Sunday, September 4, 2011

Semakin Pupus

Teringat aku masa kecik2 dan masa remaja dulu, amalan 'bantai' kerbau akan dijalankan oleh penduduk kg. Pekerjaan dilakukan secara gotong-royong. Daging diagih-agihkan ikut berapa syer yg ditempah oleh penduduk kg. Bahagian tertentu akan dijual secara lelong.

Antaranya ialah tulang kaki, perut limpa, hati dan perut. Tukang lelongnya pun org yg sama saban tahun. Maka berebut-rebut penduduk kg menawarkan harga yg tinggi dari pesaing. Terasa seronoknya melihat situasi tersebut.

Tapi sekarang...

Dah tak ada bantai lagi. Hendak daging, tulang, hati dan lain=lain; pergilah cari tepi jalan tempat orang berniaga secara bersendirian.

Kemana hilangnya semangat gotong-royong penduduk kampung? Lebih-lebih lagi Negeri Sembilan, negeri adat pepatih yang sentiasa berpegang pada adat. "Biar mati anak asal jangan mati adat".

Antara sebab yang aku nampak ialah orang tua-tua dah lama bersemadi. Yang tinggal hanya kaum perempuan je. Anak-anak muda merantau dan sesekali balik kampung. Kemesraan sudah tiada antara penduduk kampung. Aku sendiri apabila balik kampung pun terasa macam berada di kampung baru. Dah tak kenal orang, kawan-kawan masa kecik2 dulu entah berada di negeri mana?

Nampaknya penyakit orang bandar sudah menular dengan kuat di kampung2. Nikah kahwin pun dah guna katering je. Sudah hilang 'orang pangkal', 'tanam barang' dlll. Yang penting sekarang sediakan wang secukupnya untuk buat sesuatu.

Sedihnya aku melihat nilai-nilai murni nenek moyang aku hanya tinggal memori bagi yg pernah melalui dan yg menyanjungi nilai tersebut. Sebab itulah gotong-royong di sekolah pun tak ada sambutan. Manusia semakin bakhil dengan tenaga, masa dan hartabendanya. Sedangkan Islam mengajar umatnya agar sentiasa sanggup berkorban bagi mencari keredhoan Allah swt.





5 comments:

jm said...

Gotong royong upah adalah zan

tokek gekko said...

bantai...tempat aku ni benda tu buat tido aje...heheheee....satu lagi "bantai" ni bermaksud ko buat apa yg ko suka je....hehheeee.kalu nak kena bantai maksudnya nak kena pukul le tu. apa pu aku pakai bantai saja maksudnya tu .kena tak ??.

dolu layin sekarang layin.kobau pon susah nok caaii.ekau jgn susah hati...ekau mulo la pulak adat tuh....

tokek gekko said...

melalui blog ko ni aku nak ucapkan takziah kpd hj sabri diatas kemalangan yg menimpa beliau.katanya dilanggar oleh mat rempit...sehingga patah lengan n tulang rusuknya. kesiaaaannnnnnn.kesiaaaaannnnnnn..
(pppssssstttt...ayat ni bole pakai ni kalu nak tambah satu lagi .hehheeeee..)

mpmn said...

jm...

semua dah guna harimau skrg ni. harimau dah jadi tuhan skrg ni. org sanggup jual maruah kerana harimau.
dunia makin tua dan menuju penghujungnya.

mpmn said...

tokek...

perkataan bantai tu sememangnya boleh digunakan dlm pelbagai situasi. cuma di n9 digunakan juga utk kerja gtg ryg menyembelih kerbau atau lembu menjelang menyambut puasa dan hari raya. itulah salah satu keistimewaan n9.

tk le hg beritahu keadaan sahabat kita tu. kalau hg tak habaq mmg aku tak tau pun. mudah2an dia cepat sembuh.