Friday, April 1, 2011

April Fool

"Bangun terima kasih cikgu", begitulah gurauan ketua kelas semasa tingkatan 5 ketika cikgu Adib masuk ke kelas. Tapi.. malangnya telahan pelajar tidak tepat. Cikgu Adib tak suka dan denda suruh semua murid berdiri. Padan muka.

Hari ini 'April Fool' masih lagi laku di kalangan anak-anak orang Islam yang jahil akan asal usul peristiwa tersebut. Apatah lagi pagi ni aku dengar salah satu siaran radio menjadikan cit catnya mengenai kenangan 'April Fool'. Jahil sungguh pengurusan siaran radio tu.

Berbuih mulut ulama mengatakan 'April Fool' bukan budaya Islam tapi penipuan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Andalus. Menyambutnya bererti kita turut gembira dengan peristiwa umat Islam dibunuh beramai-ramai dan tamatnya pemerintahan Islam di Sepanyol.

Kita jangan pandang perkara ini sebagai perkara kecil dan remeh sahaja. Apa jadi pada suami yang jahil jika pura-pura ceraikan isterinya dengan talak 3. Tak naya. Talak tetap jatuh wp main-main. Pada aku pemimpin negara kena buka mulut mengenai perkara ini. Bukan hanya cerita ekonomi, politik busuk sahaja.

Guru-guru di sekolah mesti mengambil peranan agar memberi penjelasan pada murid-murid agar tidak terikut-ikut sesuatu yang tidak kita ketahui.

4 comments:

ybs said...

pirzan,
kita pon bole memainkan peranan setakat termampu supaya amalan ini tidak terus diamalkan di kalangan umat Islam, insyaAllah!

mpmn said...

ybs..

benar tu. tp setakat kuasa aku le.

jm said...

gunalah setakat kuasa kita, yg termampu...

mpmn said...

jm..

msg2 ada amnh, buatlah setakat yg blh. kalau mufti, dia jaga amnh satu ngri. kalau PM jaga satu negara. besar kuasa yg dipgg, besar jugalah amanah yg ditanggung dan itu jugalah antara yg akan disoal di akhirat nanti.