Tuesday, May 4, 2010

98.3

6.30-6.45 pagi - ketika aku ke sekolah - aku akan bertemankan radio IKIM (91.5). Waktu ni ada ceramah agama. Tapi masa yg diperuntukkan terlalu singkat. Paling kurang aku dapat nasihat agama untuk melembutkan hati dan jadi panduan hidup.

6.45-7.00 pagi - aku beralih channel ke 102.5. dengar nasyid. kelolaan JAKIM.

7.00 - 7.10 pagi - aku beralih ke channel 97.6 hot fm. dengar panggilan hangit. waktu ni aku senyum sendirian ketika dengar org kena kelentong.

7.10-7.30 pagi - beralih pula ke sinar fm 96.7. dengar celoteh keril, k.e n s.y. seronok dengar ragam mereka bertiga. waktu ni pun boleh senyum. jadi muka tu tak lah ketat sangat bila sampai ke sekolah.

waktu balik dari sekolah aku layan 98.3 nasional klasik. terutama rancangan "aku, dia dan lagu". dengar pengalaman lalu manusia. tak sangka air mata aku boleh meleleh ketika dengar kisah yg sedih dan dibaca dgn penuh penghayatan.

kadang-kadang aku fikir makin berumur ni (tua) aku makin rasi dgn lagu-lagu lama wp lagu tu dikeluarkan ketika aku belum lahir lagi. tak jemulah dgr lagu-lagu lama ni.

lagu-lagu moden rasanya cepat jemu ketika mendengarnya.

2 comments:

ybs said...

pirzan,
aku ingat ko tak sedar yg diri ko tu dah tua....hehehe

makin tua makin menjadi ke???

mpmn said...

ybs...

aku sentiasa insaf.

hari sabtu ni jemput datang rmh aku. aku buat kenduri sikit sempena duk rumah baru. baru tak baru dah setahun lebihlah. kah.kah.kah.