Teringat aku masa kecik2 dan masa remaja dulu, amalan 'bantai' kerbau akan dijalankan oleh penduduk kg. Pekerjaan dilakukan secara gotong-royong. Daging diagih-agihkan ikut berapa syer yg ditempah oleh penduduk kg. Bahagian tertentu akan dijual secara lelong.
Antaranya ialah tulang kaki, perut limpa, hati dan perut. Tukang lelongnya pun org yg sama saban tahun. Maka berebut-rebut penduduk kg menawarkan harga yg tinggi dari pesaing. Terasa seronoknya melihat situasi tersebut.
Tapi sekarang...
Dah tak ada bantai lagi. Hendak daging, tulang, hati dan lain=lain; pergilah cari tepi jalan tempat orang berniaga secara bersendirian.
Kemana hilangnya semangat gotong-royong penduduk kampung? Lebih-lebih lagi Negeri Sembilan, negeri adat pepatih yang sentiasa berpegang pada adat. "Biar mati anak asal jangan mati adat".
Antara sebab yang aku nampak ialah orang tua-tua dah lama bersemadi. Yang tinggal hanya kaum perempuan je. Anak-anak muda merantau dan sesekali balik kampung. Kemesraan sudah tiada antara penduduk kampung. Aku sendiri apabila balik kampung pun terasa macam berada di kampung baru. Dah tak kenal orang, kawan-kawan masa kecik2 dulu entah berada di negeri mana?
Nampaknya penyakit orang bandar sudah menular dengan kuat di kampung2. Nikah kahwin pun dah guna katering je. Sudah hilang 'orang pangkal', 'tanam barang' dlll. Yang penting sekarang sediakan wang secukupnya untuk buat sesuatu.
Sedihnya aku melihat nilai-nilai murni nenek moyang aku hanya tinggal memori bagi yg pernah melalui dan yg menyanjungi nilai tersebut. Sebab itulah gotong-royong di sekolah pun tak ada sambutan. Manusia semakin bakhil dengan tenaga, masa dan hartabendanya. Sedangkan Islam mengajar umatnya agar sentiasa sanggup berkorban bagi mencari keredhoan Allah swt.
Sunday, September 4, 2011
Sunday, August 28, 2011
AIDIL FITRI
Selamat menyambut hari raya Aidil Fitri kepada rakan-rakan dan pembaca blog ini. Tidak lupa kpd guru2 dan k/t SK Sebertak dan SK Jenderak Selatan. Moga anda semua selamat balik kg berjumpa keluarga tercinta.
Maaf zahir batin dari saya dan keluarga atas sebarang kesalahan semasa kita bersama.
Ada kesempatan jemput datang ke rumah.
Maaf zahir batin dari saya dan keluarga atas sebarang kesalahan semasa kita bersama.
Ada kesempatan jemput datang ke rumah.
Wednesday, July 27, 2011
Motivasi d YADIM
Tanggal 25 dan 26 Julai murid-murid Th 6 dibawa ke YADIM Hulu Langat untuk disuntik semangatnya. Berbagai aktiviti telah dilaksanakan di sana. Harapnya sebaik kembali ke sekolah murid2 ini akan menunjukkan semangat juang yang tinggi dan kental. Tak lupa gurunya juga.Sebagai GB aku paksa diri untuk hadir di sana bagi menunjukkan sokongan dan menyuntik semangat pada guru2 dan murid2.
YDP PIBG juga turut hadir tapi sayang PK tak dapat hadir.
Majlis ditutup rasmi oleh timb YDP YADIM, Dato Najmi org Chenor.
Kunjungan ke Muar
Jumaat lepas aku ke Muar, hantar anak. Alang2 dah sampai sana, aku kena melapor pd Pak Lurah (Al fadhil Yusof). Sembang mcm2 isu hingga lewat pagi. Dia pelawa aku tidur di rmh bini no.2. Aku ikut je sbgi menghormati pelawaan sahabat.Sesudah subuh, dia tak beri aku balik sebelum jamah satay Muar, makanan kegemaran org Muar setiap pagi. Itu antara niche bandar Muar.
Sebelum jamu selera dia bawa aku tgk rumah isteri no1 dan pusing2 bandar Muar. Seronok aku tengok org Muar pagi2 joging di taman yg disediakan. Rajn org Muar menjaga kesihatan.
Lepas penat menjamu mata barulah menjamu selera spt gambar yg tertera.
Rasanya macam nak pindah Muar pulak.
TK sahabat atas segala2nya.
Tuesday, July 26, 2011
Raja Buah Mengamuk Lagi
Durian yg aku kutip untuk satu malam. Pokoknya hanya sebatang sahaja. Tapi buahnya tak kurang 300 biji. Tupai pun tak melepaskan peluang. Buah yg besar dan baik2 dah dikejekannya dulu. Benar sangat peribahasa, spt buah ditebuk tupai. Tapi keadaan sekarang ni sangat menakutkan.

Kucing aku pun tidak melepaskan peluang menikmati keenakkan durian. Pelik tapi benar. Pantang aku belah durian, ia pun sama tumpang semangkuk.
Aku sekeluarga pun dah tak larat makan durian dan akhirnya belah buat tempoyak je. Nanti aku boleh berniaga di pekan sehari Temerloh.
Tunggu warga sk sebertak dan jenderak selatan tak ada yg dtg.
Tunggu warga sk sebertak dan jenderak selatan tak ada yg dtg.
Subscribe to:
Posts (Atom)






