Thursday, December 2, 2010

Yang Dirancang dan Tak Dirancang

bergambar di hadapan rumah mentua ( sekarang dah jual)

belakang flat kediaman mentua aku dulu

banglo azam

dalam rumah azam bersama labu sayung kesayangannya

bergambar di jambatan penang

Bergambar dengan tuan rumah
Yang Dirancang
27 Disember, Sabtu, aku ke Kulim utk hantar anak menjalani praktikal selama 6 bulan. Memandangkan waktu Maghrib sudah masuk ketika sampai di Kulim, jadi aku terus ke Sg Petani tumpang menginap di rumah Tn Hj Zulkifli. Ini kali kedua aku sampai rumah Hj Zul.

Bergambar kenangan di dalam rumah hj zul
28 Disember, Ahad, aku bersama anak-anak ke Kulim dengan ditemani oleh keluarga Hj Zulkifli. Alhamdulillah segala urusan di sana berjalan lancar. Haritersebut bandar Kulim agak sibuk kerana pelajar baru Politek mendaftarkan diri. Masing-masing sibuk membeli barang keperluan. Setelah menghantar anak ke rumah sewaannya aku mengikut Hj Zul ke Pulau Pinang untuk mengambil ayahnya dan dibawa ke Alor Setar. Sempat juga bergambar kenangan di jambatan P. Pinang waktu pulang.

Bergambar di hadapan pintu pagar Hj Zul

Tak Rancang
Dalam perjalanan balik aku singgah di RnR Sg Perak utk solat Zuhur n Asar. Sebaik masuk sahaja untuk parking, stering van Ford Spectrum aku tak boleh dipulas lagi. "Hari ni hari Ahad dan sudah petang pulak, mana nak cari mekanik", aku bermonolog. Aku teringat sahabat aku, Azam ada di Kuala Kangsar. Aku call dia, tanyakan adakah rumahnya jauh dari RnR tersebut.
Rupanya rumah Azam berhampiran je. Dipendekkan cerita aku dan anak-anak menumpang tidur di banglo Azam. Merasa aku dan anak-anak naik Mercedes yang baru dibeli oleh Azam.

Di rumah Azam, aku diperlihatkan dengan pedang warisan keluarga isterinya, koleksi golok dan senjata rahsianya. Kami dihidangkan dengan lauk udang dan sambal sotong. Azam masak sendiri. Sayangnya aku lupa nak ambil gambar lauk-lauk istimewa tersebut. Aku sempat menjalani latihan .....

29 Disember, Isnin, aku dan anak-anak ditinggalkan sendirian di rumah banglo. Azam terpaksa menghantar isterinya ke Hotel Seri Malaysia, Ipoh untuk menghadiri kursus. Azam telah meminta kawan baiknya menguruskan segala urusan aku hingga 'settle' segala masalah. Cg Jaafar, kawan baik Azam telah membawa aku mencari mekanik sambil melawat pusat pembuatan labu sayong.

Menjelang tengahari van aku telah siap dibaiki. Kosnya RM240. Kami sekeluarga meneruskan perjalanan pulang kira-kira jam 1.30 pm. Aku mengambil keputusan mengikut laluan Simpang Pulai untuk naik Cameron Highland. Alang-alang dah berjalan, lebih baik aku menambah bilangan tempat lawatan. Boleh juga anak-anak melihat CH. Lama sangat dah tinggalkan CH. Sangat nostalgia bila kembali semula ke sana. Terkejut beruk aku melibat pembangunan yang begitu pesat di sana. Sayangnya udaranya dah berapa sejuk.

Ingat nak 'stay' lagi satu hari di sana, rasa tak puas. Maklumlah sampai di CH jam 3 ptg. Jam 7 ptg kami sekeluarga balik ke Temerloh mengikut jalan baru. Dari Ringlet ke Kuala Lipis. Sekarang ni kalau org Pahang nak ke CH dah dekat. Tak perlu pusing ikut Tapah lagi. Lbih kurang jam 10 malam aku sampai di Temerloh.

Tk pada Hj Zul dan keluarga, Azam dan isteri dan Cg Jaafar atas segala bantuan. Moga Allah swt membalas budi baik anda semua.

14 comments:

ybs said...

pirzan,
kite mmg hanye mampu merancang dan perancangan itu pon tak ler sesempurna mane....

