Wednesday, January 18, 2012

Sunyi

Tahun 2012 ni, saya dah tinggal bertiga sahaja di rumah. Saya, isteri dan anak bongsu Tahun 3. Tujuh orang anak berada di luar. Sulung bekerja di Muar, Kedua belajar di JB, ketiga belajar di Dungun, keempat di PLKN, 5,6 dan 7 di asrama. Ini fasa pertama ibu bapa berpisah dengan anak-anaknya.

Fasa kedua semua keluar bekerja mencari nafkah dan haluan hidup.

Fasa ketiga masing-masing membina kehidupan bersama pasangan masing-masing. Itupun jika ada jodoh mengikut ketentuan yang tertulis di Loh Mahfuz.

Fasa keempat jika panjang umur datuk dan nenek menunggu anak-anak dan cucu-cucu pulang ke kampung halaman, tempat mereka dibesarkan.

Fasa kelima jika umur panjang sangat sempatlah dapat melihat cicit dan mendapat gelaran moyang.

Fasa keenam diarak ke alam yang abadi untuk dihitung nasib, untung atau rugi.


7 comments:

jm said...

zan, nasib baik ada yg bongsu ye...kalau gitu baik mu tambah lagi zuriatmu tuhhh

mpmn said...

jm...

ha..ha..ha..

aku rasa dah x larat nak ulg semula keja2 jaga baby.

laut kat sana tu dah ok ke? aku rasa nak ke sana utk ambil gambar.

jm said...

zan...laut kat sini belum sihat lagi.masih bergelora. aku tak gelora hehe. nanti dah clear kau datanglah.banyak benda kau boleh snap nanti...

tokek gekko said...

INILAH FASA EKAU ULANG BALIK SESI BERBULAN MADU....MAKLUMLAH DIRUMAH TU SUNYIKAN.

APA PUN TAK TERLAMBAT AKU NAK UCAPKAN TQ KERANA MENUMPANGKAN AKU BERMALAM DIUMAH EKAU.

mpmn said...

jm..

bila keadaan ok beritahu ya. insyaallah aku mari sana.

mpmn said...

tokek..

dtglah lagi. beritahu awai. boleh aku cari ikan sungai yg pasti tak dak kat penang tu.

tokek gekko said...

dah jadi adat aku .....tak pernah beri tahu kalau nak pegi...kalu beri tahu selalunya tak jadi pulak...

tu sebab aku suka buat suprise...
aku nak suprise sabri dan sofi ari tu ...rupa2ny mereka yg suprise aku....mereka ada keja diluar kawasan...tu yg rugi kalu tak beri tahu tu.

apapun mmg aku suka buat suprise... hheheeeeeeee.....