Wednesday, December 1, 2010

Ujian atau Bala?



Pg Selasa lepas, sdg aku memecut kereta, tiba-tiba ia berhenti sendiri. Aku berdebar kerana sudah menduga 'penyakitnya'. Namun aku berharap bkn penyakit lama. Setelah bengkel dibuka, aku meminta mekanik memeriksa penyakit kereta kia spectra aku. Seperti aku duga, sekali lagi 'timing belt' hilang beberapa 'giginya'. Aku sudah tidak mampu lagi tersenyum. Kalau terpaksa senyum pun, hanyalah senyuman yg pahit. RM ribuan ringgit bakal melayang sudah terbayang di depan mata.

Itulah penyakit kereta kia buatan korea. Tak boleh lebih dari 60,000 km. Pada kawan-kawan yang guna kereta kia, kena sentiasa beringat untuk tukar 'timing belt' sebelum cecah angka di atas. Jika masih berdegil, tunggulah risiko yg bakal ditanggung.

Belilah kereta buatan Malaysia.

4 comments:

jm said...

alamak zan. yang kau tak ingat tempoh tu apa hal....

mpmn said...

aku ingat sangat. cuma aku ingat boleh guna hingga 80,000km. dah nasib.

tokek gekko said...

pakai keta yg ada timing chain..tak payah pening2 pala memikir ttg giginya. agaknya giginya mcm gigi ekau tak? hehheeeeeee.

mpmn said...

tokek...

mgkn gak kete ni suka ikut tuannya. ingat nak beli bmw atau mers tp tak mampu.