Monday, May 3, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah

Pada 30 Apr 2010 aku telah ke mahkamah sivil Temerloh untuk mendapatkan keadilan melalui undang-undang Malaysia. Inilah pengalaman pertama aku berada dalam mahkamah dan dihadapkan di hadapan hakim.

Aku telah disaman kerana memandu kenderaan yang telah tamat tarikh cukai jalan. Aku tahu, aku memang salah. Tapi polis yg menulis surat saman itu telah melakukan kesilapan teknikal. Cukai kereta aku tamat 25 hb tapi dia tulis cukai aku telah tamat 20 hb. Ini bererti aku tak salah kerana ketika aku memandu cukai kereta aku belum tamat lagi.

Maka aku tunggu tarikh ke mahkamah iaitu 30 Apr utk membatalkan saman itu. Siksanya menunggu hakim ni rupanya. Aku msk dlm mahkamah jam 8.30 pagi. Tunggu punya tunggu, jam 9.00 pagi diberitahu hakim terpaksa ke mahkamah sesyen dahulu. Kami disuruh masuk semula dalam jam 9.50 pagi.

Jam 10.00 pagi hakim masuk melalui pintu khas dengan loceng khas menandakan hakim hendak masuk. Begitu rupanya. Baru aku tahu. Seorang demi seorang pesalah lalulintas dipanggil, dibacakan kesalahan hingga tiba giliran aku dipanggil. Setelah dibaca kesalahan aku, aku mengaku tidak salah kerana alasan spt di atas. Hakim suruh duduk dulu sementara dia menghakimi kesalahan org lain.

Kini tibalah giliran mereka yang didakwa kerana kesalahan menyimpan dan mengambil dadah. 99.9% bangsa Melayu termasuklah budak2 felda dlm kawasan aku mengajar ini. Ada yg berumur 20an, 30an dan 40an. Sedih aku melihat bangsa Melayu yang menuju kehancuran.

Sebelum aku berjumpa hakim, pihak polis telah berbincang dgn aku sambil menunjukkan surat saman yg ada pada dia. Tapi tarikh 20 hb telah ditindih dengan 27 hb. Aku kata tarikh ini telah dipinda. Polis kata betullah 27 hb. Jika aku tidak mahu mengaku salah maka terpaksalah melalui perbicaraan. Aku fikir2, dari aku kena datang lagi ke mahkamah dan terpaksa melalui perbicaraan juga terpaksa mohon cuti lebih baiklah aku mengaku salah sahaja. Lagipun aku mmg salah.

Akhirnya aku didenda RM100 sahaja. Mahkamah bersurai.

Aku terfikir bagaimanakah keadaan mahkamah Allah nanti dgn setiap kesalahan akan ditayangkan. Mana manusia hendak menyorokkan kesalahannya?? Aku ternashrah oleh keadaan itu.

4 comments:

Faris said...

MPMN,
Kalau awal2 lagi ngaku salah, tak payah masuk mahkamah dan tak payah nak ambil cuti (menghabiskan cuti). Buang masa aje.

zorro said...

bukan setakan buang masa tapi menghabiskan boras aje...nak lawan konon...lawan la...

apasal ekau mengaku salah...polis gempak sikit ekau dah kecut perut. lain kali gempak sikit polis tu... katakan "eden tak salah,eden totap akan lawan...ekau yang tulis salah. isunya ekau yg tulis salah,masa tu mana ade cukai jln yg mati" ekau gertak sikit,den pasti polis tu terketar2 giginya. kalu boleh ekau gertak sekali sihakim tu. heheheheehee berani ke?

jgn silap zaaaaaaaaap nanti ekau kena zaaaaapppppppp, heheheeeee.

mpmn said...

faris..

mmg buang masa tp ada manfaatnya. plg kurang aku dpt pglmn situasi dlm mahkamah. pglamn yg tak dpt dlm buku.

aku bila tgk org yg dibawa bergari dgn baju khas bertulis lokap, insaf rasanya. mana nak letak muka?

boleh jadikan cerita pd anak murid spy jgn buat jenayah. tinggal dlm lokap pakai seluar dlm je. jgn harap dpt pakai baju n seluar.

mpmn said...

zorro...

wah bukan main hg jolok aku ye. aku malas nak cari peguam, duit habis menang belum tentu.

biarlah aku menyerah kalah pd tpt yg mmg aku salah. baru gentleman namanya. bkn mcm hg, asyik menyorok belakang topeng je. kalau anak jantan bukalah topeng tu.

biar aku n member lain zzaapp hg tu. tp aku kenal hg. sbb aku ada teropong do re mi.