Monday, October 31, 2011

3 Hari 2 Malam

Sempena cuti Deepavali aku telah dipelawa oleh kakak ipar dan suaminya mengunjungi Pantai Timur. Lokasi utama adalah Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan. Isnin,24 Okt-Perjalanan bermula dari rumah aku, kemudian ke Jerantut dan terus ke Kuala Lipis. Seterusnya menuju Gua Musang hingga ke Kota Bharu. 
Bertolak dari rumah lebih kurang jam 9.00 pg dan sampai di KB lebih kurang jam 4.00 ptg. Menempuh jalan Kuala Lipis, Merapuh dan Gua Musang agak mencabar dan menjemukan. Kakak Ipar telah mengambil keputusan  untuk mengikut Terengganu waktu balik. 

Di Kelantan kami telah ke rumah bekas guru sekolah lama aku iaitu di Salor Pasir Mas. Khairun Nisaq namanya. Oleh kerana datang pada waktu malam, tak dapat nak ngurat anak gadis  Salor. Dengar citenya anak gadis di sana come lote. Sempat berjalan dan membeli pakaian di Wakaf Che Yeh. 
Selasa, 24 Okt-Keesokan pagi kami telah menyerbu pasar Siti Khadijah. Rasanya kami orang yg mula-mula sampai di Tingkat 2, tempat pakaian dijual. Para peniaga baru nak buka kedai dan sedang menyusun barang-barang. Banyak juga 'beras' aku tu membeli. Aku hanya peneman je. Kuasa membeli kurang kuat. 

Jam 12.00 tgh-Kak Syarifah telah membawa kami ke Bazar Tok Guru dan memperkenalkan kami dengan kedai kawannya. Harga yg ditawarkan pada kami pun agak istimewa. Tk pada Kak Pah yang sudi meluangkan masa wp sedang bertugas. 
Jam 2.00 ptg- kami keluar Kelantan dan menuju ke Kuala Terengganu. Aku telah menghubungi rakan-rakan di sana. Tengku telah mempelawa tidur di banglonya. Ismail telah siap dengan ole-ole keropoknya. 

Rabu, 25 Okt- Esok paginya 'on the way' balik ke Pahang, Hasan telah mengajak menjenguk vilanya. Hebat-hebat rumah sahabat-sahabat Ganu kito. Joni Penghulu di Pulau Redang tak dpt jumpa.

Akhirnya terima kasih sahabat-sahabat di Pantai Timur di atas sambutan dan bantuan yang telah kalian hulurkan. Budi baikmu dilipat kemas dalam ingatan. Kalau ke Temerloh singgahlah di rumah 'koi' pulok. Ikan patin dan ikan telapia sungai tu adalah. Kain batik tak dok.





5 comments:

tokek gekko said...

raya sakan ekau ni.....

apo kona dongan tajuk buah cempedak di luar pagar lak....kelante mana ade buah tu...kalu ade pon tak banyak..

mpmn said...

tokek...

org ajak n sponsor,aku ikut jelah. mcm mana hjg th ni kita ke chengmai.

tokek gekko said...

banjir tu disana belum reda lagi....

ekau pergi vietnam baru ni lawatan mgb ke? berapa kosnya?

mpmn said...

tokek..

chengmai tak banjir. tpt peranginan tu.

aku ke vietnam tu ikut musafir tok guru. semua ahli jemaah. kosnya rm2100.kplterbang, hotel, makan, bas utk bergerak dari satu tempat ke tpt yang lain,dan tiket masuk tpt2 tertentu.

kalau ada rezeki aku ingat nak ke sana lagi. barang murah di sana. tp kena pandai tawar le.

tokek gekko said...

apalak kena tawar....kan ekau jutawan disana....belanja ikut cara jutawan le... hehheeeeeeeee.