Saturday, March 26, 2011

Rahsia Enak

Kopi yang terkenal di Johor disahkan mengandungi gelatin babi setelah dianalisis secara saintifik. Kopi ini sudah terkenal sejak 70 tahun dahulu. Lebih kurang 80 peratus pengguna Islam di Johor membeli dan meminum kopi ini. Difahamkan juga pengeluar kopi ini tidak ada logo halal dari JAKIM.

Yang jadi mangsa orang Islam dan yang untung ialah orang kafir. Bukan setakat meraih untung tetapi dapat melemahkan orang Islam dengan memakan benda-benda yang diharamkan oleh agama.

Kesalahan ini juga harus ditanggung oleh orang Islam kerana tidak mengambil kira makanan dan minuman yang diambil. Yang penting sedap.

Persoalan aku ialah mengapa kerajaan yang mendakwa menjaga agama Islam dan ketuanan Melayu tidak boleh berbuat apa-apa. Bagi aku perbuatan ini adalah satu pengkhianatan terhadap orang Islam. Patutnya satu tindakan yang sangat tegas diambil terhadap sesiapa yang cuba merosakkan orang Islam dengan cara halus ini.

Mungkinkah kopi yang dimaksudkan ini terdapat di Muar dan selalu menjadi minuman kegemaran sahabat-sahabat aku di UPSI. Siap pesan lagi member Muar tolong belikan apabila balik di sana.

4 comments:

ybs said...

pirzan,
kopi muO tu, namanye kopi 434, aku pon dah lama tak membelinye.... nt ler aku risik2 kot ade jugak bercampur dgn bahan haram!

mpmn said...

siasat sop, jgn tak siasat. takut tertelan benda haram

tokek gekko said...

salah org kita juga....suka makan dan minum dikedai org kafir laknatullah nie.didik anak2 supaya jijik memakan dikedai2 sebegini.

kjaan sepatutnya mendenda org yg mempermainkan agama islam.ada ke diasuruh ambil lesen halal.logo halal ni semua org boleh letak...halalnya entah ke tidak.

pada aku selagi org kafif mengeluarkan barang2 / produk makanan..jangan dikeluarkan status halal walaupun ianya halal.

status halal ni hanya diberi kpd org islam shj.

kita patut boikot jgn hanya tahu melantak dan mentah kedarah shj.

mpmn said...

salah phk kerajaan kerana tidak peka bab makanan ni. tiada kesungguhan dan keikhlasan dlm menjaga agama.

salah pengguna pula ialah tak kira tpt utk makan. asalkan blh makan semua nak disapu. aku rasa benda ni berkaitan dgn pendidikan agama yg diperolehi dan sejauh mana seseorg tu mementingkan soal kebersihan dan kehalalan setiap makanan yg diambil