Sunday, June 26, 2011

SK Sebertak Dalam Kenangan

Akhirnya aku telah bertukar sekolah di SK Felda Jenderak Selatan. Jarak dari rumah lebih kurang 34 km berbanding sekolah lama 62 km. Guru-guru di sekolah telah merancang hari perpisahan pada Jumaat lepas dengan baik sekali. Sedih pula aku dibuatnya. Ketua Kampung, Ketua Cawangan UMNO, Timbalan Pengurus Felda, Biro Pendidikan Kg, dan JK PIBG turut hadir bagi meraikan majlis berkenaan. Sayangnya YDP PIBG tidak dapat hadir kerana ada mesyuarat. Timbalan YDP PIBG pula terlantar kerana aksiden.
Gambar 1 ketua pengawas memberikan ucapan
Gambar 2 Pelajar Tahun 6 menyampaikan persembahannya.
Gambar 3 Hadiah-hadiah yang diberikan oleh murid-murid dari setiap kelas dan guru-guru. Penuh kereta aku dengan hadiah.
Gambar 4: Yang sangat2 dihargai dan menjadi kenangan abadi.
Gambar 5: Makanan yang dihidangkan di restoran Sri Pelabuhan Cherating. TK Kelab Guru SKS yg tolong sponsor. Dapat rasa makanan enak. Ikan stim lagi.
Gambar 6: Geng perempuan sdg menguji kecekapan menyambung straw. Salah satu acara dlm hari keluarga
Gambar 7: Posing sebelum acara. Acara main boling tidak dapat dimasukkan. Lepas menjamu selera di restoran Sri Pelabuhan, sebahagian dari peserta hari keluarga ke Mega Mall Kuantan untuk membuat jatuhan pin. Bukan cuci longkang.

Hari keluarga SKS yang terakhir aku dan keluarga menyertai. Tk guru-guru dan staf yg dikasihi

Tiada budi dapat dibalas hanya doa yang ikhlas, Allah jua yang akan membalas.

8 comments:

kembara kelana said...

berpisah ? bukan berpisah jan...tulah dia jalinan kasih...dan selepas kau tinggalkan di panggil seribu kenangan...perkenalan yang lebih hebat baru bermula...selamat kembali ke temerloh dan jaga seladang tu elok elok..ramai kawan kawan nak datang

ybs said...

tahniah Zan, bila2 aku balik Temerloh nt bole ler aku melawat sekolah baru nko tu.....

mpmn said...

kk....

kenangan yg tak boleh dijual beli. lebih2 lagi tpt baru tdk spt yg digbrkan. bab seladang tu, nantilah aku berkenalan dgn pengurus ladang seladang tu. mana tau aku boleh jadi pengedar.

mpmn said...

ybs..

aku alu2kan kalu ko nak mlwt sek baru aku. mai le

jm said...

zan..siap dengan beg sekali hadiah.selamat bertugas di sekolah baru..

mpmn said...

jm...

aku bila tgk beg dibw naik pentas terus aku terasa mcm akademi fantasia tersingkir. hehehe...

sek baru ni nmpk gayanye aku kena guna bomoh siam. hehehe

ybs said...

pirzan,
jon tu pon pandai jugak bab bomoh membomoh nih....

hehe

mpmn said...

ybs...

aku bomoh guna ilmu apa yg telah kita belajar dan pengalaman aku sebagai PK dan GB serta perkongsian pintar dgn sekolah rakan2.