Tuesday, April 20, 2010

Aku dan ADUN



Gambar semasa Hari Sukan Tahunan di SK Felda Sebertak. VIP dan perasmi adalah Adun Kemayan (En. Fadzil) belum dpt dato lagi.

Gambar bersama Pengerusi PIBG (baju biru) merangkap Pengurus Plantation, Pengurus Baru Felda Sebertak (baju warna oren).

Ikut protokol, patutnya YB duduk tpt yg aku duduk. Tuhan punya kuasa, maka aku mcm VVIP pulak pada hari itu sebab aku duduk kerusi VVIP.

Dapatlah sumbangan 3 biji komputer baru dan RM1000 utk tabung PIBG. Janji mulut. Bendanya sampai sekarang belum nampak lagi. Aku bukan percaya sangat cakap-cakap org politik ni. Aku berkata begitu adalah kerana ada sejarah YB berkenaan.

Kali pertama aku jemput dia datang ke sekolah merasmikan mesyuarat agung PIBG. Dia janji nak beri RM5000 utk beli penghawa dingin. Turun je pentas dia bisik kat aku nak beri RM2500 dulu. Akhirnya dapat RM2000 je.

9 comments:

ybs said...

pirzan, ke ko yg gatal nak duduk kat situ, perasan mcm YB....hehehe

mpmn said...

aku dah hari2 dok kusyen tu. apa nak pelik. silap teknikal

Faris said...

Protokol... protokol.... mesti ada silapnya sehingga tersalah duduk. Contohnya dari aspek iringan atau tagging. Jgn smpi Pengarah JPNP kena mcm tu dah lah... 24 jam tukar. He he he...

mpmn said...

faris...

aku kena tukar seronok gak. itu yg aku tunggu. tp balik temerloh le.

tapi... yg silap tu, silap aku le. aku tak brief pd pk ko dulu. aku tengok yb ok je. aku buat tak tahu jelah.

zorro said...

habis kalau ekau tak duduk disitu, ekau nak duduk dimana.takkan nak bersila depan yb kot?

ekau kena tanya yb tu selalu...buat2 muka tebal lah.kalu aku ,aku hantar PA aku yg ada back ground politik slow talk dgn yb tu.mmg dah berjaya pun cara aku ni...setiap tahun aku dpt sekurang2nya rm 5000.

hari2 kena zzaaaapppppp yb tu....baru la berhasil.

Kembara Kelana said...

pijan , muka kau memang selamba dari dulu jan...tu dah trade mark kau

mpmn said...

zorro...

aku bkn hantar setakat pa malahan ketua cawangan pun aku hantar. org penting di felda tu semua aku rapat. aku difahamkan adun dgn parlimen tak berapa sekufu.

mpmn said...

kk...

iyo ko aku mmg mat selamba. dah silap buat selamba jelah. lagipun aku rasa yb tu bkn tahu sangat bab protokol. tp aku rasa juga dia jenis org tak kisah.

zorro said...

lagi bagus, kalau adun dgn parlimen bukan sekufu...kedua2nya ekau boleh makan..lagi senang.

keadaaan ekau mcm aku juga.... kedua2nya aku zaaaaaaapppppp. dua2 aku dapat peruntukkan.

kalau dah pa dan org2 penting dah ekau hantar...dan tak mau juga. apa kata ekau saja yg poyi.ekau kan dah belajar bab2 nego ni...bila lagi nak test power... heehheeeeeee. zaaaaaaapppp aje.