Tuesday, June 2, 2009

Kecuaian atau apa?

Hari Ahad aku ke Bangi hantar isteri utk mendaftar PGSR. Dia nak belajar sangat, aku izinkanlah. Lebih kurang 200 ke 300 m sebelum sampai ke TOL Karak lebih kurang jam 4.45 pm, aku lihat 4 buah kereta sedang mengalami kemalangan. Yang belakang langgar kereta depan sehingga 4 buah. Mangsa dlm kereta terakhir masih lagi terperangkap dan kereta dia paling teruk. Patutlah 'jem' jalan petang tu.
Balik dari hantar isteri ketika melalui jalan Hulu Kelang (malam), lebih kurang jam 9.00 malam. Sekali lagi aku 'dihidangkan' dgn pemandangan kejadian serupa spt siang tadi. Cuma kali ni bil. kereta yg terlibat lebih byk. Tak silap aku 8 buah. Sekali lagi jln 'jem'. Yg peliknya 'accident' tu dijln sebelah tp jln yg aku lalui juga 'jem'. Begitulah keprihatinan rakyat Malaysia, msg2 memperlahankan kenderaan kerana tdk mahu melepaskan peluang menonton tygn percuma. Termasuklah aku. Persoalan aku mengapa kemalangan begitu boleh berlaku? Bagaimana hdk mengelakkan ianya dari berlaku?
Nasihat aku pd kwn2, berhati2 semasa memandu dan ekori kenderaan di dpn pd jarak selamat. "Sesaat Tidak Bererti Jika Berakhir Dengan Tragedi"

7 comments:

mpmn said...

waduh masalah ni. masa n tarikh tak sama. mcm mana nak buat? faris tlg ajar aku 'set time n date'.

emzex said...

belajar,belajar dan terus belajar mencuba.....hehehehhe...

Faris said...

Pirzan,
Kau ke Bangi tak call aku. Boleh minum2 pekena cekodok atau satay kajang.
Di KL ni mmg biasa macam tu. Kalau tempat dan masa yang tidak semena2 jem, pasti ada berlaku kemalangan.
Masalah tarikh dan masa kau tu, cuba kau check tarikh dan masa pada komputer kau tu dulu. Mungkin pada komputer kau yang tak betul. Bersekali semak time zone yang kau pilih di komputer. Itu adalah langkah pertama. Jika tak sama juga, beritahu semula. TQ.

Kembara Kelana said...

jan
ada banyak gadjet dalam internet kau pilih jer...
kau ni kalau pasal gajet memang kau minat

emzex said...

ekau kena banyak belajar dari inspektor gajet.usup rompin,usup sipan dan si faris tu.

noris said...

mpmn,tahniah dah ada blog sendiri.
Tapi jangan lupa blog kelas kita. Saya nak tanya kamu tentang Jemaah kamu. Guru di sekolah saya nak ambil cuti tanpa gaji sebulan .Bila saya tanya dia kata nak ke sepang sebab jemaah Tabligh adakan perhimpunan dan ada kerja2 disana. betul ke?.Kamu tak terlibat ke.sebab saya tahu kamu aktif juga dalam jemaah tu.

mpmn said...

tk sop. aku akan cuba. tak boleh nanti aku akan kontek kau. tp aku tak nak byk benda ada dlm blog. menganggu.
noris ttg jemaah tabligh tu aku tak boleh jwb, org selayaknya kau ajukan soalan ialah pd usop. aku jemaah toriqat nasyabandiah alkholidiah. tak ada kena mengena dgn lain2 jemaah. aku hanya mengambil beb hari cuti utk bersuluk atau berkhalwat. biasanya dlm 7 ke 8 hari aje. itu pun aku ambil dlm cuti sekolah. tp bulan ramadan aku terpaksa juga ambil cuti wp hari persekolahan. kalau bos luluskan aku pergilah. ok noris kau rujuklah dgn usop.