Friday, September 3, 2010

Ramadhan Makin Menghilang Syawal Bakal Menjelma

Assalammualaikum..

Pada semua rakan yang mengenali diri ini, sempena bulan yang mulia ini saya mengambil kesempatan mengucapkan "selamat meneruskan ibadah puasa dan selamat menyambut 'aidil fitri'

Untuk itu keampunan zahir dan batin dipohon dari rakan-rakan atas segala keterlanjuran adab, kelancangan bicara, dan tingkah laku yang sumbang.

Moga semua rakan-rakan diberkati dan dirahmati Allah.

WASSALAM

3 comments:

orang biasa said...

kenape kita tidak jadi seperti bumi yg mempunyai perasaan...bumi menangis kerana ramadhan akan sampai kepenghujungnya.
kita insan bergembira kerana ramadhan akan pergi meninggalkan kita!.

apapun bulan ramadhan merupakan bulan melatih kita berbuat ibadah..ini mesti diteruskan sehingga kita bertemu kembali dgn ramadhan akan datang.

Ya Allah adakah kami akan bertemu dgn bulan ramadhan akan dtg. sekiranya ramadhan kali ini merupakan ramadhan kali terakhir buat ku dan rakan2 ku,kau terimalah dan jadikanlah ibadat kami ibadat yg terbaik.sekiranya kami diberi peluang sekali lagi bertemu dgn ramadhan maka tetapkanlah hati kami,untuk sentiasa beribadah kepada MU.amiiinnn.

mpmn said...

org biasa...

bumi tak de nafsu, kita manusia dikepung oleh 4 afat, manusia, syaitan, nafsu dan dunia. sebab itulah manusia yg dpt menundukkan keempat2 afat itu lebih tinggi darjatnya dari malaikat.

tingkat iman manusia juga berbeza mengikut ketaqwaannya.

oleh itu jgn dipelikkan jika ramai manusia yg gembira bila ramadhan akan pergi.

beruntunglah org yg sentiasa bertaubat dlm bulan yg mulia ini. mudah2an di penghjg ramadhan kita akan jadi seperti bayi yg baru dilahirkan tanpa dosa. amin.

orang biasa said...

Berguna hidup karena beradat
Adat lembaga jadi pakaian
Sempurna hidup karena syahadat
Syahadat dijaga mengokohkan iman

Di bulan Ramadhan orang puasa
Menahan selera mengekang nafsu
Orang beriman hidup sentosa
Kepada Allah tempat bertumpu

Di bulan Ramadhan banyakkan amal
Supaya dosa diampunkan Tuhan
Orang beriman hidup berakal
Menggunakan usia untuk kebaikan