Wednesday, February 23, 2011

Macam Macam Hal

Dunia hari ini dikejutkan dengan gempa bumi di New Zealand. Sebuah negeri yang cantik, aman dan permai.
Dunia juga sedang mengikuti rapat umum yang berlaku di Libya. Adakah presidennya akan lari atau terus bertahan dengan menambah bilangan korban rakyatnya.
Di Malaysia pula orang politik sedang sibuk merencana strategi untuk menang bergaya di dua DUN.
Rakyat Malaysia juga sedang membuat keputusan sama ada hendak mengejar tempoh tamat bayar saman. Jika tidak, akan diheret ke mahkamah. Begitulah bunyinya. Sebahagian rakyat berpendapat itu hanyalah taktik menakut-nakutkan orang ramai. Namun begitu ada yang sedang sibuk berbaris di kaunter trafik polis untuk membuat pembayaran saman agar dapat menikmati diskaun 50%. Tetapi Barisan Alternatif memberi jaminan saman ekor akan dihapuskan apabila Putrajaya berjaya ditakluki. Benarkah begitu?

Terbaru Malaysia digemparkan dengan amukan seorang isteri yang tegar menetak suaminya. Bukankah syurga isteri di bawah telapak kaki suami? Mengapa si isteri begitu nekad menetak suaminya gara-gara cemburu yang keterlaluan? Menurut cerita si suami, dia dihalau keluar rumah selepas 2 hari kahwin. Tapi si suami telah menyatakan bahawa dia tidak akan menceraikan isterinya dan berharap rumahtangga yang dibina akan berkekalan. Ada juga suami yang begitu! Begitu terdesakah si suami untuk mencari pengganti yang lain?

Itulah nasib yang telah dilalui oleh seorang suami beristerikan jururawat. Orang kampung kata misi. Maklumlah seorang misi sudah pasti biasa bermain dengan darah. Ada orang tengok darah terus pitam. Bagaimana pula jika isteri seorang guru, paling-paling suami kena rotan je. Kalau isteri polis mungkin makan peluru hidup. Kalau isteri tentera, rasanya badan tu dah berlubang-lubang kena penangan M-16.

Entahlah.... dunia akhir zaman.

12 comments:

ybs said...

cerita bab misi tu membuatkan aku teringat Hospital pakar puteri....

hehehe

mpmn said...

ybs..

aku rasa misi yg ada di pakar puteri tu baik orgnya. tentu tak gamak dia nak libas pasangannya dgn pisau bedah. itupun kalau dia bolah kontrol cemburunya. kalau tidak, belum tahu lagi..

jm said...

zan, ybs ni bila kau sebut pasal misi, cepatnye die ingat...

mpmn said...

jm..

ybs tu byk kenangannya dgn misi putri tu. iyalah dia org kan senegeri.

jm kau mcm jeles je. ybs mmg murah rzkinya.

tokek gekkp said...

dunia akhir zaman,mcm nile jadinya.dunia timur bergolak dgn pemimipin nya.pemimpin yg pro zionis perlu dijatuhkan,tak kiranegeramana pun.akhir sekali bila semua bersatu,baru la nak mula.khiamat kut. eee ngerinya.

mpmn said...

tokek...

lain mcm je bunyinya. tp aku skg dan bersetuju dgn pendapat hg.

jm said...

zan, orang lain lama kat spital tu tak kenal sape pun.YBS dok sekejap je dah kenal ramai misi ..mungkin dia mahir sangat bab misi visi di IAB dulu kot...
jgn marah Yang Berhotmat Sof..

mpmn said...

jm..

itulah kelebihan yg ada pd ybs. kalau tdk mana blh pasang 2. aku rasa dia lahir bulan terang. mu cubalah risik rahsia dari dia.

tokek gekko said...

mana dia x ingat misi2 tu,sebab dia mazuk hptal pun ada mission juga.mission possible la katakan. heHeeee.

mpmn said...

tokek..

pandai jelah hg buat nujum belalang. ilmu sosiologi dia tinggi.

jm said...

aku tabik ketinggian ilmu sosiologi ybs...

t said...

kalu lagu tu aku pun nak tabik juga kpd ybs tuh. tabik springgggg lagi. hehheheeeee