Minggu lepas kawan baik aku ditimpa musibah. Kisah ni yg aku nak kongsi dgn semua ibu bapa dan mengambil langkah awal. Alkisah citenya begini...
Anak dara dia kena culik petang Sabtu. Budak ni nak ambil STPM pd hari Selasa. Dia menjamu selera di KFC bersama adik perempuannya. Lepas makan dia ke kedai gambar. Adiknya tunggu di KFC. Dalam perjalanan ke kedai gambar, datang seorang lelaki memukul belakangnya dengan kuat lalu merampas dompet duitnya. Datang sebuah kereta hitam lalu mengheretnya masuk dalam kereta. Kemudian penjenayah tu memaksa budak perempuan tu naik bas ekspres ke Temerloh dan sudah tentulah ditemankan oleh penjenayah tersebut.
Sampai di Temerloh kedua-duanya turun dan naik kereta yg mengekor dari tempat kejadian. Terus dilarikan ke KL. Dalam kereta budak ni dipaksa minum air yg telah dijampi dgn ilmu iblis bersama ugutan, kalau tak minum dia akan dibunuh. Lantaran takut dibunuh budak tu lalu minum air dan terus pengsan.
Sampai di KL dgn izin Allah swt budak ni sedar semula, dan dia telah melarikan diri ketika kereta tidak bergerak kerana trafik jem. Bodohnya penjenayah tu kerana seorang lagi tu pun duduk di depan. Semua tu dengan gerak Allah swt jua. Dalam ketakutan cuba melarikan diri dia telah dilanggar oleh motosikal tapi masih berupaya melarikan diri. Dia cuba minta bantuan dgn menelefon kenalannya melalui telefon awam kerana hp dia telah dirampas. Malangnya suara dia tak boleh keluar, mungkin akibat air yg telah disihir tu.
Di pendekkan cerita dia telah diselamatkan oleh polis dan dibawa ke balai polis tapi malangnya dia tak ingat nama dan tak boleh bercakap. Sehingga sekarang masih berubat kerana ingatan dia belum pulih. Emosi dia juga tak stabil. Tak ambil STPM budak ni.
Kesimpulannya dari cerita ni ialah kita kena sentiasa ingatkan anak dara kita. Musuh dia ramai di luar. Kena ada amalan minta lindung dengan Allah dari kejahatan iblis dan manusia durjana.
Friday, November 26, 2010
Saturday, November 20, 2010
Tahukah Anda?
'Temerloh Titik Tengah Semenanjung Malaysia'
Patutlah aku rasa lain macam rasanya bila berada di Temerloh ni. Patutnya Temerloh ni dijadikan ibu negeri Pahang. Ini adalah kerana Temerloh berpotensi menjadi penyumbang ekonomi terpenting bagi negeri Pahang. Temerloh bukan sahaja bandar ikan patin tetapi mempunyai nilai komersial dari segi lokasi dalam peta Malaysia. Datanglah ke Temerloh, anda akan rasa benar-benar berada di tengah-tengah semenjung malaysia.
Sunday, November 14, 2010
Bak Madu Segar
si suami berusia 53 tahun dan isteri 19 tahun. sekarang suami berumur 61 tahun dan isteri 28 tahun. dikurniakan 3 orang anak. " menjadi lumrah lelaki, sentiasa inginkan isteri muda. berkahwin dengan wanita muda membuatkan jiwa saya juga bertambah muda" petikan dari akhbar metro 14 nov. betul ke wahai kaum lelaki? apa pandangan anda semua?
Wednesday, November 10, 2010
Kreativiti dan Inovasi

Pihak kantin sekolah saya telah mencipta kereta sorong dengan menggunakan bahan terbuang.
Natijahnya kos dapat dijimatkan dan kerja untuk mengangkat benda yang berat dapat diringankan.
Sebagai guru kita perlu menerapkan kemahiran berfikir supaya dapat menghasilkan hasil kreativiti dan inovasi.
Tuesday, November 9, 2010
ZIARAH

Minggu lepas saya ke Muar untuk menghantar anak mencari rumah sewa bagi memulakan karier di kilang ST.
Alhamdulillah urusan di sana berjalan dengan lancar atas bantuan sahabat lama, AlFadil Tn Yusuf.
Bergambar kenangan di hadapan rumah baru isteri kedua. Murah rezeki orang berbini lebih ni.
Terima kasih diucapkan atas bantuanmu bersama isteri.
Friday, September 3, 2010
Ramadhan Makin Menghilang Syawal Bakal Menjelma
Assalammualaikum..
Pada semua rakan yang mengenali diri ini, sempena bulan yang mulia ini saya mengambil kesempatan mengucapkan "selamat meneruskan ibadah puasa dan selamat menyambut 'aidil fitri'
Untuk itu keampunan zahir dan batin dipohon dari rakan-rakan atas segala keterlanjuran adab, kelancangan bicara, dan tingkah laku yang sumbang.
Moga semua rakan-rakan diberkati dan dirahmati Allah.
WASSALAM
Pada semua rakan yang mengenali diri ini, sempena bulan yang mulia ini saya mengambil kesempatan mengucapkan "selamat meneruskan ibadah puasa dan selamat menyambut 'aidil fitri'
Untuk itu keampunan zahir dan batin dipohon dari rakan-rakan atas segala keterlanjuran adab, kelancangan bicara, dan tingkah laku yang sumbang.
Moga semua rakan-rakan diberkati dan dirahmati Allah.
WASSALAM
Thursday, May 6, 2010
Ez Math
Pn Siti Zulaikha yg berdiri di sebelah org rumah aku. Beliau adalah isteri kpd penceramah merangkap setiausaha atau pengurus pemasaran. Kelihatan guru-guru Matematik sekolah aku sedang berbincang sesuatu
Murid-murid seramai 83 orang terdiri dari th 3 hingga 6 sedang khusyuk mengikuti pengajaran dari penceramah.Syukur alhamdulillah akhirnya hasrat aku nak bawa penceramah ez math ke sekolah aku telah berjaya dilaksanakan. Ibubapa hanya perlu membayar rm50 sahaja. Harapan aku setelah mengikuti program ini, mata pelajaran matematik di sekolah aku akan menunjukkan kemajuan yang memberansangkan. Juga aku mengharapkan guru-guru akan lebih kreatif dalam pengajarannya supaya murid-murid mencintai matematik kerana matematik itu mudah dan menarik untuk dipelajari.
Subscribe to:
Posts (Atom)