Friday, March 19, 2010

Kembara 1




Sempena bdk2 bercuti ni, aku pun ambil cuti gak. Kebetulan org rmh tak de. Terpaksalah aku mengambilalih pengurusan rumah tangga.

Aku ambil kesempatan bawa bdk2 blk kg, menziarahi uwan n atoknya. Maklumlah kedua2 org tua aku dah tak sihat. Umur kita tak tahu sapa yg pergi dulu. Dlm perjalanan, singgah solat asar di masjid baru. Masjid yg berharga RM3.5 juta. Inilah rupa masjidnya. Mmg cantik luar dan dalam. Pengimarahannya tak tahulah aku.penulis sdg menemuramah en abd ghani (jemaah yg bertj membuat landskap masjid) secara percuma. Pesara pegawai felcra dan bekas pelajar UPM. Rumah beliau di Kelantan telah memenangi landskap peringkat kebangsaan. Ramai pelawat yg datang melihat landskap di rumahnya.


anak2 mengambil kesempatan merakamkan potret di perkarangan masjid. ambil berkat.

Thursday, March 18, 2010

Khazanah Melayu


adunan ramuan
tak sampai 2 jam bisul pecah.ramuan utama daun segori. pilih yg betina

ini yg jantan
ini campurannya
daun palas
sedikit kapur
sedikit beras
tumbuk lumat.

cubalah bagi yg bisul dan barah tetek. ada yg cuba dan berkesan. tak rugi mencuba.

Rahsia Temerloh

Bandar ikan patin. Itulah nama glamor yg diberi pd bandar Temerloh, Pahang. Temerloh bukan sahaja terkenal dgn ikan patinnya malahan ia juga dikenali dgn ikan talapia. Apa rahsia keenakan ikan-ikan ini di Temerloh berbanding di tempat lain. Ikan-ikan tersebut dipelihara dlm sangkar sungai Pahang. Air sungai Pahang yg mengalir dari Taman Negara (Ulu Tembeling) disumbangkan oleh ribuan pokok-pokok asli yang menyebabkan ikan di Sungai Pahang begitu enak dagingnya.

Tapi awas.. jangan tertipu. Ada juga yg menjual ikan dalam kolam tetapi mendakwa ikan sangkar sungai. Malahan ada ikan dari Perak juga dibawa ke sini untuk mengambil kesempatan di atas terkenalnya bandar Temerloh dgn ikan sangkar sungainya. Siapa dah pekena, akan teringat-ingat.

Thursday, March 11, 2010

Sepagi di Mahkamah Tinggi Temerloh

Pagi Rabu 8.30 pagi saya sampai ke mahkamah. Ada urusan di kaunter pesuruhjaya sumpah. Kelihatan ada 2 kakitangan sahaja di pejabat.Kerusi lain kosong. Itupun sedang rancak berbual. "Mungkin pegawai berkenaan belum datang lagi atau sedang jamu selera", fikir saya. Sambil menunggu, saya lihat terpampang di dinding, waktu berurusan pada hari Isnin hingga Khamis bermula 8.30 pagi. Hingga 8.50 ada 2 org sahaja yg masuk pejabat. Saya belum dilayan. Memandangkan perut pulak meragam, saya ke tandas awam. Teruknya tandas awam di mahkamah Temerloh. Kebersihan mahupun kemudahannya. Terpaksa juga guna kerana dah terdesak. Jam 9.10 saya ke kaunter berkenaan sekali lagi. Kakitangan tidak bertambah. Saya terus berdiri di hadapan kaunter. Pegawai yang berbual semasa saya mula-mula sampai telah melayan saya. Rupa-rupanya dia ada kuasa menandatangani bahagian pesuruhjaya sumpah itu. Saya membuat andaian, mungkin segala urusan di mahkamah bermula jam 9.00 pagi. Satu jam awal, mungkin untuk sarapan pagi dan duduk-duduk sambil berbual-bual.

