Monday, May 23, 2011

Trip ke Dungun

20 mei - jam 3 ptg aku ke memulakan perjalanan ke Kemaman. Sebelum itu singgah di SBPI Pekan dahulu ambil anak. Destinasi yg dituju ialah rumah Sabri Sulung. Tumpang bermalam di rumahnya. Terima kasih pada Hj Sabri dan isteri (muda) kerana membenarkan aku anak beranak tumpang bermalam.

21 mei - jam 8.30 pagi bergerak keUITM Dungun untuk mendaftarkan anak no. 3. Seronok melihat persekitaran uitm yg bersebelahan dgn lautan biru. Tapi pantainya dipagari oleh batu batan buatan manusia. Sudah pasti untuk menghalang hakisan ombak. Harap tsunami tidak melanda pantai di situ. Juga tidak berlaku runtuhan tanah kerana sebahagian asramanya bersebelahan bukit bukau.

Seorang demi seorang anak meninggalkan rumah sama ada bekerja mahupun belajar. Akan datang jika ada jodoh, pergi mengikut langkah pasangan masing-masing. Maka tinggallah ibubapa di rumah mengisi hari-hari tua. Menanti kembali pada Pencipta. Begitulah kitaran hidup.

No comments: