Monday, October 31, 2011

3 Hari 2 Malam

Sempena cuti Deepavali aku telah dipelawa oleh kakak ipar dan suaminya mengunjungi Pantai Timur. Lokasi utama adalah Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan. Isnin,24 Okt-Perjalanan bermula dari rumah aku, kemudian ke Jerantut dan terus ke Kuala Lipis. Seterusnya menuju Gua Musang hingga ke Kota Bharu. 
Bertolak dari rumah lebih kurang jam 9.00 pg dan sampai di KB lebih kurang jam 4.00 ptg. Menempuh jalan Kuala Lipis, Merapuh dan Gua Musang agak mencabar dan menjemukan. Kakak Ipar telah mengambil keputusan  untuk mengikut Terengganu waktu balik. 

Di Kelantan kami telah ke rumah bekas guru sekolah lama aku iaitu di Salor Pasir Mas. Khairun Nisaq namanya. Oleh kerana datang pada waktu malam, tak dapat nak ngurat anak gadis  Salor. Dengar citenya anak gadis di sana come lote. Sempat berjalan dan membeli pakaian di Wakaf Che Yeh. 
Selasa, 24 Okt-Keesokan pagi kami telah menyerbu pasar Siti Khadijah. Rasanya kami orang yg mula-mula sampai di Tingkat 2, tempat pakaian dijual. Para peniaga baru nak buka kedai dan sedang menyusun barang-barang. Banyak juga 'beras' aku tu membeli. Aku hanya peneman je. Kuasa membeli kurang kuat. 

Jam 12.00 tgh-Kak Syarifah telah membawa kami ke Bazar Tok Guru dan memperkenalkan kami dengan kedai kawannya. Harga yg ditawarkan pada kami pun agak istimewa. Tk pada Kak Pah yang sudi meluangkan masa wp sedang bertugas. 
Jam 2.00 ptg- kami keluar Kelantan dan menuju ke Kuala Terengganu. Aku telah menghubungi rakan-rakan di sana. Tengku telah mempelawa tidur di banglonya. Ismail telah siap dengan ole-ole keropoknya. 

Rabu, 25 Okt- Esok paginya 'on the way' balik ke Pahang, Hasan telah mengajak menjenguk vilanya. Hebat-hebat rumah sahabat-sahabat Ganu kito. Joni Penghulu di Pulau Redang tak dpt jumpa.

Akhirnya terima kasih sahabat-sahabat di Pantai Timur di atas sambutan dan bantuan yang telah kalian hulurkan. Budi baikmu dilipat kemas dalam ingatan. Kalau ke Temerloh singgahlah di rumah 'koi' pulok. Ikan patin dan ikan telapia sungai tu adalah. Kain batik tak dok.





Friday, October 28, 2011

Perkhemahan Bersepadu di Gunung Senyum

Pada 21 hingga 23 hb September 2011, murid-murid Tahap 2 telah mengadakan perkhemahan bersepadu di Gunung Senyum. Perasmian penutup telah dilakukan oleh Ahli Parlimen Kuala Krau iaitu Dato Hj Ismail bin Hj Said merangkap 
pengerusi PTPTN. Dato juga telah meluluskan permintaan aku selaku GB secara lisan, sebanyak RM5000 untuk membeli keperluan sekolah.  Tk Dato, masih banyak benda lagi yg perlu sumbangan Dato bagi melengkapkan keperluan sekolah Jenderak Selatan.

Terima kasih pada guru-guru yang telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut. Moga usaha guru-guru ini akan membentuk keperibadian hebat di kalangan pelajar sekolah ini. 


Wednesday, October 19, 2011

Mencari Keadilan



19 sept aku ke mahkamah Muar. Kes disaman kerana roadtax dah mati. Hari Ahad ke Muar menumpang sekali lagi rumah isteri no.2 alfadhil Yusof. Nasib baiklah ada Yusuf ada di sana dan ada 2 buah rumah.

Dipendek cite, aku dijatuhkan hukuman sebanyak RM100. Dicampur dgn duit minyak pergi dan balik seperti aku membayar saman RM300.

Cite pasal mahkamah Muar ni, tak dinafikan mmg canggih kemudahan yang disediakan berbeza dgn mahkamah Temerloh. Cuma urusan pembayaran saman pd kaunter terlalu lama, lebih 1 jam aku menunggu. Masing-masing resah menunggu. Perkhidmatan yg ini perlu diperbaiki dan ditingkatkan kecekapannya.

Cite dlm kamar mahkamah. Sakit hati betul aku mendengar arahan dari jurubahasa mahkamah. Mcm kite ni penjenayah pulak bunyi bahasanya. Aku rasa dia org ni perlu diberi kursus bagaimana nak beri arahan pd org yg berada dlm kamar mahkamah tersebut.

