Sunday, January 24, 2010

Kerana Mulut Badan Binasa

Rasanya sudah lama saya menyepi dari dunia blog. Cukup membaca blog kawan-kawan. Inilah masalah saya. Kejab bersemangat, kejab sejuk. Kali ini saya hendak bercakap pasal topik di atas. Idea ini tercetus setelah membaca berita dari akhbar.

Apabila difikirkan dengan keadaan umat manusia khususnya di Malaysia hari ini, sangat merunsingkan. Seolah-olah manusia hari ini sudah hilang pertimbangan yang waras. Mengambil tindakan tanpa berfikir panjang dan akibat yang akan ditanggung.

Tajuk cerita saya ialah berkaitan seorang pelanggan yang disimbah dengan air panas kerana memarahi tuan punya kedai yang lambat menyediakan minuman yang dipesannya. Biasanya kita diajar 'pelanggan adalah raja atau pelanggan sentiasa benar;. Tapi hari berkenaan tuan kedai lupa semua petua perniagaan dan tiba-tiba naik minyak lalu menyimbah air panas.

Natijahnya tuan kedai tersebut mesti ditahan dalam lokap dan akan dibicarakan, Kedai dia mungkin dihindari oleh pelanggan atau pelanggan tetap datang dan sentiasa bercakap lemah lembut kerana takut disimbah dgn air panas,

Pengajaran yang boleh diambil dari peristiwa berkenaan ialah kita mesti berhati-hati apabila berurusan dengan manusia hari ini. Sikap rakyat Malasysia hari ini sangat sukar diduga. Bagi peminat warung kopi, anda hendaklah sentiasa mengawal percakapan dan sentiasa sabar jika pesanan lambat sampai. Takut bukan dapat air panas tetapi pisau yang dilayang ke tengkuk.

Begitu juga kalau kita pandu kereta, jangan tak pasal hon orang depan kerana dikhuatiri akan disondol atau dihentak dengan besi atau cermin kereta dipecah. Segala kemungkinan boleh berlaku.

No comments: