Tuesday, July 26, 2011

Raja Buah Mengamuk Lagi

Durian yg aku kutip untuk satu malam. Pokoknya hanya sebatang sahaja. Tapi buahnya tak kurang 300 biji. Tupai pun tak melepaskan peluang. Buah yg besar dan baik2 dah dikejekannya dulu. Benar sangat peribahasa, spt buah ditebuk tupai. Tapi keadaan sekarang ni sangat menakutkan.




Kucing aku pun tidak melepaskan peluang menikmati keenakkan durian. Pelik tapi benar. Pantang aku belah durian, ia pun sama tumpang semangkuk.
Aku sekeluarga pun dah tak larat makan durian dan akhirnya belah buat tempoyak je. Nanti aku boleh berniaga di pekan sehari Temerloh.
Tunggu warga sk sebertak dan jenderak selatan tak ada yg dtg.

4 comments:

jm said...

Oi banyak nye durian kau zan.tu baru sepokok ye. Tak payah berbeli. Tengah hari tadi warga sekolah aku menjamu durian. Beli RM100 tak banyak mana, zan. Buat pengat...

mpmn said...

jm..

dah berbalang aku buat tempoyak. lepas ni blh jd saudagar tempoyak le.hehehe

mu mari sini je. durian murah2. durian di rmh aku dah hbs. nak tempoyak utk msk ikan patin boleh le.

tokek gekko said...

lain kali sedekah2 le kat org, dpt pahala juga. bukannye susah sangat, ekau tunggu dekat pintu tol tu....keta ke moro ke dtg ekau bagi saja.

boleh tak ekau pos tempoyak tu ke utara sini ? tempoyak dgn budu sedop juga.heheeeeeeee..

mpmn said...

tokek...

aku cari pahala cara lainlah. hg kursus d iab nanti singgahlah ambik tempoyak. tp hg dgn org rumah bkn makan tempoyak lebih2 lagi anak hg tu.