Saturday, April 2, 2011

Kawal Nafsu Anda

Seorang isteri berumur 20an dan sedang mengandung dibelasah oleh suaminya yang berumur 30an. Puncanya si suami sudah tidak tahan kerana isterinya terlalu mendesak meminta mendapatkan buah-buahan yang sukar didapati lantaran mengidam.

Natijahnya, sekarang ni orang perempuan yang mengandung janganlah minta yang bukan-bukan pada suami. Takut ada yang kena korek perutnya spt filem 'Sultan Mahmud Mangkat Dijulang'.

Nampaknya orang sekarang ni semakin tipis kesabarannya dan boleh melakukan sesuatu diluar dugaan. Hati-hati isteri jika nak merengek dengan suami sekarang. Ada yang berpendapat bahawa suami muda memang kurang sabar berbanding dengan suami yang berumur, tinggi kesabarannya.

7 comments:

skpps said...
This comment has been removed by the author.
ybs said...

apa la nak sampai belasah2, kalau dah tak bole nak cari bende yg diidamkan isteri tu beritahu jer ler elok2 dan siisteri pon kene ler redha, bkn semua yg kita inginkan kat dunia ni akan tercapai....

sabar tu berkait dgn umur ye? mungkin jugak sbb org tua2 ni dah banyak makan garam! hehe....

p/s; sori pirzan, aku delete komen yg di atas tu sbb atas google account sekolah aku....

mpmn said...

ybs...

skrg ni zmn serba mungkin. kenapa manusia begitu nekad sekali. kalau nekad nak buat benda yg baik tak pa gak. tp.. yg negatif.

tokek gekko said...

agaknya buah apa yg isteri nak ye? tuntu buah yg suaminya tak dpt bagi kut........buah aaa...... heheeeeeeeeee

mpmn said...

tokek..

jgn nak mengarut. buah di luar musim. ingatan pd yg masih aktif lagi jgn le minta yg bukan2. kontrollah permintaan nafsu tu.tp..
aku rasa guru besar perempuan dah tak aktif dah.

jm said...

die minta buah pusing kedai...memang susah jumpa..zan

mpmn said...

jm..

ada gak buah pusing kedai ya..