat Ibu


kete viva elite anak sulung aku ditarik ke bengkel. aksiden jam 5.00 pg, waktu hendak balik ke Muar semasa cuti th baru cina. bertolak dari temerloh jam 3.00 pg. puncanya ngantuk lalu menyeberang jalan dan melanggar sebatang pokok lalu terbalik.

sebelum tu emak dia suruh tidur dulu. tp dia dok layan kartun dlm internet. akhirnya tidur gak tp sekjb je. pas tu asyik gerak aku yg sdg tdr utk ajak balik segera.

baru sebulan beli kete dah aksiden. syukur orgnya selamat dan tidak cedera. Lain kali dgr ckp ibubapa. Sentiasa ingat pada Allah dan mohon ampun padaNya. Setiap musibah yg diberi oleh Allah itu tanda kita ni dikasihi olehNya spy kita insaf dan kembali padaNya.

Thursday, March 10, 2011

Pagi Pasar Minggu Temerloh



antara tempat yang menarik untuk dikunjungi pada pagi ahad di pekan temerloh. macam-macam ada dijual. ubat-ubatan tradisional utk awet muda pun ada. badjet aku selalu lari kalau datang ke pekan sehari ni.

Friday, March 4, 2011

Wednesday, February 23, 2011

Macam Macam Hal

Dunia hari ini dikejutkan dengan gempa bumi di New Zealand. Sebuah negeri yang cantik, aman dan permai.
Dunia juga sedang mengikuti rapat umum yang berlaku di Libya. Adakah presidennya akan lari atau terus bertahan dengan menambah bilangan korban rakyatnya.
Di Malaysia pula orang politik sedang sibuk merencana strategi untuk menang bergaya di dua DUN.
Rakyat Malaysia juga sedang membuat keputusan sama ada hendak mengejar tempoh tamat bayar saman. Jika tidak, akan diheret ke mahkamah. Begitulah bunyinya. Sebahagian rakyat berpendapat itu hanyalah taktik menakut-nakutkan orang ramai. Namun begitu ada yang sedang sibuk berbaris di kaunter trafik polis untuk membuat pembayaran saman agar dapat menikmati diskaun 50%. Tetapi Barisan Alternatif memberi jaminan saman ekor akan dihapuskan apabila Putrajaya berjaya ditakluki. Benarkah begitu?

Terbaru Malaysia digemparkan dengan amukan seorang isteri yang tegar menetak suaminya. Bukankah syurga isteri di bawah telapak kaki suami? Mengapa si isteri begitu nekad menetak suaminya gara-gara cemburu yang keterlaluan? Menurut cerita si suami, dia dihalau keluar rumah selepas 2 hari kahwin. Tapi si suami telah menyatakan bahawa dia tidak akan menceraikan isterinya dan berharap rumahtangga yang dibina akan berkekalan. Ada juga suami yang begitu! Begitu terdesakah si suami untuk mencari pengganti yang lain?

Itulah nasib yang telah dilalui oleh seorang suami beristerikan jururawat. Orang kampung kata misi. Maklumlah seorang misi sudah pasti biasa bermain dengan darah. Ada orang tengok darah terus pitam. Bagaimana pula jika isteri seorang guru, paling-paling suami kena rotan je. Kalau isteri polis mungkin makan peluru hidup. Kalau isteri tentera, rasanya badan tu dah berlubang-lubang kena penangan M-16.

Entahlah.... dunia akhir zaman.