
Mengabdikan kenangan di antara kedai cenderamata yg terdapat sekitar Perigi Hang Tuah. Sempat juga membeli hadiah utk Hari Guru. Guru yang dapat hadiah berkenaan sangat bertuah kerana dibawa jauh dari Melaka dan disemai dengan semangat Hang Tuah

Perigi Hang Tuah berupa tapak kaki. Agaknya bekas tapak kaki HT dan telah diperbesarkan. Airnya tidaklah terlalu jernih dan tidak terlalu keruh. Sempat jugalah aku mencuci muka. Sekadar untuk merasakan nikmat airnya.


Kalau tak nampak gunalah kanta ya.

Menara yg terdapat pd masjid Duyung berhampiran perigi HT.
Lawatan ke Melaka (Perigi HT). Dlm perjalanan ke Muar utk menghantar kereta anak, aku telah mengambil kesempatan untuk melawat Perigi HT. Di samping itu aku hendak menunjukkan peninggalan sejarah kepada anak aku. Mudah-mudahan apb dia besar nanti, dia akan menghargai dan mencintai sejarah negaranya.