Hakimnya pula mcm budak baru keluar universiti pula. Suaranya pun aku tak dengar. Teringat aku bagaimana jika kita berhadapan dgn mahkamah Allah nanti. Kebaikan dan kejahatan walau sebesar zarah akan dihitung. Tapi tak ramai manusia yg mengingatinya nasibnya

Sunday, October 16, 2011

Lawatan Penanda Aras SJKC KL

ada 52 buah cctv di seluruh sekolah ini. pusat kawalan dalam bilik gb

kedatangan guru-guru dan kakitangan menggunakan mesin cap jari.

padang yg sdg dlm pembinaan berharga 4.5 juta dan di bwh pdg boleh memuatkan 152 buah tempat parkir kete. hebat.

penulis mengambil kesempatan mengambil gambar dgn model obor sukan asia atau olimpik. dah lupa. obor sebenar pernah singgah di sekolah tersebut.

Sekolah ini dijadikan penanda aras bagi kursus perkhidmatan ict di iab. apa yg aku nampak sekolah ni telah mengeluarkan belanja yg sangat besar dalam melengkapkan kemudahan ictnya. yang pasti sekolah kebangsaan tidak mampu untuk menyediakan kemudahan seperti yang terdapat di sekolah tersebut.

Saturday, October 15, 2011

Akhirnya Aku Menjadi Jutawan

Pd 7 hingga 10 Oktober, 4 hari 3 malam aku telah berpeluang melawat Vietnam (Bandar Saigon). Dengan menukar wang RM500 aku telah dapat 3.2 juta Dong, mata wang Vietnam. Akhirnya aku telah menjadi jutawan di Vietnam sahaja.

pejabat pos di Saigon. ubahsuai dari bangunan bersejarah tinggalan penjajah


bergambar dgn org2an di laluan terowong bawah tanah. hebat org vietnam. patutlah amerika lari. dia org boleh bina terowong bawah tanah sejauh 230 km. gigih sungguh semangat mereka. apa yg aku lihat org vietnam ni tdk berdengki antara satu sama lain. ini terbukti semasa aku membeli belah. wp org tak dtg kedai dia tp dia dtg tlg bungkuskan pakaian yg org lain beli di kedai jirannya. pd hal kedai jiran dia tu beragama islam. kalau org melayu di malaysia jgnkan hdk menolong tapi siap bomohkan kedai yg dirasakan menggugat keuntungannya. beza sungguh. semangat org vietnam ni patut dicontohi.

Sunday, September 4, 2011

Semakin Pupus

Teringat aku masa kecik2 dan masa remaja dulu, amalan 'bantai' kerbau akan dijalankan oleh penduduk kg. Pekerjaan dilakukan secara gotong-royong. Daging diagih-agihkan ikut berapa syer yg ditempah oleh penduduk kg. Bahagian tertentu akan dijual secara lelong.

Antaranya ialah tulang kaki, perut limpa, hati dan perut. Tukang lelongnya pun org yg sama saban tahun. Maka berebut-rebut penduduk kg menawarkan harga yg tinggi dari pesaing. Terasa seronoknya melihat situasi tersebut.

Tapi sekarang...

Dah tak ada bantai lagi. Hendak daging, tulang, hati dan lain=lain; pergilah cari tepi jalan tempat orang berniaga secara bersendirian.

Kemana hilangnya semangat gotong-royong penduduk kampung? Lebih-lebih lagi Negeri Sembilan, negeri adat pepatih yang sentiasa berpegang pada adat. "Biar mati anak asal jangan mati adat".

Antara sebab yang aku nampak ialah orang tua-tua dah lama bersemadi. Yang tinggal hanya kaum perempuan je. Anak-anak muda merantau dan sesekali balik kampung. Kemesraan sudah tiada antara penduduk kampung. Aku sendiri apabila balik kampung pun terasa macam berada di kampung baru. Dah tak kenal orang, kawan-kawan masa kecik2 dulu entah berada di negeri mana?

Nampaknya penyakit orang bandar sudah menular dengan kuat di kampung2. Nikah kahwin pun dah guna katering je. Sudah hilang 'orang pangkal', 'tanam barang' dlll. Yang penting sekarang sediakan wang secukupnya untuk buat sesuatu.

Sedihnya aku melihat nilai-nilai murni nenek moyang aku hanya tinggal memori bagi yg pernah melalui dan yg menyanjungi nilai tersebut. Sebab itulah gotong-royong di sekolah pun tak ada sambutan. Manusia semakin bakhil dengan tenaga, masa dan hartabendanya. Sedangkan Islam mengajar umatnya agar sentiasa sanggup berkorban bagi mencari keredhoan Allah swt.