Sunday, January 16, 2011

Mengapa Berubah

Mengapa perubahan berlaku dalam kehidupan kita? Adakah kerana faktor umur atau faktor persekitaran atau apa sahaja? Sebagai contoh ialah kes diriku sendiri.

Dulu aku tak suka pakai baju yang berbelang. Aku suka baju yg plain. Sekarang koleksi baju yang aku miliki adalah berbelang. Ini adalah kerana apabila aku ke emporium mencari baju kameja plain sangat sukar menjumpai jenis kain dan warna yang aku suka. Ciri yang aku cari ada pada baju yang berbelang. Akhirnya aku mengalah, aku lepaskan prinsip aku lalu aku beli dan pakai baju berbelang. Akhirnya aku dapati seronok pulak pakai baju belang dan tak silap aku menukar pegangan aku. Tapi kata orang kampung aku, orang yang suka pakai baju belang ni, hidung belang. Aku tak caya sebab aku tak gitu.

Aku dulu tak suka pakai baju batik. Pernah aku kata," aku pelik tengok orang boleh pakai baju batik". Tapi sejak Pak Lah wajibkan pakai baju batik, tanpa aku sedari koleksi batik aku makin bertambah dan aku tak kekok pun pakai baju batik. Sampai batik Indon pun aku sapu. Kemaruk batik pulak ke aku jadinya?

Ada yang aku sensor n tak masuk dlm ni. Ha..ha..ha

10 comments:

Juragan said...

pijan..
aku teringat suar dalam batik ko...masa kat KAB itu hari...hahahaha dan suar dalam jalur pun ada

jm said...

sah ada unsur-unsur belang..

tokek gekko said...

tak pe...pakai baju belang,jangan jadi hidung belang.

suke baju batik...jangan sampai tertukar kain batik keluar dari bilik udah le...nanti anak pinak naik heran pula.heeeeeeeee...

kalau satu sut berbelang nanti jadi harimau belang...hari2 mau. hahahaaa.

mpmn said...

juragan...

puas aku fikir2 dan ingat2kan, bila pulak aku pakai seluar dlm berbelang2 dan berbatik, rupa2nya ko cite dlm mimpi. sampai ke situ ko mimpi sop.

mpmn said...

jm...

cepat sangat demo buat kesimpulan. sikit2 tu adalah. kah..kah..kah

mpmn said...

tokek...

bertukar kain batik tu cite sahabat hg dari n9. dia mmg kaki cite.

myhas said...

mpmn,
Perubahan kepada yang lebih baik adalah dituntut. Perubahan kepada yang tidak mendatangkan dosa tidak salah.
Jadi berubahlah. Diharapkan perubahan akan menjadi titik tolak untuk menjadi lebih baik dan positif.

mpmn said...

myhas..

tk atas pandangan yg ikhlas.

myhas said...

mpmn,

Sama-sama.

jm said...

tak salah mpmn...asal yg halal..