Allah SWT sahajalah yg berkuasa di atas segala suatu!

emzex zain said...

wah dapet jua ekau bawa anak2 jln CH.jln baru tu melalui gua musang tak? atau ada jln lain yg terus ke lipis.

aku mohon maaf sebab hari tu aku tak dapet layan ekau sekluarga dgn sempurna,kerana aku baru balik dari melaka, dan terpaksa bawa ayahanda ke AS mendapat rawatan.

kadang2 yg kita tak rancang tu menjadi pengalaman yg menarik. alhamdulillah kerana ekau sekeluarga selamat sampai ketermeloh.

noi said...

Pirzan,
Cuba kamu lihat tarikh yang kamu tulis. Bulan November ke, Disember?
Saya agak kamu dah ke depan sebulan dari kami. Planet mana tu...

Hebatnya kawan-kawan kita... rumah mewah...untuk Zulkifli dan Azam dengan mercedesnya. Kami baru nak rancang beli mercedes. Itupun bila suami nak pencen tahun depan.

Untuk Zul, kenapa tak telefon bila ke Melaka?

Pirzan, isteri tak ada ke?

emzex zain said...

noi jgn terkejut dgn tarikh tersebut.tajuk pun "yg dirancang dan tak dirancang" mmg le tarikh tu tak dirancang ditulis begitu....heheeee

sori sebab tak call semasa dimelaka kerna no hp tak ada. no dulu hilang bersama dgn hp saya.tspi saya masih pakai no lama lg.

mpmn ko rancang ke tak rancang ni ttg tarikh tersebut. hehheee.

mpmn said...

ybs...

benarlah apa jua yg mu kata. tp ramai org lupa tentang tu. cth. bila sekolah cemerlang, berlambak dapat 5A, kita kata berbagai2 usaha telah dilakukan tanpa bersandar langsung pd izinNya Allah. Usaha makhluk itu tidak memberi bekas pun jika tidak diizinkan oleh Allah.

mpmn said...

emzek..

sekarang ni ada 4 jalan nak naik ke CH. 1 melalui Tapah. Nak test kecekapan bawa kete elok ikut jalan ni. 2 melalui simpang pulai. 3 melalui sg koyan, kuala lipis dan 4 melalui lojing kelantan.

apa yg mu dah tlg tu sudah lebih dari cukup. tk byk2. pd Allah aku serahkan.

mpmn said...

noi...

alamak terlepas pandang. tk kerana mu tlg maklumkan kesilapan tu. geli pulak hati aku baca komen mu. jadi tajuk entri aku yg ni boleh ditambah pada 'yg dirancang dan tak dirancang dan tak disengajakan'

hj zul guna BMW. jadi aku rasa naik BMW n Mercedes. Sedap naik kete mewah ni rupanya. Mu jgn tunggu lama2 kalau nak beli. Beli je, umur kita tak tahu sampai bila?

rumah pengarah lagi hebat aku rasa. nantilah kalau aku ke Melaka nanti aku akan usaha cari. insyaAllah

mpmn said...

gekko..

aku tak perasan pun tarikh tu. kalau noi tak tegur, sampai sudah aku tak perasan. mungkin sebab mata aku dah mengantuk sangat masa menyiapkan entri berkenaan.

silap tulah tandanya kita ni manusia lemah je dan tak boleh lari dari melakukan kesilapan

mpmn said...

gekko..

aku tak perasan pun tarikh tu. kalau noi tak tegur, sampai sudah aku tak perasan. mungkin sebab mata aku dah mengantuk sangat masa menyiapkan entri berkenaan.

silap tulah tandanya kita ni manusia lemah je dan tak boleh lari dari melakukan kesilapan

mpmn said...

noi...

lupa lak. org rmh aku tak ikut mengembara bersama kerana gi belajar PGSR. tinggallah aku menguruskan rmh tangga n anak2. bapa mithalilah katakan.

jm said...

kau ni bila isteri kursus kau plan jalan2 ye..tahniah bapak mithali

tokek gekko said...

jm..nak buat cam no isteri dia tu ngaji dlm masa cuti.kesiaann dia.

dlm masa cuti le nak jln2.cuti2 satu malaysia le!. ko tu bila lagi nak jln2, tak kan dok teperap di pulau je?.

mpmn said...

jm..

masa cuti le nak jalan2, nikmati cuti 1 malaysia. masa sekolah... rasanya mustahil.

mu takkan dok tunggu je pulau tu.

mpmn said...

gekko..

mgkn lepas anak selesai spm ni, aku nak ke utara lg sekali. yg pasti naik cameron dulu, ikut jalan baru di sg koyan, kuala lipis.

dlm masa yg sama nak ke muar gak tgk anak. tak tahu mana yg jadi kenyataan. masa makin suntuk. sek nak buka makin hampir.