Monday, July 11, 2011

Pentas Kilauan Emas

Baru-baru ini aku terjumpa program Pentas Kilauan Emas di saluran Astro105. Seronok juga aku lihat orang otai menunjukkan bakat yang sudah lama dipendam dan tidak dapat ditonjolkan kerana masalah-masalah tertentu.

Peserta ada yang sudah bercucu yang memberi maksud telahpun mendapat pangkat nenek dan datuk. Tetapi yang agak menyedihkan dalam usia emas begitu masih lagi ada yang gagal menutup auratnya malahan siap dengan mewarnakan rambut 'perang'. Barangkali menggunakan inai. Yang lelaki pula ada yang bergaya seperti orang muda. Sebagai contoh ada yang memakai rantai dan lain-lain. Aku rasa tidak sesuai lagi digunapakai oleh orang yang sudah berusia.

Pujian aku pada juri iaitu Nora. Tudung yang dipakai disulam dengan tingkahlaku dan tuturkata yang melambangkan seorang muslimah. Kelihatan menarik sekali. Berbeza sekali dengan artis tertentu yang pakai tudung tapi tingkahlaku yang ditunjukkan agak janggal. Tahniah pada Nora.

Nasib baik suara aku bukan kilauan emas, jika tidak pasti aku salah seorang yang menyertainya.

8 comments:

yusofsipan said...

ko nyanyi dlm bilik air jer udah ler, itu pon kalau ko gian sgt nak menyanyi....!!!

hehehe

tokek gekko said...

suara ekau bkn kiluan emas ko? tapi umur warga emas taklagi.

leha said...

salam...boleh tak uploadkan video dari mulapentas kilauan emas sampai minggu yang last ni...

mpmn said...

ybs...

ko tunggu ya. jgn terkejut beruk udah le. hehehe

mpmn said...

tokek..

belum lagi. tp dah hampir le. hg tak nak cuba ke? aku tgk suara hg tu gemersik. wakil dr utara?

mpmn said...

leha..

sy sendri pun tak tau bila PKE ni bermula. hari apa tygnnya pun sy tak tahu. cubalah cari dlm youtube. mgkn ada.

jm said...

ko minat nak nyanyi ke jan hehe

tokek gekko said...

itu le silap ekau ,sobab ekau tengok suara aku. kalu ekau dongar mmg bukan gemersik lagi tapi gemuruh berdetum2. heheheeeeeeeeee.