Wednesday, December 9, 2009

Syair Burung Belatuk


Burung belatuk burung cencama,
Anak pari terkena pukat;
Kalau bercahaya iman di dada,
Tentu bersinar di seluruh jasad.

Burung belatuk burung cencama,
Anak pari terkena pukat;
Kalau tetap zikir di dada,
Tentu kuat buat ibadah.

Burung belatuk burung cencama,
Anak pari terkena pukat;
Kalau tak duduk serta ulama,
Tak dapat kata-kata nasihat.

Burung belatuk burung cencama,
Anak pari terkena pukat;
Kalau tak dengar nasihat hukama'
Iman dan agama tak selamat.

Burung belatuk burung cencama,
Anak pari terkena pukat;
Ilmu tanpa amal bersama,
Masuk neraka sangatlah cepat.

Burung belatuk burung cencama,
Anak pari terkena pukat;
Quran dan Hadis tidak percaya,
Jadi kafir kena istidraj


4 comments:

Faris said...

MPMN,
Bercakap tentang burung ni, teringat sewaktu kecil pergi melastik burung. Masa tu burung belatuk tak termasuk dalam senarai untuk dilastik. Tengokkan gaya pegang lastik, masa tu dikira hero. Yang tak boleh dilupakan apabila muncul anjing, dilastik tetapi kemudian muncul lagi banyak (hampir 12 ekor). Apalagi, bertempiaran lari dan dengan lastik dicampak entah kemana.
Bukannya apa, teringat kisah sewaktu kecil ketika melastik burung apabila terbaca entri burung ni.
He he he.... ko dah dapat dan siapkan powerpoint mesy pertama ke? Aku tak sempat buat lagi, kalau ko ada bolehlah pass bagi aku pulak. Sesekali aku nak pulak mintak dari ko.
TK

Teja said...

indahnye....

mpmn said...

faris..

aku main juga lastik masa kecil. tp tak pernah lastik anjing sbb di kg aku tak pernah ada anjing. zmn kecil mmg penuh dgn nostalgia.

aku sdg berfkr apa yg nak dimskkan dlm mesy pertama. kalau siap aku htr cuma aku bimbang kau mskkan dlm recycle bin je. tp tak pe. kita kongsi idea.

mpmn said...

teja..

sesekali nak bersyair pulak. asyik tengok entri prisma je yg penuh dgn madah.