Wednesday, March 31, 2010

Tahukah Anda


saya menyuruh pembantu kedai yang berbangsa Cina itu mengambilnya dan meletakkannya di atas meja lalu bertanya," cik, kasut ini diperbuat daripada kulit babi ke? Kalau kulit babi, saya orang Melayu (Islam), tidak boleh beli dan guna,". Pembantu kedai itu menjawab " Ya laa, memang kulit babi. Apa pasal you tak boleh beli? Ramai orang beli, Cina, India, Melayu, Mat Saleh pun beli." petikan dari majalah Al Islam keluaran bulan Mac.

Ramai orang berbangga kalau pakai barangan kulit. Harganya pun memang mahal. Apatah lagi jenama yang sudah terkenal. Tetapi ramai orang lupa khususnya umat Islam, suci dan halalkah barangan yang dimiliki dan dibawa ke merata tempat. Jika orang lelaki siap bawa sembahyang lagi. Contohnya talipinggang yang melilit di pinggang.

Oleh itu wahai umat Islam, sila pastikan barangan kulit anda benar-benar bukan kulit babi. Semasa aku main boling dulu, peniaga Cina yg join sama main dgn kumpulan aku, beritahu banyak kasut boling dibuat daripada kulit babi. Nak kenal, lihat tanda bintik dikulit kasut tersebut. Dia ada tiga titik yang rapat.

Sila dapatkan majalah al Islam bulan Mac untuk cerita lanjut. Awas jangan terbeli dan terpakai barang kulit yang najis mughalazah.

1 comment:

zorro said...

aku pakai kasut,tali pinggang ,dompet diperbuat dari kulit lombu saja.

tapi satu yg ekau lupa,zaman sekarang ni banyak org leka tidur sehingga miss waktu subuh....sebab selimut dgn "selimut kulit babi". khayal dlm pelukan syaitan.

zaman sekarang ni bukan boleh zzzaaaaapppppp sebarangan aje,kena tengok sumber2 nya dulu.