Saya teringat ketika beberapa kali hadir ke klinik kerajaan untuk dapatkan rawatan. Keadaan yang serupa juga berlaku. Jam 8.00 pagi bukan waktu kerja lagi. Itu waktu sarapan pagi. Termanggu-manggulah kita menunggu. Setelah kepenatan menunggu barulah sampai HA. Belum doktornya lagi.

Tahniah pada guru-guru kerana dapat berkhidmat sebaik sahaja loceng dibunyikan. Malahan ada sekolah yang meminta guru datang 7.10 pagi untuk melaksanakan aktiviti bersama murid-murid yang telah dirancang oleh pihak pentadbiran.

Kesimpulannya lu pikirlah sendiri.

Tuesday, March 9, 2010

Berjabat Tangan

ragam bersalam di Malaysia

salam orang yang tak ikhlas
- hanya bersalam di hujung jari saja

salam budak-budak rock dan yang sewaktu dengannya
- sambil bersalam menemukan jari-jari tertentu

salam kenduri perkahwinan
- ada sesuatu di tapak tangan

salam pendekar
- pegang ibu jari

salam sunnah Nabi
- menemukan seluruh tapak tangan sambil berselawat
- jika sebelum bersalam pernah bermusuh maka selepas bersalam kedua-duanya berbaik
semula tanpa menyimpan sebarang dendam.
- salam yang sampai ke hati.

Sunday, March 7, 2010

Cuim Tangan

Anak cium tangan ibubapa
-mengharapkan keredhoan kedua ibubapa
-menjadi anak yang soleh dan solehah

Isteri cium tangan suami
-mengharapkan keredhoan suami
-menjadi isteri yang solehah

Peminat cium tangan artis
-minat gile
-ambil kesempatan

Rakyat cium tangan pemimpin
-bodek
-cepat naik pangkat
-dapat projek baru

Rakyat cium tangan raja
-kasih setia
-terpaksa
-mengharap sesuatu

Rakyat cium tangan ulama
-dapat keberkatan ilmunya
-tanda kasih yang tidak berbelah bagi
-mengharapkan pimpinannya

Agaknya apakah yang mendorong seseorang itu mencium tangan seperti yang dinyatakan di atas.

Wednesday, February 10, 2010

Tanda Akhir Zaman

----------------
Now playing: Inka Christie - Yang Kunanti
via FoxyTunes

Apakah faktor yang menggugat keharmonian rumah tangga? Rumah tangga yang dibina beberapa tahun akhirnya retak dan terbelah kerana kecurangan isteri dan suami. Yang memilu dan menakutkan ialah isteri yang memadu kasih dengan lelaki lain hingga sanggup berzina tanpa rasa bersalah dan berdosa besar.

Contoh kes terdekat dengan saya terjadi pada dua pupu. Orangnya bijak, student luar negeri keluaran MRSM, berjawatan besar di salah sebuah bank tempatan. Berkahwin, isteri boleh tahan juga cantiknya dan memiliki dua anak. Dalam diam isteri telah bercinta dengan jantan lain dan perkahwinan diakhiri dengan perceraian serta membawa bersama kedua-dua anaknya. Dua pupu saya akhirnya sakit hingga dibuang kerja kerana mentalnya sudah tidak normal lagi. Kasihan pada dia dan keluarganya.

Jika kita baca akhbar dan majalah, berita 'kejalangan' si isteri kerap dipaparkan. Antara punca yang menyumbang kepada amalan kemurkaan Allah ini ialah wujudnya sistem sms, laman sembang sosial spt facebook, dll. Sesiapa pun boleh masuk dan menabur 'jarum beracun'. Isteri pula memberi respon hingga akhirnya cinta pun berputik dan kerana sudah terlalu sayang maka sanggup ditiduri oleh kekasih 'gelap'.

Ada juga 'kejalangan' isteri diketahui oleh suami. Suami yang dungu ini kerana terlalu sayang pada isteri sanggup menerima isterinya lagi. Sebagai lelaki, saya langsung tidak boleh terima suami yang 'bodoh' ini walaupun akademiknya cemerlang. Tak ada maruah diri.

Kesimpulannya sekarang ini, jangan terlalu percaya pada isteri anda. Beri amaran awal-awal. Berani buat berani tanggung akibatnya.